Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ziema Din

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ziema Din
Kelahiran
Rozima binti Bidin

(1983-05-09)9 Mei 1983 (umur 41)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2002–kini

Rozima Bidin (lahir 9 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagaiZiema Din ialah seorang pelakon wanitaMalaysia, berasal dariKuala Kangsar,Perak. Beliau terkenal menerusi filemKerja Kahwin,Hantu Kak Limah dan telefilem16 Puasa.

Kerjaya

[sunting |sunting sumber]

Ziema memulakan kerjayanya apabila beliau melakoni watak pembantu dalam siri dramaCinta Ibadah arahan Ayie Mustaffa. Drama yang ditayangkan pada 8 September 2014 ini turut dibintangi olehFattah Amin,Aishah Ilias,Raja Ilya,Hisyam Hamid danSherry Ibrahim. Pada tahun yang sama pula, Ziema Din berkesempatan berlakon dalam sebuah telefilem berjudulMaharani. Pada 2017, Ziema turut menjayakan sebuah filem komedi romantik,Kerja Kahwin arahan wardi Jamil. Seterusnya, beliau melakoni watak pembantu dalam filemHantu Kak Limah sebuah filem komedi seram Malaysia 2018 yang diarahkan olehMamat Khalid. Ia merupakan kesinambungan daripadaHantu Kak Limah Balik Rumah (2010) danHusin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam trilogi Hantu Kak Limah. Dalam filem Manap Karaoke arahan Mamat Khalid, Ziema melakoni watak sebagai Kak B Vavavoom. Filem ini dibintangi olehJoey Daud,Pekin Ibrahim,Mona Allen danImuda dan ditayangkan pada 7 Mei 2020. Ia menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di televisyen tanpa ditayangkan di pawagam. Pada 2021, Ziema juga turut berlakon dalam sebuah filem arahan Azizi "Chunk" Adnan yang berjudul10 Tips Tipu Bini.

Filemografi

[sunting |sunting sumber]

Filem

[sunting |sunting sumber]

Telefilem

[sunting |sunting sumber]

Drama

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^https://www.agendadaily.com/Hiburan/ziema-gembira-enam-belas-puasa-selesai.html

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ziema_Din&oldid=6443779"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp