Wolverin atau nama saintifik iaGulo gulo (juga dipanggil setempatLglutton, carcajou, skunk bear, quickhatch ataugulon) adalah spesies darat terbesar dalam keluargaMustelidea. Ia adalahkarnivor yang sangat kuat dan diibaratkan sebagaiberuang kecil berbeza berbanding Mustelid lain. Wolverin terkenal dengan kekuatan dan keganasannya yang diketahui mampu membunuhmangsa yang jauh lebih besar darinya.
Wolverin ditemui di kawasan hutantundra dan subartik dihemisfera utara, dengan jumlah paling banyak ditemui diAlaska, Kanada,negara-negara Nordik Eropah,barat Rusia danSiberia. Populasi haiwan ini mengalami pengurangan yang stabil sejak abad ke-19 akibat terjerat, kawasan yang berkurangan dan perubahanhabitat yang tidak sesuai, hinggakan secara relatifnya haiwan ini tidak wujud sama sekali di bahagian selatan Eropah. Bagaimanapun, dianggarkan populasi besar masih wujud diAmerika Utara danAsia Utara.
Dalamgenus Gulo, terdapat 2 perbezaansubspesies, bentukDunia Lama Gulo gulo gulo dan bentukDunia Baru G.g.luscus. Kebanyakan pengkaji menyatakan terdapat 4 subspesies diAmerika Utara termasuk spesies jarang di pulauVancouer (G. g. vancouverensis) dan disemenanjungKenai (G. g. katschemakensis) dinegeriAlaska. Akan tetapi, taksonomi terkini yang paling diterima mengenalpasti 2 kontinental subspesies atau dikenali sebagai G.gulo sebagaiHolartic takson yang tunggal.
Terbaru, hasil kajian perbandingangenetik mendapati wolverine Amerika Utara berasal dari moyang yang tunggal, kemunkinan dariBeringia semasa pengglasieran yang terakhir dan berkembang pesat setelah itu. Walau bagaimanapun, teori ini tidak dapat dipastikan disebabkan kesukaran mendapatkansampel di kawasan selatan.