Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Langkau ke kandungan utama
Khamis, 17 Julai 2025 - 12:36am
Laman depan
Advertisement
Utusan Borneo Online
Advertisement

Anda di sini

Halaman Utama»Sarawak»Umat Kristian sambut Jumaat Agung

Umat Kristian sambut Jumaat Agung

Advertisement
  • April 19, 2019, Jumaat - 3:20pm
Revd Roannie mengetuai upacara sembahyang Jalan Salib sempena Good Friday di Gereja St Thomas di Kuching hari ini. Gambar Chimon Upon
Revd Roannie mengetuai upacara sembahyang Jalan Salib sempena Good Friday di Gereja St Thomas di Kuching hari ini. Gambar Chimon Upon
Masyarakat Kristian menyertai upacara sembahyang Jalan Salib di Gereja St Thomas hari ini sempena Good Friday. Gambar Chimon Upon
Masyarakat Kristian menyertai upacara sembahyang Jalan Salib di Gereja St Thomas hari ini sempena Good Friday. Gambar Chimon Upon

KUCHING: Masyarakat Kristian di seluruh dunia termasuk di bandar raya ini meraikan Jumaat Agung (Good Friday) hari ini menjelang sambutan Easter Day atau Hari Paska pada Ahad ini. 

Sempena Good Friday hari ini, satu upacara sembahyang Jalan Salib diadakan di seluruh gereja mengikut masa yang ditetapkan oleh gereja masing-masing. 

Di Gereja St Thomas di sini, upacara sembahyang Jalan Salib bermula pada pukul 12.00 tengah hari disertai ribuan umat Kristian. 

Upacara tersebut melibatkan 14 perhentian mengelilingi gereja tersebut diketuai Reverend Canon Roannie Cannidy. 

Dalam pada itu, sambutan Good Friday di Gereja St Thomas hari ini bermula dengan  Komuni Suci dan khutbah pada pukul 6.45 pagi diikuti Liturgi Rasmi pada pukul 8.15 pagi. 

Masyarakat Kristian menyertai perarakan sembahyang Jalan Salib di Gereja St Thomas di Kuching sempena Good Friday. Gambar Chimon Upon
Masyarakat Kristian menyertai perarakan sembahyang Jalan Salib di Gereja St Thomas di Kuching sempena Good Friday. Gambar Chimon Upon

Pada ambang Paska (malam sebelum 21 April), Liturgi Sabtu Kudus akan diadakan diikuti Great Easter Vigil pada sebelah malam dengan menyala lilin Paska dan memperbaharui janji pembaptisan. 

Sementara itu di Gereja St Joseph di sini, upacara sembahyang Jalan Salib hari ini diadakan pada pukul 2.30 petang dan pukul 5 petang masing-masing dalam bahasa Mandarin dan Inggeris. 

Di Gereja St Mark di Batu Kawa, upacara sembahyang dimulakan pada pukul 2.30 petang bagi Bahasa Melayu diikuti Mandarin pada pukul 5 petang.

Manakala Gereja St. Peter Padungan, Chapel of Mother Mary Stutong dan Gereja Carmelite akan diadakan pada pukul 3.00 petang. 

Good Friday disambut untuk mengingati kesengsaraan Yesus yang mati disalibkan bagi menebus dosa manusia. 

Pada hari ini juga, semua umat Kristian akan berpuasa bagi mengingati kesengsaraan yang dilalui oleh Yesus sebelum mati disalibkan. 
 

Advertisement
Advertisement

Advertisement

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp