Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganPulau Pinang.
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Pinang" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Disember 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Pinang
Pokok Pinang
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. catechu
Nama binomial
Areca catechu

Pokok pinang (nama saintifik:Areca catechu[1], bahasa Inggeris:betelnut, tulisan Cina:檳榔) merupakan satu spesistumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropikaPasifik,Asia, dan bahagian-bahagianAfrika timur.Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengandiameter batangnya setebal 20-30 sm.Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya.

Pinang ditanam untuk memperoleh buahnya yang penting dari segi ekonomi sebagaikunyahan memberi rasa keasyikan digandingkan bersamasirih. Ia mempunyai sejarah yang lama dalam kebudayaanalamorang Melayu; bahkan ia antara empat jenis pokokpalma yang disebut-sebutkan dalamBatu Bersurat Talang Tuwo tahun 684 M:

ñiyurpinaṃ hanāu ru-/mviya dṅan samiśrāña yaṃ kāyu nimākan vuaḥña
("nyiur,pinang, enau, rumbia dengan [seumpamanya] yang kayu dimakan buahnya...")[2]:39

Botani

[sunting |sunting sumber]
Lukisan abad ke-19 menggambarkan bahagian-bahagian pokok pinang

Batang lurus langsing, dapat mencapai ketinggian 25 m dengan diameter lk 15 sm, meski ada pula yang lebih besar. Pelepahdaun berbentuk tabung dengan panjang 80 sm, tangkai daun pendek; helaian daun panjangnya sampai 80 sm, anak daun 85 x 5 sm, dengan hujung sobek dan bergerigi.[3]

Tongkolbunga muncul di bawah pelepah pokokberseludang (spatha) panjang dan mudah rontok, tongkol ini panjangnya lebih kurang 75 sm, bercabang rangkap dengan sumbu hujung sampai panjang 35 sm. Betina bunga terletak pada pangkal berwarna hijau dengan panjang lebih kurang 1.5 sm, ia diapit banyak bunga jantan putih kuning yang melentik tancap berukuran panjang 4 mm dengan setiap satu kuntumnya mempunyai 6stamen.[3]Buah yang dihasilkan berupaberi bulat memanjang antara 3.5 – 7 sm, ia berwarna merah jingga apabila masak. Kulit buah yang berserabut. Biji 1 berbentuk telur, dan memiliki gambaran seperti jala.[3]

Buah pinang muda

Kegunaan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:bersirih
HutanAreca catechu di Taiwan

Buah pinang sering dihidangkan dengan dibelah menggunakankacip dan dimakan bersamasirih dan seberapa barang lainsetepak termasukgambir dankapur.

Air dari buah pinang muda dipercayai mampu mengubati darah dalam air kencing serta mengurangkan rabun bila dititik pada kornea. Abu buahnya yang dibakar boleh digunakan untuk membersihkan gigi secara kadar sederhana. Pinang muda danbenzoin disapukan pada lukaberkhatan.[4]

Hubungan dengan manusia

[sunting |sunting sumber]

Buah pinang amat penting dalam adat-adat perkahwinanorang Melayu sertaorang India, bahkan adatmeminang sendiri datangnya dari pengimbuhan katapinang lagi-lagi dengan perlambangan kuat buah pinang kepada lelaki dipasangkan kepada daun sirih yang perempuan dalam masyarakat tertentu.[5]:32-33

Masyarakat penganutHindu mengaitkan buah pinang dengan dewaBrahma dalampenyatuan dewa bertigakepercayaan mereka.[5]:32

Pulau Pinang yang terletak berdekatan pantai baratSemenanjung Malaysia, dinamakan sempena nama "pinang". Pokok pinang juga merupakan asal bagi nama pekanBukit Pinang yang merupakan bekas ibu negeri dan kota dirajaKedah sebelum abad ke-18.

Sifat kimia

[sunting |sunting sumber]

Buah pinang ini mengandungi bahanalkaloid yang unik didapati sepertiarekaina danarekolina yang dianggap boleh menyebabkan rasa dalam penggunanya apabila dikunyah.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Pinang palm or Betel-nut palm , Areca catechu, Family Arecaceae
  2. ^Coedes, George (1930)."Les inscriptions malaises de Çrivijaya".BEFEO.30 (1): 29–80.
  3. ^abcSteenis, CGGJ van. 1981.Flora, untuk sekolah di Indonesia. PT Pradnya Paramita, Jakarta. Hal. 141.
  4. ^"Pinang".Sirih Pinang. Perpustakaan Negara Malaysia. 1999. Dicapai pada9 Julai 2021.
  5. ^abRooney, Dawn F. (1992). "The Symbolism".Betel Chewing Traditions in South-East Asia. Kuala Lumpur Malaysia: Oxford University Press.ISBN 0-19-588620-8.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanPinang
Ikon tunas

Rencana mengenaitumbuhan ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Ikon tunas

Rencana berkenaanbudaya ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pinang&oldid=5914327"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp