Rencana ini mengandungiBantuan:Aksara khas. Tanpapemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihattanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Zaibatsu (財閥, 'plutokrat' atau 'konco harta') ialah istilahbahasa Jepun yang bermaksudkonglomerat perniagaan industri dan kewangan diEmpayar Jepun, yang menguasai kebanyakanekonomi Jepun dengan pengaruh dan kebesarannya sejakzaman Meiji hingga akhirPerang Dunia Kedua.
Walaupunzaibatsu wujud sejak abad ke-19, namun istilahnya tidak kerap digunakan sehingga selepasPerang Dunia Pertama. "Zaibatsu" ditakrifkan sebagaimonopoli menegakkawalan keluarga besar yang terdiri daripada sebuahsyarikat pemegang di paras tertinggi yang memiliki penuh sebuah anak syarikatperbankan sebagai penyedia kewangan, dan beberapa anak syarikatperindustrian yang mendominasi sektor-sektor tertentu dalam pasaran, sama ada secara bersendirian atau melalui beberapa lagi syarikat kecil.
Zaibatsu adalah pusat kegiatan ekonomi dan industri dalam Empayar Jepun, dan banyak mempengaruhi dasar dalam dan luar negara Jepun.Parti politikRikken Seiyukai dianggap sebagai peluasan kumpulan Mitsui yang juga menjalin hubungan erat denganTentera Diraja Jepun. Begitu juga, partiRikken Minseito berhubungan dengan kumpulan Mitsubishi danTentera Laut Diraja Jepun.
|
|
|