Yamamah semasa saiz terbesarnya, seperti yang diterangkan oleh Yaqut pada abad ke-13 dan al-Hamadani pada abad ke-10, serta beberapa bandar penting di rantau ini sebelum dan semasa awal zaman Islam.
Yamamah (Arab:اليَمامَة,rumi: al-Yamāmah) ialah sebuah kawasan bersejarah di tenggaraNajad diArab Saudi. Ia juga kadangkala digunakan dengan lebih khusus untuk merujuk kepada sebuah kampung purba, Jaw al-Yamamah yang kini sudah pupus, berhampiran al-Kharj, yang namanya digunakan untuk seluruh kawasan itu.
Hanya beberapa negeri pernah terbentuk di Yamamah tetapi ia memainkan peranan penting dalam sejarah awal Islam, menjadi kancahPeperangan Riddah sejurus selepasNabi Muhammad wafat. Walaupun ia menjadi sebahagian daripada kawasan Najad, nama "Yamamah" masih digunakan untuk merujuk kepada sejarah lama dan penting kawasan itu. Ibu pejabat semasa kerajaanSaudi diRiyadh, misalnya, dinamakan Istana Yamamah.
Makin, Al (Julai 2013). "From Musaylima to the Kharijite Najdiyya".Al-Jami'ah.51 (1).
Rubinacci, R (1993). "Nadjadāt". Dalam Bosworth, C. E.; van Donzel, E.; Heinrichs, W. P. & Pellat, Ch. (eds.).The Encyclopaedia of Islam, Second Edition. Volume VII: Mif–Naz. Leiden: E. J. Brill. hlm. 858–859. ISBN 978-90-04-09419-2.
Smith, G. R. (2002). "Al-Yamama". Dalam Bearman, P. J.; Bianquis, Th.; Bosworth, C. E.; van Donzel, E. & Heinrichs, W. P. (eds.).The Encyclopaedia of Islam, Second Edition. Volume XI: W–Z. Leiden: E. J. Brill. hlm. 269. ISBN 978-90-04-12756-2.