Yen merupakan unit mata wang yang digunakan secara rasmi diJepun. Ia merupakan mata wang ketiga yang paling didagangkan selepasdolar Amerika Syarikat danEuro.[4] Mata wang ini turut digunakan sebagai suatumata wang rizab selain dolar AS, euro danpaun sterling.
Yen diperkenalkan ketikaZaman Meiji sebagai suatu proses keseragaman mata wang menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan pemerintah-pemerintah feudal sekitar Jepun sejakZaman Edo. Akta Mata Wang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen: (1, 圓),sen (1/100, 錢), danrin (1/1000, 厘), dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 auns troy (26.956 g)perak dan kadar ini masih berkuat kuasa hingga kini.
Meskipun para penutur bahasa Jepun menyebut mata wang ini sebagai "en", nama mata wang ini dieja sedemikian dengan huruf 'y' kerana mengikut sebutanzaman Edo yang dituliskan pelawat yang bertutur Inggeris serta mubaligh-mubaligh Krisitian Portugis, di mana fonem /je/ masih wujud dalam bahasa Jepun ketika itu sehingga ia berubah menjadi fonem /e/.[5]
Perkataan 'yen' pada asalnya ditulis sama dengan perkataan 'yuan' daripada unit mata wangChina iaituyuan (Cina tradisional:圓; pinyin:yuán). Kini, perkataan 'yen' ditulis dengan aksara yang diringkaskan iaitu 円.
Kerajaan Meiji Jepun menerima suatu unit wang yang didasarkan kepada perak selepas penggunaanDolar Sepanyol yang begitu meluas di sepanjang rantau Asia —yang turut didahulukan oleh kerajaan jajahanHong Kong antara 1866 sehingga 1869— melalui suatu akta yang dikuatkuasakan pada 27 Jun 1871.[6]
Unitsen danrin dihentikan edarannya pada hujung 1953.[7]
Duit-duit syiling dan kertas yang berada di peredaran adalah seperti berikut: duit syiling 1 yen, 5 yen, 10 yen, 50 yen, 100 yen, dan 500 yen. Duit kertas ialah 1000 yen, 2000 yen, 5000 yen dan 10000 yen.
Pada 21 Oktober 2011, rekod tertinggi Yen adalah pada 75.78 JPY terhadap 1 USD.[8]
^Shinkichi Hashimoto (1950)."国語音韻の変遷"Kokugo On'in no Hensen [Sejarah Fonologi Bahasa Jepun] (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Iwanami Shoten.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)
^A. Piatt Andrew,Quarterly Journal of Economics, "The End of the Mexican Dollar", 18:3:321–356, 1904, p. 345
^A law of the abolition of currencies in a small denomination and rounding off a fraction, July 15, 1953 Law No.60 (小額通貨の整理及び支払金の端数計算に関する法律,Shōgakutsūka no seiri oyobi shiharaikin no hasūkeisan ni kansuru hōritsu))