Rencana ini mengenai alat berbunyi nyaring jika ditiup. Untuk majalah Malaysia berjudul sama, sila lihatWisel!.
Wisel kecil diperbuat daripada besi.Bunyi wisel untuk polis sedang ditiupkan.
Wisel [wi.sél[1], wi.sĕl] (Mal., pinjamanbahasa Inggeris:whistle) ataupeluit[2] [pĕ.luit] ialah sejenis alat yang menghasilkanbunyibernada tinggi apabila badan ia ditiupkanudara melalui suatu hujung lalu terkeluar ke satu hujung yang lain.
Ia lazim digunakan sebagaialat pengisyarat baik sebagai alat yang tersendiri mahupun dipasangkan pada komponen tertentu misalnya komponen hadapankereta api ataupuncerek.
Pembangunan alat wisel ini sendirinya berhubung kait denganpolis. Terdapat seberapa orang yang telah cipta wisel moden sepertiJ. Stevens danJ. Dixonsekitar tahun 1840-an, sertaT. Andrea dengan wisel jenis Beaufort untuk PolisLiverpool pada 1870-an. Walau bagaimanapun, Joseph Hudson merupakan orang pertama yang memperkenalkan rekaan wisel yang mampu menghasilkan bunyi bernada tinggi yang mampu didengari dari jauhsebatu; ciptaan ini kemudiannya diperkenalkan kepadaScotland Yard lalu syarikat Hudson diberikan kontrak pertama atas pembuatan alat ini pada tahun 1884.
Wisel paling diketahui dalam bidang sukan (termasukbola keranjang, hoki-hokipadang danais, bola sepak jenispersatuan danAmerika) sepertimana yang dilakukan parapengadil agar setiap dapat didengari pemain dan penonton; sebelum ini wasit-wasit ini lazim menggunakansapu tangan untuk mengisyarat kepada para pemain.[3]
Wisel tahap industri dipasangkan padakereta api untuk mengisyaratkan perjalanan sama ada dalam keadaan sedang bergerak dalamlandasan mahupun untuk tujuan berhenti di suatu perhentian
Alat wisel yang digunakan dalamkapal-kapal harus bersuara keras sebagai untuk tujuan mengisyaratkan keselamatan kepada kapal-kapal yang ditembung semasa di laut. Wisel kapal modern lazimnya dijanakan bunyi ia menggunakan elektrik atau wap air;frekuensi bunyi turut ditetapkan berada dalam rentang 70-200 Hz untuk kapal-kapal yang mempunyai panjang lebih dari 200 meter.
Pesakit mahupun orangkelainan upaya dalam perbaringan dapat memanfaatkan wisel untuk memanggil pembantu atau jururawat sekiranya tidak berkemampuan berjalan atau memanggil staf seperti yang biasa dilakukan.
Wisel sering digunakan sebagai alat peringatan berfungsi menarik perhatian pengguna. Pemandu kenderaan tertentu sepertimotorsikal adakalanya menggunakan wisel sebagai penggantiloceng atauklakson.
Alat wisel juga dipasangkan padajaket keselamatan ataupengapung peribadi sebagai pengisyarat sekiranya pengguna dalam keadaan timbul tenggelam misalnya setelah jatuh ke laut dariperahu atau kapal; wisel jenis ini direka agar air tidak mudah masuk lalu menakung serta juga tidak memenatkan pemakai yang meniup dalam keadaan kehanyutan