Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Zaman Pertengahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Frank awal Zaman Pertengahan dilukis bersama Paus, dari SakramenCharles II dari Perancis (sekitar 870).

Zaman Pertengahan merupakan zaman kedua dalam pembahagian tradisional sejarahEropah kepada tigazaman:Tamadun Klasik Purba, Zaman Pertengahan danZaman Moden. Zaman ini merupakan zaman perubahan besar dalam kebudayaan, politik dan ekonomi di Eropah. Zaman Pertengahan menyaksikanpembandaran berkekalan pertama di utara dan barat Eropah. Negara-negara Eropah moden bermula pada zaman ini, sempadan seperti yang terdapat pada hari ini merupakan kesan pencapaian ketenteraan dan wangsa paza zaman yang kacau ini. Sains, teknologi, pertanian dan identiti sosial berubah secara mendadak pada masa ini. Zaman Pertengahan bermula darikejatuhan Empayar Rom Barat padaabad ke-5 hinggalahkejatuhan Empayar Rom Timur padaabad ke-15. Walau bagaimanapun, tarikh ini cuma lebih kurang dan berasaskan hujah nuansa, kerana skema tarikh lain wujud.

Pentakrifan

[sunting |sunting sumber]

Zaman Pertengahan adalah salah satu dari tiga kurun waktu utama dalam skema terlama yang digunakan dalam kajianSejarah Eropah, yakniZaman Klasik atauAbad Kuno, Zaman Pertengahan, danZaman Modern.[1] Para sejarawan dari negara-negarapenutur rumpun bahasa Romawi cenderung membahagi Zaman Pertengahan menjadi dua kurun waktu, yakni kurun waktu "Tinggi" sebagai kurun waktu yang "terdahulu", dan kurun waktu "Rendah" sebagai kurun waktu yang "terkemudian". Para sejarawan penutur bahasa Inggris, mengikuti jejak ilmuwan sefahaman mereka di Jerman, umumnya membahagi Zaman Pertengahan menjadi tiga kurun waktu, yakni kurun waktu "Awal", kurun waktu "Puncak", dan kurun waktu "Akhir".[1] Pada abad ke-19, seluruh Zaman Pertengahan kerap dijuluki"Zaman Kegelapan" (atau "Zaman Kelam"),[2][A] namun semenjak Zaman Pertengahan dibahagikan menjadi tiga kurun waktu, pemakaian istilah ini pun dibatasi untuk kurun waktu Awal Zaman Pertengahan saja, setidaknya di kalangan sejarawan.[3]

Pemahaman semasa

[sunting |sunting sumber]

Para pujangga Zaman Pertengahan membahagi sejarah menjadi sejumlah kurun waktu, misalnya "Enam Zaman" atau "Empat Kerajaan", dan menganggap zaman hidup mereka sebagai akhir zaman menjelangkiamat.[3] Bila mana para pujangga ini menggambarkan gaya hidup sezaman mereka, maka zaman itu akan mereka sebut sebagai "zaman modern".[4] Pada era 1330-an, humanis sekaligus penyair Italia,Francesco Petrarca, menyebut kurun waktu pra-Kristian sebagai zamanantiqua (kuno) dan kurun waktu Kristian sebagai sebagai zamannova (baru).[5]Leonardo Bruni adalah sejarawan pertama yang menggunakanperiodisasitripartitus (tiga serangkai) dalam karya tulisnya,Sejarah Orang Firenze (1442).[6] Leonardo Bruni dan para sejarawan sesudahnya berpendapat bahwa Italia telah banyak berubah semenjak masa hidup Petrarca, dan oleh kerana itu menambahkan kurun waktu ketiga pada dua kurun waktu yang telah ditetapkan oleh Petrarka. Istilah "Zaman Pertengahan" pertama kali muncul dalam bahasa Latin pada 1469 sebagaimedia tempestas (zaman pertengahan).[7] Mula-mula ada banyak variasi dalam pemakaian istilah ini, antara lain,medium aevum (zaman pertengahan) yang pertama kali tercatat pada 1604,[8] danmedia saecula (abad pertengahan) yang pertama kali tercatat pada 1625.[9] Istilah "Zaman Pertengahan" adalah terjemahan dari frasamedium aevum.[10]Penzamanantripartitus menjadi periodisasi yang seragam dan piawai setelah sejarawan Jerman abad ke-17,Christoph Keller membahagikan sejarah menjadi tiga kurun waktu: Kuno, Pertengahan, dan Moden.[9]

Penentuan tarikh pemula dan penamat

[sunting |sunting sumber]

Tarikh yang paling umum digunakan sebagai tarikh permulaan Zaman Pertengahan adalah tarikh 476 M[11] yang pertama kali digunakan oleh Leonardo Bruni.[6][B] Bagi Eropah secara keseluruhan, tarikh 1500 M sering kali dijadikan tarikh penutup Zaman Pertengahan,[13] akan tetapi tidak ada kesepakatan umum mengenai tarikh penutup Zaman ini. Pertengahan. Tergantung pada konteksnya, tarikh peristiwa-peristiwa penting seperti tarikh pelayaranChristopher Columbus keBenua Amerika (1492), tarikhpenaklukan Konstantinopel oleh orang Turki (1453), atau tarikhReformasi Protestan (1517) kadang-kadang pula digunakan.[14]

Para sejarawan Inggeris sering kali menggunakan tarikhPertempuran Bosworth (1485) sebagai tarikh penutup Zaman Pertengahan.[15] Tarikh-tarikh yang umum digunakan di Sepanyol adalah tarikh kemangkatanRaja Fernando II (1516), tarikh kemangkatanRatu Isabel I (1504), atau tarikhpenaklukan Granada (1492).[16]

Awal zaman

[sunting |sunting sumber]
[icon]
Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu denganmenambah isi bahagian ini.(November 2020)

Kemuncak zaman

[sunting |sunting sumber]
[icon]
Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu denganmenambah isi bahagian ini.(November 2020)

Penyusutan

[sunting |sunting sumber]
[icon]
Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu denganmenambah isi bahagian ini.(November 2020)

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Sebuah buku rujukan yang diterbitkan pada 1883 menyamakan Abad Kegelapan dengan Abad Pertengahan, namun sejak 1904, dipelopori olehWilliam Paton Ker, istilah "Abad Kegelapan" pada umumnya dibatasi untuk bagian permulaan dari Abad Pertengahan. Sebagai contoh,Encyclopædia Britannica edisi tahun 1911 memberikan definisi Abad Kegelapan dengan cara yang sama. LihatZaman Kelam untuk uraian sejarah selengkapnya mengenai istilah ini.
  2. ^Inilah tahun ketika para MaharajaRom Barat yang terakhir diusir dari Itali.[12]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abPowerCentral Middle Ages hlm. 304
  2. ^Mommsen "Petrarch's Conception of the 'Dark Ages'"Speculum hlm. 226
  3. ^abMommsen "Petrarch's Conception of the 'Dark Ages'"Speculum hlmn. 236–237
  4. ^SingmanDaily Life hlm. x
  5. ^Knox "Sejarah Gagasan Abad Pembaharuan"
  6. ^abBruniHistory of the Florentine people hlm. xvii
  7. ^Miglio "Curial Humanism"Interpretations of Renaissance Humanism hlm. 112
  8. ^AlbrowGlobal Age hlm. 205
  9. ^abMurray "Should the Middle Ages Be Abolished?"Essays in Medieval Studies hlm. 4
  10. ^Flexner (ed.)Random House Dictionary hlm. 1194
  11. ^"Middle Ages" Dictionary.com
  12. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaWickham86
  13. ^Lihat Watts,Making of Polities Europe 1300–1500, atau Epstein,Economic History of Later Medieval Europe 1000–1500, atau tarikh penutup yang digunakan dalam Holmes (penyunting),Oxford History of Medieval Europe
  14. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaDavies291
  15. ^LihatCompanion to Medieval England 1066–1485 oleh Saul
  16. ^KamenSpain 1469–1714 hlm. 29
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanZaman Pertengahan
Ikon tunas

Rencana sejarah ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Zaman_Pertengahan&oldid=5646370"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp