Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Y

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk kegunaan lain, sila lihatY (nyahkekaburan).
Cariy atauy dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.
Y
Y
Abjad Rumi dasar
 AaBbCcDd 
EeFfGgHhIiJj
KkLlMmNnOoPp
QqRrSsTtUuVv
 WwXxYyZz 

Y ialahhuruf Rumi moden yang ke-25,. bernamawai (disebut/waɪ/).

Ia melambangkan bunyi konsonanmalaran tak geser lelangit/j/ diaturkan dalam sistemEjaan yang Disempurnakan yang disetujui dua-dua pihakMalaysia danIndonesia untuk bahasa-bahasa baku mereka pada tahun 1972.[1]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Leluhur asal huruf Y merupakan huruf SemitikWaw, yang juga leluhur mutlak kepada huruf-hurufF,U,V, danW. (RujukF untuk keterangan lanjut.)

DiYunani Purba, huruf Υ (Upsilon) menandakanIPA: [/u/], sebelum beralih ke/y/ (vokal depan sempit berbundar). BangsaRom pula meminjam huruf ini menjadi huruf V, bagi menandakan bunyi vokal/u/ dan konsonan/w/, tetapi tidak lama kemudian, oleh sebab sebutanYpsilon dalam bahasa Yunani beranjak ke/y/, maka bangsa Rom meminjam huruf Yunani tersebut dalam bentuk asalnya termasuk sekali batang mencancang, iaitu Y — terutamanya bagi menandai nama-nama dan kata-kata pinjaman bahasa Yunani.

Huruf Y digunakan dalambahasa Inggeris Lama danLatin untuk menandai fonem/y/; namun, ada yang mendakwa kegunaan ini merupakan ciptaan berasingan di England dengan menggabungkan V ke atas I, tanpa kena-mengena dengan kegunaan huruf ini dalam bahasa Latin. Apapun, mungkin juga bahawa huruf Y, meskipun dinamakanY Græca (IPA[u gre:ka]) atau 'u Yunani' iagar dibezakan dari/u/ dalam bahasa Latin, tetap dianalisa sebagai hurufV (disebut/uː/) di atas hurufI (disebut/iː/). Maka huruf Y dipanggil[uː iː]; selepas/uː/ menjadi/w/ dan selepasAnjakan Vokal Besar dalam bahasa Inggeris maka sebutannya menjadi/waɪ/ yang terus dipinjamkan ke dalambahasa Melayu moden dituturkan kawasan pernah dijajahempayar British termasukSemenanjung Melayu danSingapura, kawasan-kawasan lain sepertiSumatera danRiau pula menyebut huruf ini dengan sebutan/je/.

Kegunaan

[sunting |sunting sumber]

Dalam bahasa Melayu, fonem untuk huruf Y dipinjam dari bahasa Inggeris, iaitu/j/

Dalambahasa Sepanyol, huruf Y disebuti/y griega, dalambahasa Cataloniai grega, dalambahasa Perancis danRomaniai grec, dalambahasa Polandigrek - semuanya membawa erti "I Yunani"; di kebanyakan bahasa Eropah lain, nama Yunani asalnya masih dipakai; dalambahasa Jerman, namanyaYpsilon (atau "Üpsilon") dan dalambahasa Portugisípsilon atauípsilo.[1] Huruf Y asalnya direka sebagai huruf vokal, tetapi lama-kelamaan dijadikan konsonan dalam kebanyakan bahasa.

Dalam sistemIPA,[y] bersamaan denganvokal depan sempit berbundar, sementara simbol[ʏ] yang sedikit bezanya bersamaan denganvokal hampir depan hampir sempit berbundar.

Kod-kod pengkomputeran

[sunting |sunting sumber]
Perwakilan alternatif Y
fonetik NATOKod Morse
Yankee–·––
⠽
Bendera isyaratSemaforaPanduan ASLBraille
Titik kodHuruf besar
Y
Huruf kecil
y
UnikodU+0059U+0079
ASCIIPerpuluhan89121
Perduaan0101100101111001
EBCDIC232168

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
  • Υ, υ, Huruf upsilon Yunani
  • ¥, simbol mata wang

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Y.
  1. ^Asmah Haji Omar (1989),"The Malay Spelling Reform",Journal of the Simplified Spelling Society (2): 9–13, diarkibkan daripadayang asal pada 26 Ogos 2011
Abjad Rumi/Latin
AaBbCcDdEeFfGgHhIiJjKkLlMmNnOoPpQqRrSsTtUuVvWwXxYyZz
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Y&oldid=5676594"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp