Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Yazidi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yazidis
Êzidî
Gadis Yazidi semasaTahun Baru Yazidi diLalish yang terletak diPentadbiran Ninawa,Iraq
Total population
est.700,000–1,500,000[1][2][3]
Regions with significant populations
LihatSenarai penempatan Yazidi
Disenaraikan mengikut negara
 Iraq500,000–700,000[4][5]
 Jerman230,000(2022 estimate)[6]
 Belgium35,000(2018 estimate)[7]
 Armenia31,079(2022 census)[8]
 Rusia26,257(2021 census)[9]
 Georgia (negara)12,174(2014 census)[10]
 Amerika Syarikat10,000(2017 estimate)[11]
 Perancis10,000(2018 estimate)[12][13]
 Syria10,000(2017 estimate)[14][15]
 Sweden6,000(2018 estimate)[16]
 Turki5,000(2010 estimate)[17][18]
 Australia4,123(2021 census)[19]
 Kanada1,200(2018 estimate)[20]
Languages
Bahasa Kurmanji[21][22][23]

Yazidi, juga diejaYezidi (/jəˈzdiz/ (dengar);[24]Êzidî),[25], ialah satu kumpulanagamaendogami yang bertutur dalamBahasa Kurdi dan berasal dariKurdistan, iaitu sebuah wilayah geografi diAsia Barat yang merangkumi sebahagianIraq,Syria,Turki, danIran. Majoriti Yazidi yang masih tinggal di Timur Tengah hari ini menetap di Iraq, terutamanya diPentadbiran Ninawa danDuhok.[26][27]

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan para sarjana dan dalam kalangan Yazidi sama ada orang Yazidi adalah satu kumpulanetno-agama yang tersendiri atau sekadar sub-kumpulan agama dalam kalanganorang Kurdi, yang merupakan kumpulanetnik Iranik. Yazidisme ialah agama etnik orang Yazidi dan bersifat monoteistik, berakar umbi daripada kepercayaan Iranik pra-Zoroaster.[28][29][30][31][32].Agama Yazidi danHindu, berkongsi beberapa persamaan menarik yang berakar daripada kepercayaan dan budaya kuno. Kedua-duanya mempercayaireinkarnasi. Yazidisme mempercayai satu Tuhan yang menyerahkan dunia kepada tujuh makhluk suci, terutamaMelek Taus (Malaikat Merak).Simbol merak sangat penting dalam kedua-dua agama ini. Yazidi menganggap Melek Taus sebagai entiti utama, manakala dalam Hindu, merak dikaitkan denganKartikeya,dewa perang yang menunggangmerak.Yazidisme dan Hinduism juga mempunyai akar budaya dan agama yang sama dalam tradisi Indo-Iranik kuno.

Sejakpenyebaran Islam bermula denganpenaklukan Muslim awal pada abad ke-7 hingga ke-8, Yazidi telah menghadapipenganiayaan oleh bangsa Arab dan kemudian oleh Turki, kerana mereka sering dituduh murtad oleh para ulama Muslim atas amalan agama mereka. Pada zaman moden, Yazidi menghadapi penganiayaan terutamanya olehISIS. Disebabkan oleh serangan pengganas yang berterusan di wilayah Kurdi, ramai Yazidi telah mencari perlindungan di negara-negara Barat.Genosid Yazidi pada tahun 2014 yang dilakukan olehNegara Islam Iraq dan Syam telah menyebabkan lebih 5,000 Yazidi terbunuh dan beribu-ribu wanita serta gadis Yazidi dipaksa menjadihamba seks[33], selain daripada lebih 500,000 pelarian Yazidi melarikan diri.[34][35][36]

Asal Usul

[sunting |sunting sumber]

Nama yang digunakan oleh Yazidi untuk diri mereka sendiri ialahÊzidî atau, di beberapa kawasan,Dasinî, walaupun yang terakhir sebenarnya adalah nama suku. Beberapa sarjana Barat mengaitkan nama tersebut denganKerajaan Bani UmaiyahYazid bin Muawiyah (Yazid I).[37] Namun, semua Yazidi menolak sebarang kaitan antara nama mereka dengan khalifah tersebut.[38] Perkataan Yazidi bermaksud 'hamba pencipta'. Walaupun Yazidisme tidak dinamakan sempena Yazid ibn Muawiyah, khalifah itu dihormati dalam Yazidisme.[39][40] Sarjana lain pula mengaitkannya dengan perkataan Iran Kuno yazata, Persia Tengah yazad, yang bermaksud "makhluk ilahi". Satu lagi penjelasan mengenai asal usul perkataan itu berkaitan dengan Ez dā ('Menciptakan aku'): Yazidi juga merujuk kepada Xwedê ez dam ('Tuhan menciptakan aku') dan kepada Em miletê ezdaîn ('Kami adalah bangsa Ezdayi').

Agama Yazidi mempunyai persamaan dengan agama Yaresan dan Alewi Kurdi. Ciri-ciri yang dikongsi oleh ketiga-tiga agama ini boleh dijejaki kembali kepada kepercayaan kuno yang mungkin dominan dalam kalangan bangsa Iran Barat, tetapi berbeza daripada Zoroastrianisme dan berasal dari tradisi Iran pra-Zoroaster.

Penulis awal cuba menerangkan asal usul Yazidi secara umum dalam konteks Islam, atau Parsi, atau kadang-kadang agama "pagan"; namun, kajian yang diterbitkan sejak tahun 1990-an telah menunjukkan pendekatan sedemikian adalah terlalu ringkas.

Identiti

[sunting |sunting sumber]
Wanita Yazidi dalam pakain tradisional

Amalan budaya Yazidi diamalkan dalambahasa Kurmanji, yang juga digunakan dalam hampir semua tradisi agama Yazidi yang disampaikan secara lisan. Yazidi di kampung berkembar Bashiqa dan Bahzani bertutur dalambahasa Arab sebagai bahasa ibunda mereka, namun suku-suku yang kini bertutur Arab di Bashiqa dan Bahzani, termasuk tetapi tidak terhad kepada Xaltî, Dumilî dan Hekarî, secara sejarahnya diklasifikasikan sebagai suku Kurdi.[41][42][43][44][45][46][47] Walaupun hampir semua Yazidi bertutur dalam bahasa Kurmanji, asal usul tepat mereka masih menjadi perdebatan di kalangan para sarjana, termasuk juga dalam komuniti itu sendiri dan kalangan orang Kurdi, sama ada mereka secara etnik adalah Kurdi atau membentuk kumpulan etnik yang berbeza. Yazidi hanya berkahwin sesama Yazidi; mereka yang berkahwin dengan bukan Yazidi akan diusir dari komuniti dan tidak dibenarkan menggelarkan diri mereka sebagai Yazidi.ref>Açikyildiz, Birgül (2014-12-23).The Yezidis: The History of a Community, Culture and Religion. I.B.Tauris.ISBN 9780857720610.</ref>[48]

Agama Yazidi

[sunting |sunting sumber]
Pembaptisan seorang kanak kanak Yazidi child
Melek Taûs, Malaikat Merak. Lambang ini menampilkan Tawûsî Melek di tengah, tulisandiĝir dalam bahasa Sumeria di sebelah kiri, dan kubah-kubah di atas makam Sheikh 'Adī di sebelah kanan.
Quba Mere Diwane,Ia adalah kuil terbesar bagi Yazidi di dunia, terletak di kampung Aknalich di Armenia. Kuil ini didedikasikan untuk Melek Taûs dan Tujuh Malaikat dalam teologi Yazidi

Yazidisme berasaskan kepercayaan kepada satu Tuhan yang mencipta dunia dan menyerahkannya kepada tujuh MakhlukSuci, yang dikenali sebagaiMalaikat. Antara Malaikat ini, yang paling utama ialahTawûsî Melek (bermaksud 'Malaikat Merak', juga dieja sebagai Melek Taûs), yang merupakan ketua para Malaikat dan mempunyai kuasa terhadap dunia.[49][34][50]

Orang Yazidi percaya kepada satu Tuhan, yang mereka panggil sebagai Xwedê, Xwedawend, Êzdan, dan Pedsha ('Raja'), dan, kurang lazim, sebagai Ellah dan Heq. Menurut beberapa lagu pujian Yazidi (dikenali sebagai Qewl), Tuhan mempunyai 1,001 nama, atau 3,003 nama mengikut Qewl yang lain. Dalam Yazidisme, api, air, udara, dan bumi dianggap sebagai unsur suci yang tidak boleh dicemari. Semasa solat, orang Yazidi akan menghadap matahari, sebab itu mereka sering digelar sebagai "penyembah matahari".

Amalan Keagamaan

[sunting |sunting sumber]

Doa-doa

[sunting |sunting sumber]

Doa mempunyai kedudukan istimewa dalam kesusasteraan Yazidi. Ia mengandungi simbol penting dan pengetahuan keagamaan yang berkaitan dengan Orang Suci, Tuhan, serta situasi harian. Doa-doa ini kebanyakannya dilakukan secara peribadi dan bukan secara terbuka. Orang Yazidi berdoa menghadap matahari, biasanya secara bersendirian, atau doa dibacakan oleh seorang individu semasa perhimpunan.

  • Doa-doa ini diklasifikasikan mengikut kandungan masing-masing, antaranya:
  • Doa kepada Tuhan dan makhluk suci
  • Doa mengikutkasta Yazidi
  • Doa untuk majlis atau peristiwa tertentu
  • Doa dalam upacara peralihan hidup
  • Doa untuk masalah kesihatan dan penyakit
  • Doa harian
  • Doa berkaitan alam semula jadi, seperti Bulan, bintang, Matahari dan sebagainya

Adat Resam

[sunting |sunting sumber]

Kanak-kanakdibaptiskan sejurus selepas kelahiran, dankhatan tidak diwajibkan, tetapi diamalkan oleh sesetengah pihak disebabkan adat tempatan..[51] Pembaptisan Yazidi dikenali sebagai mor kirin (secara harfiah: 'menyegel'). Secara tradisional, kanak-kanak Yazidi dibaptiskan menggunakan air dari Kaniya Sipî ('Mata Air Putih') di Lalish. Upacara ini melibatkan menuang air suci dari mata air tersebut ke atas kepala kanak-kanak sebanyak tiga kali.</ref>[52]

Perayaan

[sunting |sunting sumber]
Jemaah yang menyambut perayaan Tahun Baru Yazidi di Lalish, Kurdistan Iraq.

Tahun Baru Yazidi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Tahun Baru Yazidi

Tahun Baru Yazidi (Sersal) dikenali sebagaiÇarşema sor ("Rabu Merah")[53] atauÇarşema Serê Nîsanê ("Rabu pada permulaan April").[54]Ia disambut pada musim bunga, iaitu pada hari Rabu pertama dalam bulan April dan Nîsan menurutTakwim Julius dan Seleucid, iaitu Rabu pertama pada atau selepas 14 April mengikut kalendar Gregorian.[55][56]

Feast of Êzî

[sunting |sunting sumber]

Salah satu perayaan Yazidi yang paling penting ialahÎda Êzî ("Perayaan Êzî"), yang disambut bagi memperingati tokoh ilahi Sultan Ezid. Ia diadakan setiap tahun pada hari Jumaat pertama selepas atau pada 14 Disember. Sebelum perayaan ini, orang Yazidi akan berpuasa selama tiga hari, di mana tiada makanan atau minuman diambil dari terbit matahari hingga terbenam.

Perayaan 'Îda Êzî disambut sebagai penghormatan kepada Tuhan, dan tiga hari puasa sebelumnya juga dikaitkan dengan pemendekan hari-hari sebelum solstis musim sejuk, apabila matahari semakin kurang kelihatan. Dengan tibanya perayaan 'Îda Êzî, waktu berpuasa berakhir. Perayaan ini biasanya disambut dengan muzik, makanan, minuman dan tarian..[57]

Tawûsgeran

[sunting |sunting sumber]

Satu lagi perayaan penting ialah Tawûsgeran, di mana Qewal dan para pemuka agama Yazidi mengunjungi kampung-kampung Yazidi sambil membawasinjaq, iaitu imej suci berbentuk merak yang melambangkan Tawûsê Melek. Imej-imej ini dihormati, derma dikutip daripada para penganut yang taat, khutbah disampaikan, dan air suci serta berat (batu-batu kecil dari Lalish) turut diagihkan..[58][59]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Lamb, Christina (2020-09-22).Our Bodies, Their Battlefields: War Through the Lives of Women. Simon and Schuster. m/s. 24.ISBN 978-1-5011-9917-2.
  2. ^"Aziz Tamoyan blames unknown forces for crippling history and culture of Yazidis".armenpress.am. August 2013. Dicapai pada2021-01-10.
  3. ^Cheng, Amy; Francis, Ellen (2022-02-04)."Biden said the killed ISIS leader persecuted Yazidis. Here's what to know about the religious minority".Washington Post.
  4. ^"Surviving Islamic State: The Plight Of The Yazidi Community".Nikita Malik. Forbes. Dicapai pada13 January 2019.
  5. ^Henne, Peter; Hackett, Conrad (12 August 2014)."Iraqi Yazidis: Hazy population numbers and a history of persecution".Pew Research Center. Dicapai pada30 August 2021.
  6. ^"Adrs. 20(17)20 Stellungnahme SV Dr. Irfan Ortac öA 20.06.2022"(PDF).Bundestag. Dicapai pada3 October 2024.
  7. ^"Exhibition in Brussels on the Yazidi community in Iraq". 10 January 2018. Dicapai pada13 January 2019.
  8. ^"The Main Results of RA Census 2022, trilingual / Armenian Statistical Service of Republic of Armenia".www.armstat.am. Dicapai pada2024-07-03.
  9. ^"Оценка численности постоянного населения по субъектам Российской Федерации".Federal State Statistics Service. Dicapai pada27 June 2024.
  10. ^"Ethnic Composition of Georgia"(PDF). CSEM. Dicapai pada18 May 2019.
  11. ^Knapp, Fred."Iraqis a fast-growing group in Nebraska".netnebraska.org. Diarkibkan daripadayang asal pada 13 May 2018. Dicapai pada20 September 2019.
  12. ^"La communauté Yézidie en France". Dicapai pada13 January 2019.
  13. ^"Non, les Yézidis ne sont pas voués à disparaître". 1 August 2018. Dicapai pada13 January 2019.
  14. ^Armstrong, Kerrie (22 August 2017)."The Yazidi people: who are they and why are they on the run?".Explainer. SBS. Dicapai pada25 February 2019.
  15. ^Andrea Glioti (18 October 2013)."Yazidis Benefit From Kurdish Gains in Northeast Syria".al-monitor. Diarkibkan daripadayang asal pada 19 February 2014. Dicapai pada1 April 2014.
  16. ^"Många yazidier fortfarande försvunna" (dalam bahasa Sweden). SVT. 9 January 2018. Dicapai pada13 January 2019.
  17. ^"Turkey".U.S. Department of State. Dicapai pada22 January 2019.
  18. ^International Religious Freedom (2010): Annual Report to Congress. DIANE Publishing.ISBN 9781437944396.
  19. ^"Religious affiliation in Australia".ABS. Dicapai pada19 December 2024.
  20. ^"For a Yazidi refugee in Canada, the trauma of ISIS triggers rare, terrifying seizures". 1 December 2018. Dicapai pada13 January 2019.
  21. ^Arakelova, Victoria (23 June 2021)."Yezidism".Handbook of Islamic Sects and Movements (dalam bahasa Inggeris).Brill Publishers. m/s. 743–760.doi:10.1163/9789004435544_039.ISBN 978-90-04-43554-4. Dicapai pada3 October 2024.
  22. ^"2.15.2. Yazidi | European Union Agency for Asylum".euaa.europa.eu (dalam bahasa Inggeris).European Union Agency for Asylum. Dicapai pada2 October 2024.
  23. ^"Who are the Yazidis? – DW – 04/10/2018".dw.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada3 October 2024.
  24. ^"Yazidi".Oxford Dictionaries | English. Diarkibkan daripadayang asal pada 3 August 2017. Dicapai pada13 March 2019.
  25. ^Kreyenbroek, Philip G.; Rashow, Khalīl Jindī (2005).God and Sheikh Adi are Perfect: Sacred Poems and Religious Narratives from the Yezidi Tradition. Otto Harrassowitz Verlag. m/s. 118.ISBN 3-447-05300-3.
  26. ^Kane, Sean (2011)."Iraq's disputed territories"(PDF).PeaceWorks.United States Institute of Peace. Dicapai pada15 October 2018.
  27. ^"On Vulnerable Ground – Violence against Minority Communities in Nineveh Province's Disputed Territories"(PDF).Human Rights Watch. November 2009. Dicapai pada15 October 2018.
  28. ^Turgut, Lokman.Ancient rites and old religions in Kurdistan.OCLC 879288867.
  29. ^Kaczorowski, Karol (2014)."Yezidism and Proto-Indo-Iranian Religion".Fritillaria Kurdica. Bulletin of Kurdish Studies.
  30. ^Omarkhali, Khanna (2011).The status and role of the Yezidi legends and myths: to the question of comparative analysis of Yezidism, Yārisān (Ahl-e Haqq) and Zoroastrianism: a common substratum?.OCLC 999248462.
  31. ^Kreyenbroek 1995. sfn error: no target: CITEREFKreyenbroek1995 (help)
  32. ^Bozarslan, Hamit; Gunes, Cengiz; Yadirgi, Veli, penyunting (2021-04-22).The Cambridge History of the Kurds (ed. 1). Cambridge University Press.doi:10.1017/9781108623711.ISBN 978-1-108-62371-1.S2CID 243594800Check|s2cid= value (bantuan).
  33. ^Callimachi, Rukmini (2016-03-12)."To Maintain Supply of Sex Slaves, ISIS Pushes Birth Control".The New York Times.ISSN 0362-4331. Dicapai pada2022-01-23.
  34. ^abAllison, Christine (25 January 2017)."The Yazidis".Oxford Research Encyclopedia of Religion.Oxford:Oxford University Press.doi:10.1093/acrefore/9780199340378.013.254.ISBN 9780199340378.Diarkibkan daripada yang asal pada 11 March 2019. Dicapai pada15 May 2021.
  35. ^"Statement by the Commission of Inquiry on Syria on the second anniversary of 3 August 2014 attack by ISIS of the Yazidis".ohchr.org.OHCHR. Dicapai pada17 May 2019.
  36. ^Suvari, Çakır Ceyhan (2018)."Being Ezidi in the Middle East".Understanding Religious Violence. Springer International Publishing. m/s. 195–212.doi:10.1007/978-3-030-00284-8_8.ISBN 978-3-030-00284-8.
  37. ^"Encyclopaedia Iranica: Yazidis". Iranicaonline.org. Dicapai pada18 August 2014.
  38. ^Ceyhan Suvari, Çakır."Yezidis: An Ethno-Religious Group in Turkey"(PDF). m/s. 32.
