Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
Wikikamus
Cari

Lampiran:Glosari

Daripada Wikikamus

Glosari istilah yang digunakan di isi kamus ini.Lihat jugaWiktionary:Glosari, yang mengandungi istilah yang digunakan di tempat lain dalam komuniti Wikikamus danLampiran:Glosari retorik, yang menjelaskan istilahretorik yang biasa digunakan.


Isi Kandungan:ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ


a.
"Ante" (bahasa Latin bagi "sebelum"). Oleh itu, petikan dari "a. 1924" ialah petikan dari tidak selewat-lewatnya tahun 1923.
arkaik
Tidak lagi digunakan secara umumnya, tetapi masih ditemui dalam beberapa teks kontemporari yang bertujuan untuk gaya penulisan kuno seperti novel sejarah. Contohnya sepertithee danthou yang merupakan kata ganti nama arkaik yang hampir digantikan denganyou secara menyeluruh.Arkaik merupakan istilah yang lebih kuat berbandinglapuk, tetapi tidak sekuatusang. (Sila lihatWikikamus:Istilah arkaik dan usang.) Manakala istilah arkaik menamakan sesuatu yang masih wujud atau konsep yang tidak ketinggalan zaman, istilahbersejarah menamakan sesuatu yang terdahulu atau konsep yang ketinggalan zaman.
bersejarah
Menghuraikanobjek ataukonsep yang tidak lagi wujud atau ikut zaman; contohnya,Czechoslovakia,stomacher, atauphlogiston. Bezakan: istilahbersejarah masih digunakan tetapi merujuk kepada sesuatu yang tidak lagi digunakan pada masa ini; istilahusang merupakan istilah yang tidak lagi digunakan dengan benda yang pernah dirujuknya itu mungkin wujud atau mungkin tidak wujud. Manakala istilaharkaik menamakan benda yang masih wujud atau konsep yang tidak ketinggalan zaman, istilah sejarah menamakan benda lama atau konsep yang ketinggalan zaman.
duaan
Suatu bentuk bilangan nahu yang menandakan tepat-tepat dua benda atau individu. Biasanya untuk dibezakan dengan bentuk mufrad atau bentuk jamak.
homofon
Suatu kata yang sebutannya sama dengan kata lagi satu tetapi berbeza dari segi ejaan, makna atau asal-usulnya.
jamak
Suatu bentuk bilangan nahu yang menunjukkan kewujudan beberapa benda atau individu. Kebanyakan bahasa membezakannya dengan bentukmufrad, dan jamak menunjukkan dua atau lebih bilangan sesuatu benda itu. Sesetengah bahasa juga mempunyai bentuk bilanganduaan atau juga nombor cubaan; dalam keadaan kewujudan berbilang nombor cubaan bentuk jamak menunjukkan lebih daripada nombor khusus tertinggi.
kasus ablatif
Suatukasus yang menandakan perpisahan, atau bergerak jauh dari sesuatu. Ia digunakan sendiri sahaja atau dengankata hubung tertentu. Contohnya, jika bahasa Melayu memiliki sistem kasusproduktif penuh yang memasukkan kasus ablatif, kemudian dalam frasadatang dari bandar, sama ada "bandar" atau "dari bandar" kemungkinan akan dalam ablatif. Dalam beberapa bahasa, seperti bahasa Latin, kasus ini telah memperoleh banyak kegunaan lain dan tidak betul-betul menandakan perpisahan lagi.
kata majmuk
Sesuatu perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih perkataan yang membawa maksud khusus. Contohnya, katamatahari merupakan gabungan katamata danhari dan mempunyai pengertian yang spesifik iaitu objek alamiah yang bersinar di langit.
kata pinjaman
Sesuatu perkataan yang diserap masuk (dipinjam) dari sesuatu bahasa lain berbanding terbentuk dalam bahasa itu sendiri atau diturun daripada bentuk yang terdahulu pada bahasa yang sama. Kata pinjaman mungkin masih boleh dikenali sebagai asing (mempunyai ejaan atau sebutan yang tidak mengikut prinsip pembentukan kosa kata sesuatu bahasa yang meminjam itu) (pinjaman yang tidak tersuai), atau perkataan tersebut mungkin telah diserap sepenuhnya ke dalam bahasa tersebut (tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang asing). Contohnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan "schadenfreude" masih dikenali sebagai kata pinjaman dari bahasa Jerman, manakala perkataan "cellar" pula telah diasimilasi sepenuhnya dan tidak lagi dikenali sebagai berasal dari bahasa Latin (daricellārium). Kadangkala kata pinjaman semula jadi boleh diasimilasikan sepenuhnya dan masih diiktiraf sebagai kata pinjaman asing (contoh seperti perkataan "taco" dan "burrito"). Bandingkanterjemahan pinjaman (dikenali sebagaicalque dalam bahasa Inggeris).
kiasan
Ungkapan yang digunakan untuk mengatai dan mengejek seseorang tidak dengan berterus terang.
lapuk
Dahulunya digunakan secara umum, dan masih digunakan sekali-sekala, tetapi kini penggunaannya tidak lagi mengikut arus perkembangan zaman; contohnya:wireless dalam erti kata "penala radio siaran",groovy, dangay dalam erti kata "cerah" atau "gembira" semuanya dikira lapuk atau ketinggalan zaman.Lapuk tidak sekuatarkaik atauusang. LihatWikikamus:Istilah usang dan arkaik.
mufrad

Suatu bentuk bilangan nahu yang menandakan tepat-tepat satu benda atau individu. Selalunya dibezakan dengan bentukjamak, dan sesetengah bahasa pula dengan tambahan bentukduaan

paduan
bentuk perkataan yang disatukan dari sebilangan perkataan, sepertiultah
singkatan
Bentuk perkataan yang dipendekkan, sepertiparapisme,akronim, ataupemendekan.
slanga
Perkataan yang tidak tergolong dalam bahasa baku ataupiawai di mana-manalaras bahasa.
usang
Tidak lagi digunakan, dan (bagi istilah) tidak lagi mungkin difahami.Usang ialah istilah yang lebih kuat berbandingarkaik, dan istilah yang jauh lebih kuat berbandinglapuk. LihatWikikamus:Istilah usang dan arkaik. Bezakan: istilahusang merupakan istilah yang tidak lagi digunakan dengan benda yang pernah dirujuk olehnya itu mungkin wujud atau mungkin tidak wujud; istilahbersejarah merupakan istilah yang masih digunakan namum merujuk kepada benda yang tidak lagi wujud.
Diambil daripada "https://ms.wiktionary.org/w/index.php?title=Lampiran:Glosari&oldid=254154"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp