Zon pesisir atauzon litoral adalah sebahagian daripada laut, tasik atau sungai yang dekat dengan daratan. Di persekitaran pantai zon litoral memanjang daritikas air pasang, yang jarang dibanjiri, ke kawasan garis pesisir yang tenggelam secara kekal. Ia sentiasa meliputizon pasang surut dan sering digunakan dengan maksud yang sama dengan zon pasang surut. Namun, makna "zon litoral" boleh meluas jauh dari zon pasang surut.
Tidak terdapat definisi tunggal. Apa yang dianggap sebagai zon litoral sepenuhnya, dan cara zon litoral dibahagikan kepada wilayah-wilayah kecil, berbeza dalam konteks yang berlainan (tasik dan sungai mempunyai definisinya sendiri). Penggunaan istilah ini juga berbeza dari satu bahagian dunia ke dunia lain, dan antara tata tertib yang berlainan. Sebagai contoh, para panglima tentera membicarakan tentang litoral dalam cara yang agak berlainan dari ahli biologi marin.
Keadaan sekeliling air memberikan beberapa ciri khas kepada wilayah litoral. Kuasahakisan air mengakibatkan jenis-jenisbentuk muka bumi terbentuk, sepertigumuk, danmuara. Pergerakan semulajadi litoral disepanjang pantai dipanggilhanyutan susur pesisir. Secara biologinya, ketersediaan air membolehkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan semakin bertambah, dan terutamanya pembentukantanah lembap yang meluas. Disamping itu,kelembapan tambahan disebabkan penyejatan biasanya menghasilkaniklim mikro yang menyokong jenis organisma yang unik.
Perkataanlittoral digunakan sebagaikata nama dankata adjektif. Ia berasal dari kata namaLatinlitus, litoris, bermaksud "pantai". (Huruf dua 't' adalah inovasi akhir abad pertengahan dan perkataan itu kadangkala dilihat dalam ejaan 'litoral' yang lebih klasik.)
Templat:Geografi pantai