Yitzhak Rabin (bahasa Ibrani: יִצְחָק רַבִּין, lahir1 Mac1922, mati4 November1995) merupakanPerdana MenteriIsrael dari1974 hingga1977 dan dari1992 hinggalah pembunuhannya pada1995. Rabin telah memenangiHadiah Nobel untuk Keamanan bersama-sama denganShimon Peres danYasser Arafat pada tahun1994 atas usaha mereka ketiga dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Beliau merupakan Perdana Menteri Israel pertama yang dilahirkan di tanah Israel.
Rabin dibunuh pada 4 November 1995 oleh seorangradikal berhaluan kanan bernamaYigal Amir yang menentang usaha beliau dalam proses pengamanan, dan pemeteraianPerjanjian Oslo dengan pihak Palestin.
Yitzhak Rabin dilahirkan pada 1922 diBaitulmaqdis. Bapanya, Nehemiah dilahirkan diUkraine manakala ibunya, Rosa berasal dariBelarus. Rabin dibesarkan diTel Aviv dan lulus dari Sekolah Menengah Pertanian Kadoori pada1940. Beliau tidak pernah mendapatijazah.
Rabin mengahwini Lea Schlossberg pada1948 dan dikurniakan dua anak, Dahlia dan Yuval.
Rabin menyertai Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dan terlibat dalamPerang Arab-Israel 1948. Pada1964 beliau dilantik menjadi Ketua Kakitangan IDF. Di bawah pimpinannya, Israel berjaya menewaskanMesir,Syria danJordan dalamPerang Enam Hari 1967.
Selepas persaraannya dari IDF pada1968, Rabin dilantik menjadi Duta keAmerika Syarikat. Beliau menyertai bidangpolitik dan dipilih keKnesset (parlimen Israel) pada1973 dan menyertai Kabinet sebagai Menteri Pertahanan.
Pada2 Jun1974, Rabin menggantikanGolda Meir sebagai ketua parti Penyekutuan (Alignment) danPerdana Menteri Israel. Namun, beliau terpaksa meletak jawatan berikutan dua skandal yang membabitkannya. Pertama, empat pesawatF-15 dihantar ke Israel pada hari Shabbat (hari rehat orangYahudi); dan kedua, isterinya ditangkap menyimpan akaunDolar AS. Pada masa itu, undang-undang Israel mengharamkan penyimpanan akaun mata wang asing.
Selepas peletakan jawatannya, Rabin menjadi pihak barisan pembangkang. Beliau menjadi Menteri Pertahanan di bawah kerajaan perpaduan pada1984 hingga1990. Pada 1992, Rabin dipilih sebagai pengerusi Parti Buruh (yang lahir daripada Parti Penyekutuan). Pada tahun yang sama, partinya berjaya memenangi pilihan raya umum dan Rabin menjadi Perdana Menteri Israel pada kali kedua.
Rabin merupakan antara pihak utama yang menggerakkan perundingan keamanan dengan pihakPalestin, khususnyaYasser Arafat. Pada1993 Rabin dan Arafat telah berbalas surat mengiiktirafPertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel masing-masing.Perjanjian Oslo antara kerajaan Israel denganPLO telah menyerahkan kuasa sementara kepadaPihak Berkuasa Palestin diGaza danTebing Barat, sementara status Palestin akan ditentukan pada masa hadapan.
Rabin, Arafat danShimon Peres telah dianugrahkanHadiah Nobel untuk Keamanan pada 1994 atas usaha mereka dalam proses keamanan ini.
Pada4 November1995, Rabin telah dibunuh akibat ditembak tiga kali semasa menghadiri himpunan sokongan Perjanjian Oslo diTel Aviv. Pembunuhnya, Yigal Amir merupakan seorang berfahamanradikalYahudi yang menentang Perjanjian Oslo. Rabin mati 40 minit selepas penyerangan itu akibat kehilangandarah dan tebukparu-paru. Pengebumian beliau dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dunia, termasukPresidenAmerika Syarikat,Bill Clinton, PresidenMesir,Hosni Mubarak dan RajaJordan,Raja Hussein.