Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

X

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bagi huruf kelihatan agak serupa dalam abjad bahasa Yunani, lihatKhi.
Carix dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.
X
X
Abjad Rumi dasar
 AaBbCcDd 
EeFfGgHhIiJj
KkLlMmNnOoPp
QqRrSsTtUuVv
 WwXxYyZz 

HurufX terletak di tempat ke-24 dalamabjad Rumi. Namanya ialaheks (/ɛks/).

Dalam kajianfonetik,x ialah lambangIPA danX-SAMPA mewakili bunyigeseran velar tak bersuara yang bersamaan dengan "kh" seperti dalam "khidmat" dalam bahasa Melayu (IPA digunakan untuk transkripsi sebutan di sepanjang rencana ini).

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Gabungan konsonan/ks/ mula-mulanya, dalambahasa Yunani purba, ditulis sama ada sebagaiChiΧ (loghat Barat) atauXiΞ (loghat Timur). Akhirnya,Chi dipiawaikan untuk bunyi/kʰ/ (/x/ dalambahasa Yunani moden), sementaraXi dipiawaikan untuk bunyi/ks/. Bagaimanapun,orang Etruria telah mengambil alihΧ dari loghat Yunani Barat purba; maka, X digunakan mewakili bunyi/ks/ yang ada dalambahasa mereka danbahasa Latin.

Adalah tidak diketahui sama ada huruf-hurufChi danXi merupakan ciptaan orang Yunani, ataupun berasal daribahasa Semitik.Chi diletak hampir pada akhir susunan huruf Yunani, selepas huruf-huruf asalan Semitik, bersama denganPhi,Psi, danOmega, dengan ide bahawa huruf-huruf itu merupakan inovasi; lebih-lebih lagi, tidak terdapat mana-mana huruf yang mewakili bunyi /ks/ secara terperinci dalam bahasa Semitik. Terdapat satu huruf Phoeniciakheth yang barangkalinya berbunyi/ħ/, agak serupa dengan/kʰ/, tetapi ini diterima dalam huruf Yunani mual-mulaya sebagai konsonan /h/, dan kemudiannya, bunyi vokal panjangEta (Η,η), maka huruf itu tidak kelihatan menjadi asalan hurufChi. Huruf PhoeniciaSamekh (mewakili /s/) sering dianggap sebagai ilham bagiXi, namun seperti yang diterangkan,Chi mempunyai bentuk yang berbeza dariXi — meskipun huruf itu mungkin merupakan variasi lain yang juga berasal daripadasamekh. Bentuk asalsamekh barangkali merupakan havehieroglif Mesir bagi kolumDjed, namun ini juga tidak pasti kerana tiadanya bentukProto-Sinaitik bagi huruf ini yang dikenal pasti serupa dengannya.

Hieroglif Mesir "tiang"S PhoeniciaXi YunaniChi YunaniX Etruscan
R11

Kegunaan

[sunting |sunting sumber]

Dalam sesetengah bahasa, sebagai kesan pelbagai perubahan fonetik dan adaptasi tulisan tangan,X berbeza sebutannya dalam pelbagai bahasa:

  • Bahasa Melayu: "X" bukan sahaja merupakan huruf yang paling sedikit digunakan di seluruh kosa kata bahasa Melayu, malah huruf ini seolah-olah itdak pernah digunakan kecuali bagi perkataan yang menyebut nama huruf ini dalam perkataan (cth:sinar-X). Bagi kata-kata pinjaman dari bahasa lain yang mengandungi huruf "x" sepertisex danxylophone, huruf x diganti dengan "ks" ([ks] di tengah atau akhir perkataan) atau "z" ([z] di permulaan perkataan), iaituseks danzilofon.
  • Bahasa Inggeris:X ialah gagasan dua konsonan[ks]; atau kadang-kadang apabila diikuti oleh suku kata berpelat yang bermula dengan bunyi vokal, atau apabila diikuti oleh "h" bisu dan bunyi vokal berpelat[gz] (cth.exhaust,exam); lazimnya[z] apabila menjadi huruf pertama perkataan (cth.xylophone), serta dalam sesetengah kata kompaun mengekalkan bunyi[z], seperti (e.g.meta-xylene). X juga menghasilkan bunyi[kʃ] dalam perkataan yang berakhir dengan-xion. X juga melambangkan bunyi[gʒ] atau[kʃ], misalnya, masing-masing dalam perkataanluxury dansexual. Apabila hurufX memulakan perkataan dalam bahasa Inggeris sepertilahxynene dan bunyiz dihasilkan, makam hurufX dikatakan bisu. X akhiran semestinya[ks] (cth.ax/axe) kecuali dalam kata pinjam sepertifaux (lihat ulasan bagi bahasa Perancis, di bawah).
  • Bahasa Perancis: Pada hujung perkataan, bisu (atau[z] secara perhubungan jika perkataan seterusnya bermula dengan bunyi vokal). Penggunaan sebegini timbul sebagai perubahan tulisan bagi akhiran-us. Terdapat dua pengecualian, iaitu x disebut [s] dalamsix dandix.
  • Bahasa Sepanyol: Dalam bahasa Sepanyol lama,X disebut seperti[ʃ] kerana bahasa ini masih sebunyi denganbahasa Iberia yang lain; bahkantulisan Aljamiado untuk menulis bahasa ini semasa zamankerajaan Andalusia menggunakan huruf Arabشsyin yang selambang.[1] Kemudian, bunyi ini berubah menjadi bunyi[x] yang keras. Dalam bahasa Sepanyol moden, bunyi[x] dieja denganj, atau dengang sebelume dani, namunx dikekalkan bagi sesetengah nama (misalnyaMéxico, yang beralternasi denganMéjico). Kini,X mewakili bunyi[s] (sebagai huruf pertama perkataan), atau gagasan konsonan[ks] dan[gs] (cth.oxígeno,examen). Lebih jarang lagi; seperti dalam bahasa Sepanyol lama, hurufx boleh disebut sebagai[ʃ] di hari ini dalam kata-kata nama khas sepertiRaxel (variasiRachel) danXelajú. Dalam variasi bahasa Sepanyol di Amerika danseseo, digrafxc diexcelente disebut sebagai[ks] tetapi diSepanyol, kombinasi konsonan tersebut disebut[ks-θ].
  • Bahasa Albania,x mewakili[dz], sementaradigrafxh mewakili[dʒ].
  • DalamHanyu Pinyin, sistem transkripsi rasmi bagibahasa Mandarin, hurufx mewakili bunyifrikatif alveolo-palatal tidak bersuara/ɕ/.
  • Dalambahasa Jerman danbahasa Itali,X digunakan terutamanya dalamkata pinjam.
  • Bahasa Nahuatl: mewakiligeseran belakang gusi tak bersuara ([ʃ])

Kod pengkomputeran

[sunting |sunting sumber]
Perwakilan alternatif X
fonetik NATOKod Morse
X-ray–··–
⠭
Bendera isyaratSemaforaPanduan ASLBraille
Titik kodHuruf besar
X
Huruf kecil
x
UnikodU+0058U+0078
ASCIIPerpuluhan88120
Perduaan0101100001111000
EBCDIC231167

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:X.
Ikon tunas

Rencana berkaitanmatematik ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Abjad Rumi/Latin
AaBbCcDdEeFfGgHhIiJjKkLlMmNnOoPpQqRrSsTtUuVvWwXxYyZz
  1. ^Galmés de Fuentes, A. (2004). Estudios sobre la literatura española Aljamiado-morisca. Fundación Ramón Menéndez Pidal.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=X&oldid=6380963"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp