Windows Millennium Edition, atau lebih dikenali sebagaiWindows Me ([miː],[ɛmiː]), ialahsistem pengendalian hibrid 16/32-bit yang dilancarkan pada14 September2000 olehMicrosoft.
Windows Me ialah versi Windows terakhir yang berasaskanMS-DOS/Windows 9x. Ia juga ialah versi Windows terakhir yang tidak menggunakanpengaktifan perisian.
Sebagai pengganti kepadaWindows 95 danWindows 98, Windows Me dipasarkan sebagai "edisi pengguna rumah" bagiWindows 2000 yang dilancarkan 2 bulan sebelumnya. Ia disertakan dengan perisianInternet Explorer 5.5,Windows Media Player 7, danWindows Movie Maker, sebuah perisian suntingan video asas yang ringkas dan mudah digunakan. Selain itu, antaramuka Windows Me juga direkabentuk bagi menyerupai Windows 2000.
Windows Me ialah versi terakhir bagi keluarga sistem pengendalianWindows 9x, manakala penggantinya iaituWindows XP Home Edition pula menggunakan senibinaWindows NT. Tidak seperti versi-versi Windows 9x yang terdahulu, capaian terhadap mod sebenarMS-DOS disekat bagi prosesbut yang lebih pantas. Hasilnya, sesetengah program MS-DOS yang perlu dijalankan dalam mod sebenar tidak dapat dijalankan dalam Windows Me.
Windows Me mempunyai jangka hayat yang paling pendek berbanding versi-versi Windows yang lain; ia digantikan denganWindows XP yang dilancarkan pada25 Oktober2001.
- System Restore - System Restore ialah utiliti sistem yang memantau sebarang perubahan pada fail sistem Windows yang diakibatkan daripada pemasangan program baru ataupunpemacu peranti baru dan seterusnya membentuk "checkpoint". Sekiranya pemasangan tersebut membawa kesan buruk terhadap sistem komputer, System Restore akan mengembalikan sistem komputer kepada tahap bekerja sebelumnya. Namun demikian, System Restore ada 2 keburukan - prestasi komputer akan terjejas apabila "checkpoint" dibentuk semasa komputer sedang digunakan (terutamanya untuk aplikasi berat seperti permainan komputer), serta System Restore mungkin akan mengembalikanvirus komputer yang telah dibuang.
- Perlindungan Fail Sistem - Ciri ini melindungi fail sistem daripada diubah, dibuang atau dirosakkan secara senyap dan automatik. Sekiranya ada fail sistem yang diubah, Windows akan mengembalikan salinan fail asal daripadacakera keras ataupun CD pemasangan Windows Me.
- Susunan baru TCP/IP - Ciri ini diambil daripadaWindows 2000 untuk prestasirangkaian komputer yang lebih baik dan lebih stabil. Windows Me turut menyokong rangkaianFireWire serta sambungan wayarlesinframerah di samping turut menyertakan program pendeta Rangkaian Rumah yang baru.
- Palam dan Main Sejagat - Windows Me ialah versi Windows pertama yang menyokong teknologi Palam dan Main Sejagat (UPnP).
- Perolehan Imej Windows (WIA) - Perolehan Imej Windows (WIA; Windows Image Acquisition) diperkenalkan sebagai piawaian bagi memudahkan aplikasi Windows berkomunikasi dengan peranti perolehan imej sepertikamera digital danpengimbas. Sebelum WIA diperkenalkan, masalah keserasian antara peranti perolehan imej sering berlaku.
- Kemaskini automatik - Windows akan mengemaskini sistem secara automatik dengan memuat turun fail kemaskini daripada laman web Windows Update secara automatik.
- Folder termampat - Windows Me turut menyertakan perisian utiliti pemampatan folder untuk mencipta atau membaca fail berformat ZIP. Sebelum Windows Me, pengguna terpaksa menggunakan perisian pihak ketiga bagi mencipta atau membaca fail berformat ZIP.
- Previu Imej - Fail imej boleh dilihat menerusi utiliti Image Preview. Ciri ini turut membolehkan pengguna memusingkan imej, mencetak atau zum imej.
- Bantuan dan Sokongan - Program Help and Support yang baru menggantikan Windows Help. Ia berasaskanHTML dan memanfaatkan teknologi Rangka Kerja Automasi Sokongan (SAF).
- Pemacu peranti storan massa USB - Windows Me ialah satu-satunyasistem pengendalian dalam siriWindows 9x yang menyertakanpemacu peranti umum bagi perantistoran massa USB.
Sokongan terhadap Windows Me tamat pada11 Julai2006 bersama-sama denganWindows 98.
Windows Me sering dikritik sebagai sistem pengendalian paling tidak stabil pernah dibina olehMicrosoft. Reputasi buruk tersebut berpunca daripada kekerapan Windows Me untuk gagal berfungsi serta memaparkan skrin biru(Blue Screen of Death). Sebenarnya, semua sistem pengendalian dalam keluargaWindows 9x adalah kurang stabil dan cenderung untuk gagal berfungsi atau memaparkan skrin biru, namun tahap kestabilan Windows Me ialah yang paling teruk dalam siri Windows 9x - Windows Me paling kerap mengalami masalah gagal berfungsi ataupun memaparkan skrin biru.
Reputasi buruk Windows Me sebagai sistem pengendalian paling tidak stabil telah menyebabkan segelintir pihak melabelkan Windows Me sebagai "Mistake Edition" atau "Miserable Edition". Pada tahun 2006, majalah PC World turut melabelkan Windows Me sebagai "ProdukTeknologi Maklumat Keempat Paling Teruk Sepanjang Zaman" (selepasAOL,RealPlayer dan Synchronys SoftRAM).