Rencana initidak mempunyaipautan ke rencana Wikipedia lain. Tolong bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan pautanyang berkaitan dengan konteks dalam teks yang sedia ada.(Oktober 2017) |
Zihar ia perbuatan seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya. Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan.[1] Ia biasanya menerusi percakapan, tidak dikira yang terlintas di dalam hati.
Zihar hukumnya haram. Ini bermakna lelaki yang menziharkan isterinya dikira berdosa kerana mengharamkan perkara yang halal. Perbuatan zihar sekali imbas dapat dilihat seakan-akan ila’ kerana kedua-duanya adalah satu pernyataan untuk tidak bersetubuh dengan isteri dan persetubuhan hanya boleh dilakukan setelah membayar kifarat (denda).
Zihar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:
Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda).
Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu: