Zarahan, juga dirujuk sebagaijirim zarahan atauzarah halus, ialah zarah-zarah pepejal atau cecair yang sangat kecil yang melayang-layang di gas atau cecair. Ini berbeza denganaerosol, yang merujuk kepada kedua-dua zarah dan gas sekaligus. Sumber jirim zarahan boleh jadi buatan manusia atau semula jadi. Jirim Zarahan[1]—(Kualiti air) dalam pencemaran air, zarahan boleh berada dalam keadaan pepejal atau larut. Zarahan pepejal boleh dikeluarkan dengan penapis atau mendap dari air, dan dirujuk sebagai jirim zarahan tidak terlarutkan. Manakala jirim zarahan terlarut boleh diasingkan dengan menyejat air, meninggalkan jirim zarahan terlarut itu. Garam merupakan satu contoh jirim zarahan terlarut. Sesetengah zarahan berasal dari alam sekitar, darigunung berapi,ribut debu,kebakaran hutan danpadang rumput, tumbuh-tumbuhan hidup, dan percikan ombak. Aktiviti manusia, seperti pembakaranbahan api fosil dalam kenderaan,stesen janakuasa dan pelbagai proses industri turut menghasilkan aerosol. Secara keseluruhan, aerosolantropogen—yang dihasilkan oleh aktiviti manusia—kini mencapai kira-kira 10 peratus dari jumlah keseluruhan aerosol di atmosfera.[perlu rujukan] Penigkatan tahap zarah halus di udara dikaitkan dengan bahaya kesihatan sepertisakit jantung danbarah paru-paru.
![]() | Carizarahan dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |