Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Langkau ke kandungan utama
MENU

logo_MDSR

Anda di sini

MDSRProfilLatar Belakang

Latar Belakang

Penubuhan MDSR

Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana pengistiharan sebagaiMajlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri Johor.

Pada asalnya PejabatMajlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996, Pejabat ini dengan resminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama.

Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 6 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang, Sungai Sayong dan Taman Sri Lambak (T6). Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.

Penempatan MDSR

Terdiri daripada Lima (6) buah penempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Sungai Sayong, Layang-Layang dan Taman Sri Lambak (T6) dengan ciri-ciri dan sejarah penempatannya yang unik. Pekerjaan utama adalah sebagai peladang, pedagang dan kakitangan kerajaan serta swasta.

Letusan Karokatua pada tahun 1950 mengujudkan penempatan baru di pendaerahan Kluang Selatan. Sebuah bukit terbelah dua dan menjad rengang yang masih boleh dilihat sehingga kehari ini. Peristiwa 'rengang'nya bukit itu menjadi sebutan ramai. 'Rengang' menjadi 'Renggam' dan itulah kewujudan unik Bandar Renggam.

Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom dimana ia telah menerima kunjungan Ratu Elizeberth dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950′an. Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan sebagainya yang masih kekal sehingga kehari ini.

Padang Golf, lapangan terbang dan bangunan-bangunan lama adalah tinggalan sejarah yang masih kekal sehingga kini.

  • logo_epu
  • logo_hrmis
  • logo_jobmalaysia
  • logokpkt
  • logo_mampu
  • logo_msc
  • logo_mygov
  • logo_myideas
  • logo_spa

Khidmat Pelanggan

Hubungi Kami

Kompleks Pentadbiran
Majlis Daerah Simpang Renggam,
Jalan Persiaran Muafakat,
86200 Simpang Renggam, Johor.

No. Tel: 07-755 1300
No. Faks: 07-755 1302
No. Whatsapp Aduan : 019-7551300
E-mel:info@mdsrenggam.gov.my &aduan@mdsrenggam.gov.my

Tarikh Kemaskini:Isnin, 9 Februari 2026 - 4:24pm
Jumlah Pelawat Keseluruhan:

Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Daerah Simpang Renggam

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768


[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp