Zaliha Mustafa S.M.W. (Wilayah Persekutuan); MD (UKM) | |
|---|---|
| زاليها مصطفى | |
| Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) | |
| Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Menteri Kesihatan Malaysia | |
| Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| AhliParlimen Malaysia bagiSekijang,Johor | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 1,734 (PRU-15) |
| Pengerusi Jawatankuasa PemilihanParti Keadilan Rakyat | |
| Menyandang jawatan 2022 | |
| Pengerusi PKRJohor | |
| Menyandang jawatan 2025 | |
| Timbalan | Md Ysahruddin Kusni |
| Didahului oleh | Syed Ibrahim Syed Noh |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1964-06-28)28 Jun 1964 (umur 61) Johor Bahru,Johor,Malaysia |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Pasangan | Dr. Ahmad Adzlan Musa |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (MD) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Doktor |
| Kabinet | Kabinet Malaysia 2022 |
Datuk SeriDr.Zalihabinti Mustafa (زاليها بنت مصطفى; lahir 28 Jun 1964) ialah seorang ahli politikMalaysia dan Menteri dalam Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri ke-10, YABDato’ Seri Anwar Ibrahim sejak Disember 2022. Beliau kini berkhidmat sebagaiMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan merupakan wanita pertama yang memegang portfolio ini. Dr. Zaliha juga merupakan Ahli ParlimenSekijang bagi penggal pertama sejak Pilihan Raya Umum ke-15.
Sebelum ini, beliau mencipta sejarah sebagaiMenteri Kesihatan wanita pertama Malaysia, berkhidmat dari Disember 2022 sehingga rombakan kabinet pada Disember 2023. Dalam pentadbiran sebelum ini, beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ketika kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri ke-7,Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dr. Zaliha merupakan anggotaParti Keadilan Rakyat (PKR), komponen utama dalam gabunganPakatan Harapan (PH), dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam parti, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (2018–2020), Pengetua Akademi Keadilan (2009), Naib Ketua Wanita PKR (2007–2009), serta Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Johor (2005–2007).
Pada 2 Disember 2022, Zaliha diumumkan sebagai Menteri Kesihatan baharu oleh Perdana Menteri Anwar untuk berkhidmat dalamkabinetnya. Beliau mencipta sejarah sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama.[1] PendahulunyaKhairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya.[2] Keesokan harinya pada 3 Disember 2022, beliau secara rasmi memegang jawatan selepas mengangkat sumpah.[3]
Pada Rombakan Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan MADANI pada 12 Disember 2023, YB Dr. Zaliha telah diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu.
| Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | Sekijang | Zaliha Mustafa | PH (PKR) | 18,941 | Md Salleheen Mohamad | BN (UMNO) | 17,207 | 48,237 |
| Uzzair Ismail | PN (BERSATU) | 11,612 | ||||||
| Mohd Zohar Ahmad | WARISAN | 339 | ||||||
| Mohd Saiful Faizal Abdul Halim | PEJUANG | 138 | ||||||
| 2008 | Gelang Patah | Zaliha Mustafa | PKR | 24,779 | Tan Ah Eng | BN (MCA) | 33,630 | 8,851 |
| Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2004 | Tanjong Puteri | Zaliha Mustafa | PKR | 6,515 | Ali Mohamed | BN (UMNO) | 26,191 | 19,676 |
Rencana berkenaan ahli politik di Malaysia ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya. |