
Malam Gala NONA SUPERWOMAN 2020 yang diadakan pada 18 Disember lalu merupakan kemuncak perjalanan siri NONA SUPERWOMAN yang dianjurkan oleh majalah NONA bagi meraikan wanita dalam pelbagai bidang yang menunjukkan kecemerlangan dan sumbangan yang diberikan kepada komuniti dan negara sepanjang tahun 2020.
Seramai 47 individu dari pelbagai bidang diraikan dalam satu majlis secara virtual yang diadakan di Shah Alam Convention centre (SACC) jumaat lalu. Majlis turut dihadiri tetamu VIP antaranya termasuklah Yang Berbahagia Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, keluarga & Masyarakat serta isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohd Fahim.
YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah merupakan di antara penerima anugerah utama di majlis malam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2020.

Menurut Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak dalam ucapan beliau berkata, majlis pengiktirafan yang diadakan buat kali kedua ini cukup berbeza berbanding sebelumnya. “Saya bersyukur kerana majlis pengiktirafan ini akhirnya dapat dilaksanakan, meskipun secara maya memandangkan situasi pandemik COVID-19. Disebabkan itu juga, majalah Nona keluar dari norma sebelumnya dan memberikan satu penghargaan yang cukup besar kepada wira negara.

”Majlis bertemakan ‘New Normal Glam’ ini ditaja sepenuhnya oleh jenama produk penjagaan rambut, Faith Fleur. Berlokasi di Shah Alam Convention Centre (SACC), ia distrimkan secara langsung melalui YouTube Live dan Facebook Live saluran Majalah Nona. Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung, malam pengiktirafan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Noryn Aziz dan Ernie Zakri. Malam majlis akan dihoskan oleh Daphne Iking.

Berikut adalah senarai lengkap penerima anugerah NONA SUPERWOMAN 2020:
1.Nona Superwoman Award – Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
2.Nona Frontliner Award – Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
3.Nona Royal Award – Che Puan Sofie Louise Johansson
4.Nona VIP Award – Puan Sri Nisa Bakri
5.Nona Fashion Moghul Award – Dato’ Seri Dr Farah Khan
6.Nona Homegrown Award – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
7.Nona Motivator Award – Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
8.Nona Legend Award – Ella


9.Nona Health Influencer Award – Dr Nur Amalina Che Bakri
10. Nona Educated Celebrity Award – Dr Soo Wincci
11. Nona Business Icon Award – Neelofa
12. Nona Fashion Designer Award – Alia Bastamam


13. Nona Most Promising Entrepreneur Award – Tya Arifin

14..Nona Active Award – Farah Ann Abdul Hadi
15. Nona Fashionista Award – Scha Alyahya

16.Nona Charity Award – Heidy Quah
17. Nona Influencer Award – Mira Filzah

18. Nona Best Young Entrepreneur Award – Nabella Anuar, Kayman Beauty
19. Nona Best Beauty Entrepreneur Award – Datin Fatin Amyera Zainal Abidin, Amyera Empire


20. Nona Best Networking Business Award – Siti Noor Sabrina Soobri, Mamasab International
21. Nona Best Aesthetic Award – Nur Izzati Aqilah Lokman Hakim & Mohammad Syafiq Lokman Hakim, Beaux Aesthetic
22. Nona Best Emerging Founder Award – Dato’ Sri Anis Romli, Imorice
23. Nona Best Charity Award – Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Hajjah Rozzanamoon Dato’ Haji Rahmat


24 Nona Best Islamic Education Award – Ustazah Siti Khadijah Mohni, Hatimurni Islamic Private School
25. Nona Best Medical Footwear Award – Nur Diana Dzulkiply, MEDSHOE
26. Nona Best Halal Beauty Award – Norazimah Abd Jalil, HAUS Cosmetics

27. Nona Best Hair Care Product Award – Siti Mariam Abdul Samad & Mohamad Abdul Halim Bahadorisam, Faith Fleur
28. Nona Best Accomplishment Business Award – Siti Mariam Abdul Samad & Mohamad Abdul Halim Bahadorisam, Faith Fleur
29. Nona Best Image Consultant Award – Debby Yunus
30. Nona Best Online Supplement Award – Nurul Diana Mohd Pudzi, Dianz Cosmetics
31. Nona Best Birdnest Skin Benefit Award – Norshahila Ahmad, Birdnest Beauty
32. Nona Best Businesswoman Award – Zurin Zakaria, Carrisa Cosmetics


33. Nona Best Influencer Skincare Brand Award – Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, Ainaa Beauty
34. Nona Best Duo Entrepreneur Award – Datin Ayu Roslan, Bokitta



35. Nona Best Entrepreneur Cosmetics Award – Afzalizah Nizam Azizan, Cubre Mi
36. Nona Top Rising Entrepreneur Award – Norashima Edi, Snowhitee Beauty
37. Nona Excellence Entrepreneur Award – Yaya Suhaimi, Nufiya


38. Nona Best Collaboration Founder Award – Nadjua Zailani & Izzat Roslan, Bungaa X AnissaFaizul
39. Nona Excellence Bird’s Nest Brand Award – Amy Yusuff & Norelissa Idayu, Sahi Sarang Burung


40. Nona Best Emerging Hijab Brand Award – Nurul Fareha Anuar, Fareha
41. Nona Best Textile Entrepreneur Award – Siti Zaharah Ismail, Fyzara

42. Nona Early Edupreneur Award – Nor Fadilah Alias, Al Khauthar Eduqids
43. Nona Best Uprising Hijab Brand Award – Siti Zaleha Hamzah, Hijab by Hanami
44.Nona Best Beauty Brand Award – Ladybossrafa, K-Colly


45. Nona Best Strategic Business Thinker Award – Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan
46. Nona Best Premium Bird Nest Health & Beauty Brand Award – Nurlyana Darwesh, Eve Essentials


47.Nona Best Safe Use & Dermatologist Tested Skincare Award – Nur Bashirah Hussin, Charms Malaysia
Tahniah kepada semua penerima anugerah NONA SUPERWOMAN 2020. Di harap kejayaan anda menjadi inspirasi kepada usahawan di luar sana untuk berjaya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.Download
sekarang!
Hasrat Tak Direstui, Sarah Ismail Sebak Tak Mampu Buktikan Kejayaan Kelas Vokal Pada Arwah Ayah

Impiannya dalam bidang perniagaan mungkin berbeza dari mereka yang lain. Bukan mengejar kepuasan dengan menjual produk kecantikan atau makanan tetapi mempertaruhkan vokal sebagai produk dan brandingnya. Maisarah Binti Ismail (Sarah), 34 tahun merupakan seorang guru vokal dan underground singer. Memiliki Diploma, Degree dan Master Degree in Music National Academy of Arts Culture and Heritage (ASWARA).

Muzik itu indah, mampu membuatkan siapa sahaja tersenyum. Sarah Ismail, mempunyai impian besar dalam bidang perniagaan dengan menyimpan cita-cita untuk mempunyai sebuah akademi vokal di masa hadapan. “Saya ingin menjadi seorang speaker terbaik dengan meletakkan branding jenama saya sebagai seorang guru vokal terkenal. Saya sedang berusaha ke arah itu agar dapat menjadi inspirasi kepada orang lain mengenai perniagaan kelas vokal saya ini.
Impian saya suatu hari nanti, saya ingin mempunyai akademi sendiri dan menganjurkan ceramah terbesar di Malaysia dengan membariskan guru-guru vokal hebat dan mereka adalah kekuatan dalam empayar perniagaan saya untuk terus berkembang ke seluruh Malaysia, Brunei, Sabah dan Sarawak. Mungkin ke luar negara! Why not…” ujar Sarah Ismail yang melaksanakan aktiviti vokal menerusi one-to-one dan group session secara online dalam keadaan pandemik ini.


“Inilah cabaran terbesar saya dalam keadaan sekarang, semua pengajaran hanya diberikan atas talian. Agak sukar sebenarnya terutama dalam topik vokal yang memerlukan tunjuk ajar secara fizikal, dari segi penafasan dan nyanyian. Lebih menyedihkan apabila jumlah pelajar semakin berkurang kerana faktor hilang pekerjaan dan tidak mampu membayar yuran walaupun saya telah menurunkan harga yurannya,” jelas Sarah yang merasakan pembelajaran secara online ini tidak memberi kepuasan kepadanya sebagai seprang guru vokal.
Finalis Pencarian Nona Superwoman, Sarah Ismail terus berbicara tentang latar belakang kerjayanya, “Saya mulakan perniagaan kelas vokal ini melalui media sosial tanpa berfikir apa-apa. Sekadar untuk mencari rezeki secara sederhana dan membantu mereka yang memerlukan khidmat saya. Saya tidak mempunyai latar belakang perniagaan malah pelanggan iaitu student pun tiada. Namun saya beranikan diri untuk meneruskan perniagaan bermodalkan perkhidmatan ini.

Kemudiannya ada juga seorang dua yang tampil ingin menggunakan khidmat saya. Saya mengambil keputusan untuk sewa studio, walaupun kadang-kadang saya tidak memperoleh untung langsung. Tetapi saya tidak kisah tentang perkara tersebut, bagi saya ia adalah modal untuk buat content di media sosial bagi memperoleh lebih ramai pelanggan atau student. Alhamdulillah dengan content yang saya buat, ada beberapa artis mula notis kewujudan kelas vokal saya.
Tidak berapa lama kemudian, saya berpindah ke studio lain. Kelas vokal saya mula menerima sambutan di kalangan penyanyi amatur dan perniagaan saya semakin berkembang dengan cara urusan marketing saya tersendiri. Sekarang kelas vokal ini telah berusia 7 tahun. Saya berharap dengan penyertaan saya di dalam Rancangan Realiti Pencarian Nona Superwoman ini dapat mengajar saya lebih mendalam tentang dunia perniagaan, membuka lebih banyak peluang untuk saya mengenali mereka yang sukses dan tentunya ia adalah salah satu branding buat saya dan kelas vokal,” bicara Sarah Halim sambil tersenyum manja.


Kala menyentuh tentang pengalaman yang tidak mungkin dilupakannya, “Saya seorang yang independent. Bukan bermakna saya sombong dan ego, cuma saya dididik oleh Mama untuk tidak menyusahkan orang lain. Lalu saya bangkit menjadi diri saya yang kental, biarpun ada di kalangan teman yang membuatkan saya down. Saya tidak peduli dengan suara negatif, terus keep going tanpa menoleh ke belakang.
Sebenarnya, dari awal pembabitan saya buka kelas vokal ini tidah direstui oleh arwah ayah. Katanya tiada jaminan masa hadapan yang cerah. Biasalah orang tua biasanya nak yang terbaik buat anak mereka. Arwah ayah cakap begitu sebab beliau pernah gagal dalam perniagaan dan dia tidak mahu saya mengikut jejak langkahnya.
Tetapi saya tetap buat juga, buka kelas vokal. Namun, ayah pergi dahulu meninggalkan saya. Saya sedih, kecewa dan terkilan arwah ayah tak sempat nak rasa bangga dengan pencapaian yang saya peroleh sekarang. Bila teringat peristiwa ini, pasti air mata saya mengalir,” ujar Sarah Ismail.

Kata akhir, “Saya masih belajar dalam dunia perniagaan. Kekuatan dan ilmu vokal saya adalah aset terbaik untuk perniagaan ini terus maju ke hadapan. Saya tutup mata dengan segala dugaan, saya tutup telinga dengan segala kata negatif. Yang penting saya tahu ke mana arah tuju yang ingin saya capai,” bicara Sarah Ismail yang bakal menemui anda semua menerusi Rancangan Pencarian Nona Superwoman 2021, di ASTRO PRIMA bermula 22 September, setiap Rabu jam 9.00 malam. Rancangan ini dibawakan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Nona, diperkasakan oleh Usanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.Download
sekarang!
“Saya Benci Berniaga Sebab Memenatkan!” Dari Keterpaksaan, Siti Nur’Amalina Kini Urus 10 Syarikat

Dalam usia semuda 35 tahun, Siti Nur’Amalina Hairuddin kini merupakan Ketua Pegawai Operasi kepada Syarikat Oasis Grande Sdn Bhd yang menaungi 13 buah syarikat dan dua badan amal kebajikan yang juga pemegang Diploma Seni Muzik dan Ijazah Sarjana Muda Muzik.
“Saya merupakan seorang guru vokal, back-up singer dan menyanyi koir yang sering terlibat dalam persembahan di dalam dan luar negara, rakaman album dan sebagainya sebelum ini.Saya juga pernah menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan Jabatan Kerajaan serta mengendalikan kelas persendirian untuk kelas vokal. Kini, saya memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Pentadbiran dalam syarikat,” jelas Siti Nur’Amalina sambil tersenyum.

“Sebenarnya sangat besar tanggungjawab yang saya galas ketika ini. Saya perlu menjaga semua syarikat dan NGO yang telah ditubuhkan dari segi semua aspek. Ketika ini fokus perniagaan saya lebih kepada pengurusan agensi pelancongan. Syarikat kami menawarkan pakej Ibadah Umrah, pelancongan di dalam dan luar negara serta menawarkan tempahan tiket penerbangan.
Disamping itu juga, syarikat kami telah melancarkan pakej umrah mampu milik, pakej badal haji, qurban dan aqiqah untuk masyarakat di luar sana. Kini, kami sedang menyusun atur kursus-kursus umrah untuk jemaah dan modul pembelajaran bakal- bakal mutawwif ke Tanah Suci.Pada masa yang sama, salah satu syarikat kami iaitu Fresco Fresh Development Sdn. Bhd. sedang dalam perancangan melancarkan makanan sejuk beku bersama NGO dan bakal diedarkan ke masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur bagi membantu golongan yang memerlukan.
Di bawah Oasis Global Ventures pula, syarikat kami telah menjalankan perniagaan vending machine dan menawarkan pakej untuk usahawan yang berminat. Dalam pada masa yang sama, NGO kami iaitu Persatuan Bantuan Sahabat Mesin Layan Diri (VENMA) ditubuhkan untuk usahawan mendapatkan vending machine dengan harga mampu milik serta membantu terutamanya dalam bahagian latihan, teknikal dan kerosakan pada mesin.
Bagi Oasis Mega Berhad hala tuju syarikat pula tertumpu kepada Pengurusan Korporat yang mana kami menjalankan pengurusan projek berimpak tinggi seperti projek tenaga arang batu, pembekal makanan dan lain-lain.Dan terkini, kami bakal melancarkan produk pakaian dan sandal lelaki untuk edisi Raya 2022 di bawah syarikat Oasis SA Concept Sdn. Bhd. Tidak terkecuali, syarikat Majoris Omada Sdn. Bhd. sebagai hub membantu SME dalam digital marketing dan IT platform. Apa yang saya boleh simpulkan ketika ini, saya sedang bekerja keras bersama dengan pasukan dan para pekerja bagi memastikan setiap syarikat memberi manfaat dan dapat membantu lebih ramai orang di luar sana.”


Siti Nur’Amalina terus bercerita perjalanannya dalam dunia perniagaan. “Saya mula mengenal erti berniaga sejak kecil lagi. Ketika saya berusia 6 tahun dahulu, saya sudah mula membantu ibu bapa saya berniaga di warung tepi jalan.Dari situ saya belajar cara mengira duit, mengambil pesanan, memasak dan mengemas kerusi meja. Itulah rutin harian selepas pulang dari sekolah hingga waktu malam. Tiada istilah waktu bermain untuk saya. Saya juga buat kerja sambilan menyanyi di hotel, majlis kenduri dan pelbagai majlis sehingga umur saya 17 tahun.
Kemudian rezeki saya, mendapat tawaran melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam dalam bidang muzik. Sepanjang pengajian, masa terluang saya dipenuhi dengan kerja sambilan menyanyi, menjadi penyanyi latar dan menyanyi koir selain mengajar vokal di sekolah dan menjalankan kelas vokal secara persendirian. Sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan orang tua saya dan membantu adik-adik yang sedang belajar juga.

Di usia yang muda, saya kemudiannya mengambil keputusan untuk berkahwin dan saya bertekad untuk berhenti mengajar dan fokus untuk membantu suami berniaga.Sebelum itu, saya pernah cakap pada diri saya, “Saya benci berniaga sebab berniaga penat dan saya dah merasa berniaga dari kecil!” Tapi sesuatu yang kita benci itulah yang kita akan dapat juga.
Saya kemudiannya mengikuti Program Inkubasi Usahawantani di UPM selama 3 bulan. Seterusnya, saya mengikuti suami yang aktif dalam perniagaan MLM dan mula fokus pada perniagaan perawatan bekam, membuka kafe siber di Bangi, Subang dan Shah Alam serta akhirnya, menjalankan agensi pelancongan sehingga sekarang.

Di sinilah saya belajar untuk memaksa diri belajar sesuatu di luar bidang kemampuan dan kebiasaan kita. Perit jerih setiap pengalaman ini mengajar saya menjadi lebih matang.Walaubagaimanapun suka duka yang saya hadapi dilalui dengan penuh kesabaran. Sama seperti usahawan yang lain, saya juga terpaksa menghentikan operasi agensi pelancongan akibat pendemik. Saya terpaksa memberhentikan pekerja-pekerja dan meneruskan perjuangan bersama pekerja yang masih sanggup bersusah senang dengan kami.
Sewaktu pandemik saya dan suami juga pernah bertukar dan mencuba perniagaan lain, ke penjualan kurma Ajwa. Kemudian saya turut memulakan perniagaan vending machine, di mana saya dihantar ke kilang untuk mempelajari selok belok vending mesin.
Saya berjaya melalui semua dengan berkat kesabaran bersama pasukan yang sanggup belajar dan mampu melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa. Alhamdulillah, kini saya dan pasukan berjaya mengendalikan 13 buah syarikat termasuk 2 NGO yang baru ditubuhkan dalam beberapa bulan ini iaitu Persatuan Bantuan Sahabat Mesin Layan Diri (VENMA) dan Pertubuhan Sahabat Fitrah,” bicara Siti Nur’Amalina.

Namun perjalanan yang dilalui beliau tidak seindah yang digambarkan, merasa jatuh bangun dan kini bangkit kembali. “Saya pernah terduduk menangis bersama dengan suami bagaimana untuk menggerakkan jemaah umrah dan membayar gaji para pekerja. Saya bersyukur kerana Allah turunkan bantuan secara tiba-tiba dan semuanya dapat diselesaikan.
Saya yakin bahawa doa adalah satu senjata utama dalam segala urusan harian kita selain memohon doa dari ibu bapa dan keluarga kita juga. Alhamdulillah, kini perniagaan kami kian berkembang dan dikurniakan pasukan dan pekerja yang sangat membantu dan saling menyokong. Kami juga dapat membantu masyarakat di luar sana secara tidak langsung.”
Siti Nur’Amalina sentiasa percaya bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmahnya tersendiri. “Bila jatuh kita kena kuat untuk bangun semula. Sentiasa berfikiran positif dan yakin bahawa kita boleh berjaya jika kita tidak mencipta alasan. Saya sentiasa mendoakan semua orang tidak mudah patah semangat dan dapat terus berjaya mencipta kejayaan.
Jangan pernah berhenti mencipta impian dan jangan pernah berhenti berusaha kerana cepat atau lambat kemanisan dan kejayaan pasti akan menjadi milik kita kelak. Dan yang penting sentiasa berdoa dan mengharap pada Allah.Prinsip hidup saya, kita berniaga bukan hanya untuk mengejar nikmat dunia sahaja tetapi untuk bekalan akhirat juga.

Tiada istilah malas dan tidak boleh jika kita belum mencuba. Semuanya bermula dengan kepayahan, kepenatan, keterpaksaan dan kesakitan. Tetapi nikmat kemanisan terhasil bila kita telah Berjaya, kerana pilihan itu ada pada diri kita. Jangan pernah berhenti berdoa, berusaha, berimpian dan sentiasa berfikir untuk memberi manfaat buat semua di luar sana,” ujar Siti Nur’Amalina.
Harapan dan impian beliau sangat jelas, kerana beliau mahu terus membantu usahawan-usahawan lain terutamanya golongan wanita dan anak-anak muda agar terus mengejar impian menjadi usahawan berjaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.Download
sekarang!
Pengasas Hijab By Hanami Ini Tak Menyesal Tinggal Dunia Akademik Demi Bantu Wanita Kaya & Berjaya

Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini adalah pilihan. Kita sebagai manusia yang membuat pilihan hala tuju masing-masing. Pengasas Hijab by Hanami ini nekad memilih perniagaan tudung berlandaskan patuh syariah sebagai saham akhiratnya.

“Perjalanan kita ke syurga ini bukan senang jadi kita kena lalui dengan berlapang dada. Jadi kita kena pilih, keputusan yang kita buat tu kena betul, tak boleh ambil jalan pintas, kita kena pastikan betul-betul rezeki yang kita cari ini betul-betul halal dan supaya kesannya bukan untuk diri sendiri tapi jemaah, keluarga dan hari akhir kita nanti,” tutur Siti Zaleha Hamzah yang telah membina bisnes hijab ini selama tujuh tahun.
Meninggalkan kerjaya profesional demi membina sebuah empayar perniagaan berlandaskan patuh syariah merupakan jihad yang tiada tandingan. Sempat berkhidmat sebagai pendidik selama tiga tahun di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) wanita yang petah berkata-kata ini terus berani merencana perjalanan bisnesnya.

Bercerita tentang detik awal pembabitannya dalam bisnes hijab, “Mulanya saya buat secara suka-suka kerana waktu itu sukar untuk mencari tudung labuh tapi nampak eksklusif. Bila saya pakai, ramai pula yang bertanya malah menggesa saya untuk menjualnya. Kawan-kawan sepejabat ketika itu adalah golongan pertama membeli tudung rekaan saya.
Mereka sentiasa membakar semangat saya untuk terus maju malah ada yang sanggup menghulurkan wang sebagai modal untuk saya meneruskan perniagaan ini. Bukan itu sahaja, ketika cuti semester ada di kalangan rakan pensyarah saya sudi membantu menggunting kain untuk dijadikan tudung,” tutur wanita yang berbekalkan modal RM600, 13 tudung yang habis terjual pada hari pertama jualannya.

Wanita berkelulusan Ijazah Sarjana Usuluddin dari Universiti Malaya (UM) ini memegang misi, ‘Kaya dan Berjaya Bersama’ dan bersemangat membantu wanita lain untuk menukar taraf hidup. “Misi saya adalah untuk memberi team di bawah saya Kaya dan Berjaya Bersama. Bukan saya sahaja yang mampu memperoleh pendapatan RM1 juta sebulan tapi team saya juga boleh raih pendapatan RM1 juta sebulan.
Itu adalah harapan saya paling besar untuk tengok orang di keliling saya bahagia, berjaya dan cemerlang. Saya juga menyasarkan agar tahun ini saya boleh dapat 5000 agen Hijabs by Hanami untuk perkenalkan jenama ini kepada lebih ramai orang. Sebab kita ada produk yang berkualiti dan patuh syariah jadi saya rasa berdosa sekiranya saya tak berkongsi produk yang bagus ini dekat orang luar yang masih tak tahu lagi jenama ini.
(1) Nona Best Uprising Hijab Brand Award : Tampil Eksklusif Dengan HIJABS BY HANAMI – YouTube
Saya selalu beritahu staf, kita bukan saja nak buat duit kita ada misi. Jika di Malaysia ini ada 30 juta penduduk tapi sekarang belum sampai sejuta pun yang tahu tentang Hijabs by Hanami, jadi perjuangan kita masih jauh lagi,” kata wanita yang berasal dari Selangor ini.

Bersandarkan tagline Peneraju Tudung Bawal Sarung No. 1, Hijabs by Hanami begitu istimewa kerana fabriknya yang berkualiti tinggi, mempunyai rekaan edisi terhad serta keluaran koleksi baru setiap minggu dan boleh disarung oleh segenap lapisan usia. Malah, Hijabs by Hanami mendahului jenama lain dengan mendapat empat trademark tersendiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.Download
sekarang!



