Zhang Heng (Cina ringkas:张衡; Cina tradisional:張衡; pinyin:Zhāng Héng; Wade-Giles: Chang Hêng; 78–139 M) merupakan seorang ahli astronomi, ahli matematik, pencipta, ahli geografi, ahli kartografi, pelukis, pemuisi, bangsawan, dan cendekiawan sastera berbangsa Cina yang berasal dariNanyang,Henan. Beliau hidup padaDinasti Han Timur (25–220 M) di negaraChina. Beliau menerima pendidikan di ibu kotaLuoyang danChang'an, lalu memulakan kerjaya sebagai kakitangan awam biasa di Nanyang. Lama-kelamaan, beliau menjadi Ketua Ahli Astronomi, Pengawas Ahli Pedati Rasmi, selepas itu Pengiring istana diraja. Pendirian beliau yang tanpa kompromi terhadap isu-isu sejarah dan ketakwiman menyebabkan Zhang dianggap sebagai tokoh penuh kontroversi lalu dihalang daripada menjadi ahli sejarah diraja rasmi. Perbalahan politik beliau dengansida-sida istana sewaktu pemerintahanMaharaja Shun (p. 125–144) mendorong beliau untuk bersara dari istana utama untuk berkhidmat sebagai pentadbir di Hejian,Hebei. Beliau kembali ke Nanyang buat seketika, sebelum dipanggil semula untuk berkhidmat di ibu kota pada tahun 138. Setahun kemudian, iaitu pada tahun 139, beliau meninggal dunia.
Zhang menggunakan pengetahuannya yang luas tentang mekanik dan gear dalam beberapa ciptaanya. Beliau menciptasfera armilajanaan air yang pertama di dunia untuk menggambarkan pencerapan astronomi;[1] memperbaikijam air alir masuk dengan menambahkan sebuah lagi takung;[2] serta menciptaseismometer yang pertama di dunia, yang menentukanarah mata angingempa bumi sejauh 500 km (310 bt).[1][3][4] Lebih-lebih lagi, beliau mempertingkat perhitungan Cina yang terdahulu bagi rumuspi. Selain menyuratkan kira-kira 2,500 bintang dalamkatalog bintangnya yang menyeluruh, Zhang turut menganjurkan teori-teori tentangBulan dan hubungannya denganMatahari; terutama sekali, beliau membincangkan bentuk Bulan yang sfera, pencahayaannya dengan memantulkan cahaya matahari di satu muka dan kekal gelap di muka yang lain, serta sifatgerhanamatahari danbulan. Puisi-puisifu (rapsodi) danshi beliau disanjungi dan diulas oleh para sasterawan Cina yang mendatang. Zhang banyak menerima penghargaan atas kesarjanaan dan kebijakan beliau, dan oleh itu dianggap sebagai seorangpolymath oleh sesetengah ilmuwan. Sesetengah ilmuwan masa kiri juga membandingkan kerja-kerja astronomi beliau dengan kerja-kerjaPtolemy (86–161 M).
Needham, Joseph (1986).Science and Civilization in China: Volume 4, Physics and Physical Technology, Part 2: Mechanical Engineering. Taipei: Caves Books, Ltd.
Wright, David Curtis (2001)The History of China. Westport: Greenwood Press.
Huang, Ray (1997).China: A Macro History. New York: An East Gate Book, M. E. SHARPE Inc.