Versi asal Januari 22 2005 Januari 11 2005 Januari 2 2005 Februari 10 2005 Januari 22 2005 2 Febuari 2005 Januari 24 2005 Januari 16 2005 Januari 14 2005 Januari 4 2005 Januari 25 2005 Januari 29 2005 Januari 3 2005 Januari 5 2005 Februari 11 2005 Februari 12 2005 Januari 6 2005 2009 Musim bunga 2010
Versi S Januari 10 2010 Januari 7 2010 Januari 14 2010 Januari 12 2010 Januari 13 2010
Perkhidmatan dalam talian bersepaduXbox Live yang ditawarkan untuk konsol merupakan perkhidmatan yang ditingkatkan berbanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan untuk konsolXbox. Ia membolehkan pemainbermain dalam talian dan memuat turut kandungan seperti permainan arked, demo permainan, treler, rancangan TV dan filem. Perkhidmatan ini juga memboleh pengguna menerima kemaskini rasmi yang dikeluarkan oleh Microsoft untuk konsol ini.
Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan menyokong konsol Xbox 360 sehingga tahun 2016[6].
Konsol ini digelar sebagaiXbox Next, Xenon, Xbox 2, Xbox FS atauNextBox semasa dalam proses pembangunan[7], dan dihasilkan pada awal tahun 2003[8]. Pada bulan Februari 2003, projek pembangunan platform perisian untuk konsol Xbox 360 telah dimulakan, dengan Naib Presiden Microsoft iaitu J Allard mengetuai projek ini. Dalam bulan tersebut, Microsoft mengadakan acara khas untuk merekrut 400 orang pembangun bertempat di Bellevue,Washington untuk membangunkan sistem perisian tersebut. Pada12 Ogos2003, syarikat elektronikATI memetrai perjanjian untuk membangunkan cip mikropemproses grafik bagi konsol ini[9]. Cip mikropemproses untuk konsol ini menggunakan cip dari IBM,Xenon, di mana teras bagi cip ini merupakan versi yang telah diubahsuai dari cip mikropemproses yang digunakan dalam konsolPlayStation 3 iaitu Cell[10].
Sebelum pelancaran rasmi konsol ini,Microsoft telah beberapa kali mengeluarkan iklan untuk mempromosi konsol terbaru dari mereka. Laman web OrigenXbox.com telah dilepaskan di Internet, membolehkan pengunjung berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah dari Microsoft[11][12]. Antaranya ialah pengunjung perlu menjawab tiga soalan trivia berkaitan dengan konsol Xbox 360 dan berpeluang untuk memenangi tempahan ke acara pra-pelancaran Xbox 360[13]. Peraduan lain yang ditawarkan dalam laman web ini ialah menjawab soalan berkaitan dengan permainan video Halo 2 dan peraduan mereka cipta ikon avatarGamertile[12].
Pembangunan cip mikropemproses bermula seawal tahun 2003 apabila syarikatMicrosoft danIBM memetrai perjanjian yang menyaksikan pihakIBM membangunkan cip mikropemproses khas untuk konsol Xbox 360 yang diberi kod namaWaternoose[15]. Cip ini dibangunkan berdasarkan kepada binaan IBMPowerPC. Ketiga-tiga teras yang terdapat dalam cip ini merupakan versi yang telah diubaisuai daripada cip mikropemprosesCell yang digunakan dalam konsolPlayStation 3[16]. Cip ini mampu menjalankan sebanyak 9.6 billionDot product.
Syarikat elektronikATI pula membangunkan cip mikropemproses grafik untuk konsol ini. ATI Xenos dibangunkan dengan kod nama "C1", walaupun ramai yang mengaitkan cipXenos dengan nama R500[17] dan memakan masa hampir 2 tahun untuk disiapkan. Cip ini memakanlengah masa sebanyak 25GB/s dari cip mikropemproses utama[18].
Pada awal pelancaran konsol Xbox 360, ianya dilengkapi dengan pemacu cakera DVD berkelajuan 12x, yang mampu membaca data sebanyak 15.85 MB/s[19]. Pemacu cakera DVD ini pula dibuat oleh syarikat LG dan Toshiba. Bermula pada bulan November 2006, konsol ini dilengkapi dengan pemacu cakera DVD yang dibuat oleh BenQ, yang dipercayai mampu membaca data yang lebih pantas serta kurang bunyi dikeluarkan[20].
Xbox 360 Dashboard merupakan nama bagiantaramuka grafik yang digunakan dalam konsol Xbox 360. Ianya terkandung dalam sistem data sebanyak 16MB dan menggunakanmemori utama tidak lebih dari 32MB[22]. Kemaskini antaramuka ini boleh didapati dan dimuat turun dari perkhidmatan atas talian Xbox Live dan ianya akan dikemas kini secara automatik ke dalam konsol. KemaskiniXbox 360 Dashboard juga boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Xbox kekomputer peribadi dan kemudian memindahkan data tersebut ke pemacu mudah alih yang akan dibaca konsol sebelum memulakan proses kemaskini. Antaramuka grafik ini boleh dilancarkan secara automatik apabila konsol ini dihidupkan tanpa memasukkan cakera atau apabila pemacu cakera dibuka dan pengguna boleh memilih sama ada ingin melancarkan secara automatik atau tidak. Versi ringkas antaramuka ini boleh diakses bila-bila masa dengan menekan butangXbox Guide pada alat pengawal. Versi ringkas ini akan memaparkan ikon avatar pengguna (Gamercard), mesej dariXbox Live dan senarai rakan.
Dalam acaraE3 2008, semsa persembahan dari Microsoft, mereka mengumumkan antaramuka grafik terbaru untuk konsol Xbox 360 yang diberi namaNew Xbox Experience (NXE)[23]. Kemaskini antaramuka grafik ini dilakukan bagi memudahkan pengguna bernavigasi dengan menu-menu yang terdapat pada antaramuka grafik konsol ini[23]. Teras bagi NXE ini menggunakanTwist UI yang sebelum ini digunakan padaWindows Media Center danZune[24]. Manakala versi ringkas pula mengekalkan ciri-ciri yang terdapat pada antaramuka grafikDashboard[24]. Antara ciri-ciri baru yang terdapat pada NXE ialah pengguna boleh menonton filem-filem dan rancangan television berformat 720p yang distrim dariNetflix menerusi Xbox 360. Ciri ini hanya terdapat di kawasanAmerika Syarikat danKanada dan pengguna memerlukan langgananXbox Live Gold sertaNetflix Unlimited[25].
ButangXbox Guide sertaBack di bahagian kiri danStart di bahagian kanan.
Alat pengawal Xbox 360 merupakan alat pengawal utama yang digunakan untuk konsol Xbox 360 dan telah diperkenalkan semasa acaraE3 tahun 2005. Alat pengawal ini dikeluarkan dalam versi berwayar dan tanpa wayar. Kedua-dua versi alat pengawal ini juga boleh digunakan untukkomputer peribadi yang menjalankan sistem operasiWindows sepertiWindows Vista,Windows 7 danWindows 8. Alat pengawal versi tanpa wayar dikuasakan oleh sama ada menggunakan bateri kering jenis AA atau pek bateri boleh cas semula. Manakala versi berwayar pula boleh disambungkan ke inputUSB yang terdapat pada badan konsol.
Alat pengawal standard mempunyai 11 butang digital, dua pengawal kayu ria analog, sebuahpad arah (D-pad) dan 2butang picu analog. ButangXbox Guide yang dilabel dengan logo Xbox,Start danBack terletak di tengah-tengah alat pengawal ini. ButangXbox Guide digunakan untuk menghidupkan konsol dan alat pengawal serta mengakses menu pada antaramuka grafik pada konsol ini dan ianya dikelilingi dengan lampu cincin yang akan berkelip apabila alat pengawal dalam proses untuk menyambung ke konsol serta memberi notifikasi kepada pengguna.