  39. ^The Yezidis: The History of a Community, Culture and Religion, Birgül Açikyildiz, 2014, pp. 37
  40. ^Liminal Minorities: Religious Difference and Mass Violence in Muslim Societies, Günes Murat Tezcür, 2024, pp. 79
  41. ^Maisel, Sebastian (2016-12-24).Yezidis in Syria: Identity Building among a Double Minority. Lexington Books.ISBN 978-0-7391-7775-4.
  42. ^Edmonds, C. J. (2002-03-21).A Pilgrimage to Lalish. Psychology Press.ISBN 978-0-947593-28-5.
  43. ^Bozarslan, Hamit; Gunes, Cengiz; Yadirgi, Veli (2021-04-22).The Cambridge History of the Kurds. Cambridge University Press.ISBN 978-1-108-58301-5.
  44. ^Joseph, John (2000-01-01).EARLY BEGINNINGS. Brill.ISBN 978-90-04-32005-5.
  45. ^Khachatrian, Alexander (2003-01-01)."The Kurdish Principality of Hakkariya* (14Th-15Th Centuries)".Iran and the Caucasus.7 (1): 37–58.doi:10.1163/157338403X00024.ISSN 1573-384X.
  46. ^Yıldız, Erdal."Şerefhan Şerefnâme Kürt Tarihi cilt 1".Academia.
  47. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:2
  48. ^Gidda, Mirren (8 August 2014)."Everything You Need to Know About the Yazidis".Time. Dicapai pada2016-02-07.
  49. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAsatrian-Arakelova 2014
  50. ^Maisel, Sebastian (2016-12-24).Yezidis in Syria: Identity Building among a Double Minority (dalam bahasa Inggeris). Lexington Books.ISBN 9780739177754.
  51. ^Parry, O. H. (Oswald Hutton) (1895)."Six months in a Syrian monastery; being the record of a visit to the head quarters of the Syrian church in Mesopotamia, with some account of the Yazidis or devil worshippers of Mosul and El Jilwah, their sacred book". London : H. Cox.
  52. ^Kreyenbroek, Philip G. (2009).Yezidism in Europe: Different Generations Speak about Their Religion (dalam bahasa Inggeris). Otto Harrassowitz Verlag.ISBN 978-3-447-06060-8.
  53. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRodziewicz 2016
  54. ^Авдоев, Теймураз (2017-09-05).Историко-теософский аспект езидизма (dalam bahasa Rusia). Litres.ISBN 9785040433988.
  55. ^"Das êzîdîsche Neujahr"(PDF).
  56. ^Bozarslan, Hamit; Gunes, Cengiz; Yadirgi, Veli, penyunting (2021-04-22).The Cambridge History of the Kurds (ed. 1). Cambridge University Press.doi:10.1017/9781108623711.ISBN 978-1-108-62371-1.S2CID 243594800Check|s2cid= value (bantuan).
  57. ^Urban, Elke (2019-07-24).Transkulturelle Pflege am Lebensende: Umgang mit Sterbenden und Verstorbenen unterschiedlicher Religionen und Kulturen (dalam bahasa Jerman).Kohlhammer Verlag.ISBN 9783170359383.
  58. ^Kreyenbroek, Philip G. (2009).Yezidism in Europe: Different Generations Speak about Their Religion (dalam bahasa Inggeris). Otto Harrassowitz Verlag.ISBN 9783447060608.
  59. ^Maisel, Sebastian (2016-12-24).Yezidis in Syria: Identity Building among a Double Minority (dalam bahasa Inggeris). Lexington Books.ISBN 9780739177754.
Topik-topikagama
Kumpulan utama
Agama purba
 
Aspek
Pengajian agama
Politik
Sekularisme dan
bukan-agama
Senarai
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Yazidi&oldid=6557431"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp