Sejak tahun 1990-an, sebagai sebahagian dari tonggakkebangkitan ekonomi pedalaman China terutama untuk wilayah tengah dan barat laut, bandar Xi'an telah maju sebagai sebuah pusat kebudayaan, industri dan pendidikan yang penting, dengan berbagai kemudahan penyelidikan dan pembangunan untuk ilmu pengetahuan, ketenteraan dan program angkasa lepas China.
Beberapa penemuan artifak prasejarah wujud di Xi'an.Orang Lantian yang dianggarkan berusia 500 ribu tahun dauhlu ditemui pada 1963. Sebuah tinggalan kampungzaman Neolitik, Banpo dijumpai pada 1953 dan dianggarkan berusia kira-kira 6,500 tahun. Kawasan kampung purba itu kini dijadikan sebagai muzium.
Ketika zamandinasti Zhou Barat, ibu kota dinasti ini, Zhōngzhōu ditubuhkan di kawasan barat daya Xi'an. Pada 770 SM, ibu kota dipindahkan ke Luoyang akibat situasi dinasti yang tidak aman.
Setelah China disatukan dalamdinasti Qin, Xianyang, kini di barat laut Xi'an dijadijan sebagai ibu kota.[5]Qin Shi Huang, maharaja pertama China mengarahkan pembinaanTentera Terracotta serta makamnya di timur Xi'an sejurus selepas baginda menaiki takhta.[6]
Pada zamandinasti Han, maharaja pertama dinasti,Liu Bang, menetapkan ibu kota dinasti di Chang'an pada 202 SM. Baginda membinaIstana Changle dan dua tahun kemudian, membinaIstana Weiyang yang berkeluasan 4.8 kilometer persegi.[7]Tembok bandar Xi'an mula dibina pada 194 SM dan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.
Peta Chang'an ketika zaman dinasti Tang.
Pada 582 M,dinasti Sui berjaya menyatukan China selepas China mengalami huru-hara selama beberapa abad. Maharaja Sui mengarahkan pembinaanDaxing, ibu kota dinasti di tenggara kawasan ibu kota Han. Daxing terdiri daripada tiga kawasan, bandar imperial, kawasan istana dan kawasan orang awam. Pada masa ini, Daxing ialah bandar terbesar dunia dengan keluasan 84 km2 di dalam tembok bandar. Pada zamandinasti Tang, bandar ini dinamakan semula sebagaiChang'an.[8]
PeristiwaPemberontakan An Lushan menyebabkan Chang'an ditawan pada tahun 756, menyebabkan kebanyakan penduduk melarikan diri dari Chang'an dan selepas pemberontakan, sistem birokrasi Chang'an menjadi lemah.[9] Pada akhir dinasti Tang, pihak pemberontakHuang Chao menjatuhkan Chang'an pada tahun 880, menyebabkan kebanyakan kawasan Chang'an musnah. 25 tahun kemudian, serangan oleh pihak Zhu Quanchong menyebabkan ibu kota China dipindahkan keLuoyang.[10]
Ketikadinasti Ming, sebuah tembok baharu telah dibina pada 1370, dan merupakan tembok yang kekal hingga kini. Selain itu, sebuah parit juga dibina di bahagian luar tembok.
SemasaRevolusi Xinhai paad Oktober 1911, para pendukung revolusi menyerang kubuManchu di Xi'an, menyebabkan kira-kira 20,000 orang Manchu terkorban lalu melenyapkan penduduk Manchu di Xi'an.
Pada 1928, pihakKuomintang menetapkan sempadan Chang'an dan Chengguan dan menubuhkan bandar Xi'an moden. Dua tahun kemudian, nama bandar ini ditukar kepada Xijing. Pada 1936, berlakunyaInsiden Xi'an ketikaPerang Saudara China yang membawa kepada kerjasama sementara antara Kuomintang danParti Komunis China untuk menumpukan perhatian kepada serangan Jepun di China.[11] Pada 20 Mei 1949, pihakTentera Pembebasan Rakyat menawan Xi'an daripada kuasa Kuomintang.[12] Pada 25 Mei, Kerajaan Rakyat Xi'an ditubuhkan dan Tuofu Jia dilantik sebagai ketua bandar Xi'an pertama.[13]
Xi'an berkedudukan di tanah pamah Guanzhong di kawasan selatan wilayah Shaanxi. Tanah pamah ini diterbitkan daripada lapan batang sungai di sekeliling tanah tersebut. Bandar ini berketinggian purata sebanyak 400 meter di atas paras laut dengan taburan hujan purata tahunan sebanyak 553 mm.
Iklim Xi'an adalah bersifatsederhana dan dipengaruhi olehmonsun Asia Timur. Kebanyakan taburan hujan berlaku dari Julai hingga lewat Oktober, danribut petir yang kerap dan pendek berlaku ketika musim panas. Salji kadangkala turun ketika musim sejuk tetapi jarang bertahan lama.Ribut debu lazim berlaku pada bulan Mac dan April.
Data iklim untuk Xi'an (purata 1981–2010, ekstrem 1951–2013)
Populasi Xi'an setakat 2015 ialah kira-kira 8.7 juta orang, dengan 51.66% jumlah penduduk Xi'an adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan.[16] Majoriti penduduk Xi'an ialah adalah berbangsaHan, dan etnikHui ialah etnik minoriti terbesar di Xi'an.
Agama majoriti penduduk Xi'an ialah agama-agama tradisional China danTaoisme. Bandar ini memiliki banyak tokong utama serta tokong kecil. Tokong Buddha Cina dan Tibet juga banyak dibina di bandar ini.
Xi'an memperoleh pengaruh Islam sejak abad ketujuh apabila MaharajaGaozong dariDinasti Tang membenarkan amalan Islam pada 651 M. Bandar ini memiliki kumpulan Muslim yang ketara, kebanyakannya daripada golongan Hui dengan jumlah penduduk sebanyak 50 ribu orang.[17] Beberapa masjid dibina di Xi'an dengan masjid paling utama ialahMasjid Agung Xi'an.
Xi'an ialah salah satu daripada bandar-bandar pendidikan tinggi utama China. Xi'an mempunyai 37 buah institut pengajian tinggi (IPT) awam, 36 buah IPT swasta dan lapan buah akademi tentera, yang merangkumi kira-kira 200 ribu orang pelajar di Xi'an.[18]Universiti Xi'an Jiaotong tergolong dalamLiga C9, kumpulan sembilan buah universiti elit China.
Xi'an memiliki enam buah stesen kereta api penumpang, danstesen kereta api Xi'an sertastesen kereta api Xi'an Utara ialah stesen kereta api utama bandar. Stesen kereta api ini ialah salah satu stesen api utama negara, serta hab pengangkutan utama wilayah Shaanxi. Stesen ini berkeluasan 597,000 meter persegi dengan lima buah platform penumpang dan 24 batang landasan. Stesen kereta api Xi'an Utara siap pada 11 Januari 2011 dan terdiri daripada 34 batang landasan, menjadikan stesen ini sebagai stesen kereta api terbesar di kawasan barat laut China.
Selain itu, stesen-stesen yang terdapat di Xi'an ialah:
Lapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang terletak berdekatan Xi'an, yakni didaerah Weicheng diXianyang, kira-kira 41 km barat laut dari pusat bandar Xi'an.[19] Lapangan terbang ini ialah salah satu lapangan terbang utama China, berkeluasan kira-kira lima kilometer persegi, memiliki dua batang landasan dan tiga buah terminal. Lapangan terbang ini ialah hab syarikat-syarikat penerbanganJoy Air andHainan Airlines.[20]
Paomo, sejenis sup kambing yang ditambah dengan roti ialah masakan yang lazim di Xi'an. Selain itu,mi Biangbiang yang terkenal dengan aksara Cina yang rumit juga lazim dijumpai di bandar ini.[21]
^ab"Xi'an".Encarta. 1993-2008. 2008-09-03. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-02-28. Dicapai pada2009-07-16.Italic or bold markup not allowed in:|publisher= (bantuan)
^中国古今地名大词典 (dalam bahasa Cina). Shanghai: 上海辞书出版社. 2005. m/s. 2134.
^DeBlasi, Anthony (2001). "Striving for Completeness: Quan Deyu and the Evolution of the Tang Intellectual Mainstream".Harvard Journal of Asiatic Studies. Harvard-Yenching Institute.61 (1): 5–36.doi:10.2307/3558586.JSTOR3558586.
^Cartwright, Mark (12 Julai 2017)."Chang'an".Ancient History Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris).
^西安人口 [Xi'an population] (dalam bahasa Cina). City of Xi'an. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-03-22. Dicapai pada2007-05-16.
^Zhang, Zhizhong.中国七大中心城市人口资源大调查 [Population survey of the seven central cities of China]. National Family Planning Commission.Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2015. Dicapai padaAugust 21, 2013.