Zulkifli Hasan LLB (Hons), MCL (UIAM); PhD (Durham) | |
|---|---|
| Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | |
| Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
| Raja |
|
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Mohd Na'im Mokhtar |
| Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Perhubungan Masyarakat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | |
| Dalam jawatan 2018–2022 | |
| Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia | |
| Dalam jawatan 2017–2018 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1977-06-03)3 Jun 1977 (umur 48) Tanjong Malim,Perak |
| Tempat belajar | Durham University Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (LLB & MCL) |
Dr.Zulkifli bin Hasan (lahir 3 Jun 1977) ialah seorang ahli akademik, penulis dan ahli politik diMalaysia. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sejak 12 Disember 2023.[1]
Dr. Zulkifli Hasan merupakan bekas Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Perhubungan Masyarakat),Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan mantan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau pernah memegang pelbagai jawatan akademik lainnya seperti penyunting untukMalaysian Journal of Syariah and Law, untukJournal of Islamic Accounting and Business Research, Anggota Lembaga PenasihatJournal of Contemporary Maqasid Studies, Penolong Penyunting untukMalaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies, ahli panel bagi regulasi muamalat dan halal,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jawatankuasa Pendidikan Syariah dan Undang-Undang, JAKIM, ahli jawatankusa timbang tara UniversitiInns of Court Malaysia, jawatankuasa Penguam Syarie, JAKIM, jawatankuasa teknikalAkta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), Anggota Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, KetuaMajlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM], Wakil Ketua Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti Malaysia (MATDUM), pensyarah jemputan untukJudicial and Legal Training Institute, Jabatan Perdana Menteri danCentre For Islamic Banking, Finance And Management (CIBFM), Brunei Darussalam, penyemak jurnal untuk banyak jurnal antarabangsa yang dirujuk serta anggota lembaga PenasihatEditorial Shari'ah Law Reports danGlobal Islamic Finance Magazine. Beliau juga merupakan Lembaga Pengarah bagiMalaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE), anggota Lembaga Penasihat untuk Institut Ekonomi Islam dan Kewangan, Universiti Marmara, Istanbul, Turki, Felo Penyelidik Kanan,Universiti Selangor, Penasihat Akademik, Kolej Dar Al-Hikmah, Selangor.[2]
Lahir dari pasangan Haji Hasan Yeen dan Hajah Rabeah Khalid diTanjong Malim,[3] beliau hidup bersama keluarga penoreh getah diSlim River pada awal hidupnya. Mendapat pendidikan awalnya diSekolah Kebangsaan Sungai Behrang. Kemudian melanjutkan pelajaran diMadrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik tahunan pada 1994 di Madrasah tersebut.[4]
Beliau telah menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda diUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam ijazah sarjana muda undang-undang pada tahun 2001, dan ijazah sarjana muda keduanya dalam jurusan syariah pada tahun 2002, kemudian beliau memperoleh ijazah sarjana undang-undang perbandingan di universiti yang sama pada tahun 2004. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran diDurham University di United Kingdom, dan tamat dengan doktor falsafah dalam Kewangan Islam pada tahun 2011.[4]
Dr. Zulkifli juga aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan sebagai lembaga pemegang amanahGlobal Peace Mission Malaysia, mantan KetuaAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Negeri Sembilan, anggota Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Islam Seremban, dan Ketua MYCOM4SDG. Beliau memiliki pengalaman di peringkat antarabangsa yang berharga dan terlibat aktif dengan masyarakat awam di United Kingdom, iaituDurham Islamic Society danPalestine Solidarity Campaign, serta di Amerika Syarikat, iaituAssociation of Muslim Lawyers of New York danFordham Islamic Society. Pada tahun 2013, beliau mewakili Malaysia dalam sebuah Program berprestij iaituYoung Muslim Intellectuals in Southeast Asia di Jepun yang dianjurkan olehJapan Foundation. Beliau telah dipilih sebagai penerima geran pada tahun 2014 untuk mejalankan kajian ilmiah diUniversiti Fordham, New York, Amerika Syarikat olehJ. William Fulbright Foreign Scholarship Board melalui InisiatifFulbright US-ASEAN Visiting Scholars.[5]