Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Windows 95

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Windows 95
Antaramuka Windows 95.
Maklumat umum
Jenis sistemWindows 9xSunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemMicrosoft Windows
PembangunMicrosoft
Keadaan kerjaTidak disokong sejak31 Disember2001.[1]
Model sumberSumber tertutup
Keluaran untuk
pembuatan
24 Ogos1995
Keluaran terkiniOEM Service Release 2.5 /1996
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Didahului olehWindows 3.1(mul)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
Diganti olehWindows 98(mul)Terjemah danWindows Nashville(en)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
Ciri teknikal
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
x86(mul)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
JenisintiInti monolitik
LesenMicrosoft EULA
Pautan berkaitan
Tapak webwww.microsoft.com/windows95/%20www.microsoft.com/windows95
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Windows 95 adalahsistem pengendalian di dalam keluargaWindows yang berasaskanantaramuka pengguna grafik berorientasikan pengguna rumah. Ia dilancarkan pada24 Ogos1995 olehMicrosoft sebagai pembaharuan ketara daripadaWindows 3.1x dengan menyepadukanMS-DOS dan Windows di dalam satu sistem pengendalian, sekaligus menjadikan Windows 95 sebagai sistem pengendalian penuh berbandingWindows 3.0 dan3.1x yang hanya merupakanpersekitaran pengendalian bagi MS-DOS.

Windows 95 menampilkan perubahan yang ketara dari segi antaramukanya. Format bagi antaramuka Windows 95 terus diguna pakai pada versi-versi Windows yang lebih terkini termasuklahWindows Vista. Bukan itu sahaja, malah format antaramuka Windows 95 turut ditiru pengeluar distribusiLinux di dalampersekitaran pengendalianantaramuka grafik pengguna Linux. Antaramuka Windows 95 adalah faktor utama Windows 95 menjadi sistem pengendalian paling berjaya pada masa tersebut.

Ciri-ciri Windows 95

[sunting |sunting sumber]

32-bit

[sunting |sunting sumber]

Windows 95 memerlukanpemproses 32-bit untuk berfungsi kerana Windows 95 menggunakan pemprosesan 32-bit bagi pengurusan sistem, fail dancakera keras. Ini mengurangkan fungsi MS-DOS kepada sekadarpelancar but sahaja. Walau bagaimanapun, integrasi MS-DOS di dalam Windows 95 membolehkan Windows untuk membuka fail-fail dan program-program lama yang berjalan di bawah MS-DOS, di samping fail-fail dan program-program 32-bit.

Nama fail panjang

[sunting |sunting sumber]

Di dalamMS-DOS,Windows 3.0 danWindows 3.1x, nama fail hanya terhad kepada 8 aksara sahaja, diikuti 3 aksara sambungan (format 8+3). Windows 95 pula mula menyokong nama fail yang lebih panjang menerusi penggunaan sistem failFAT.

Palam dan Main

[sunting |sunting sumber]

Windows 95 turut menyokong teknologiPalam dan Main(Plug and Play), yang membolehkan Windows mengesan jenisperkakasan komputer yang dipasang, memintapemacu peranti yang bersesuaian dan seterusnya menetapkan konfigurasi perkakasan secara automatik. Sebelum ini, pemasangan pemacu peranti serta konfigurasi perkakasan di dalamMS-DOS,Windows 3.0 dan3.1x adalah agak rumit.

Antaramuka pengguna

[sunting |sunting sumber]

Antaramuka pengguna Windows 95 adalah faktor utama bagi kejayaan besar Windows 95 sebagaisistem pengendalian paling berjaya pernah dihasilkan pada masa tersebut dalam masa 1-2 tahun selepas dilancarkan. Windows 95 terbukti sangat berjaya sehingga mampu menyebabkan banyak pemain utama sistem pengendalian serasi DOS gulung tikar, satu faktor utama yang kemudiannya membawa kepada tuduhan monopoli sistem pengendalian yang dihadapiMicrosoft beberapa tahun kemudian.

SementaraWindows 3.0 dan3.1x menggunakan pengurus program (Program Manager) bagi menguruskan sistem, fail dan program, Windows 95 pula menggunakan menu Start bagi pengurusan program serta Windows Explorer bagi pengurusan fail. Windows 95 adalah versi Windows pertama yang menggunakan menu Start bar tugasan di dalam antaramuka Windows, dan ciri-ciri tersebut dikekalkan di dalam kesemua versi Windows yang lebih baru.

Internet Explorer

[sunting |sunting sumber]

Windows 95 OEM Service Release 1 (Windows 95 OSR1) adalah versi Windows pertama yang menyertakan perisianpelayar Web,Internet Explorer di dalamnya. Versi terakhir yang disokong oleh Windows 95 ialah Internet Explorer 5.5 yang dilancarkan pada tahun 2000. Sebelum Internet Explorer, Microsoft menggunakan perisianMicrosoft Network.

Edisi

[sunting |sunting sumber]
  1. Windows 95 (versi 4.00.950): 1995
  2. Windows 95 SP1 (versi 4.00.950a):31 Disember1995
  3. Windows 95 OEM Service Release 1 (OSR1) (versi 4.00.950A): 1996 - disertakan IE 2.0
  4. Windows 95 OSR2 (versi 4.00.950B): 1996 - disertakan IE 3.0, menyokong FAT32 dan UDMA
  5. Windows 95 OSR2.1 (versi 4.00.950B): 1996 - disertakan IE 3.0, menyokongUSB, FAT32 dan UDMA
  6. Windows 95 OSR2.5 (versi 4.00.950C): 1996 - disertakan IE 4.0, menyokongUSB, FAT32 dan UDMA

Keperluan sistem

[sunting |sunting sumber]

Windows 95 hanya memerlukan sekurang-kurangnyapemprosesIntel 80386 DX, 4 MBRAM dan 50 MB ruang kosongcakera keras, membolehkan pengguna Windows 3.1 untuk beralih ke Windows 95. Walau bagaimanapun, Microsoft mengesyorkan penggunaan pemprosesIntel 80486 ke atas daningatan sekurang-kurangnya 8 MB ke atas.

Windows 95 boleh didapati dalam bentukCD-ROM dandisket, memandangkan banyak komputer pada masa tersebut tidak dilengkapi pemacu CD-ROM. Versi disket didatangkan dengan 13 keping disket, tidak termasuk perisian tambahan bagi sesetengah versi Windows 95 sepertiInternet Explorer.

Sokongan terhadap Windows 95 telah tamat pada31 Disember2001.

MS-DOS /9x
1.0 ·2.0 ·2.1x ·3.0 ·3.1x ·95 ·98 ·Me
NT
CE
Akan datang
Projek
Dibatalkan:Cairo ·Nashville ·Neptune ·Odyssey · Berkaitan:OS/2
  1. ^"Windows Life-Cycle Policy". Microsoft.Unknown parameter|acessdate= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Windows_95&oldid=5508504"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp