Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Winamp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini perludikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(Mei 2020)
Winamp
Fail:Winamp5.5.png
Winamp 5.5
Pembuat asalNullsoft(en)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
PembangunNullsoft
Pelancaran pertama21 April 1997Sunting nilai ini di Wikidata
Versi terkini/stabil
Senarai Senarai
5.9.2 (27 April 2023)Sunting nilai ini di Wikidata
Ditulis dalamC++(mul)TerjemahC(mul)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
Sistem pengendalianMicrosoft WindowsLinux (3.0 alpha 1 sahaja)[1]
Tersedia dalamBerbilang bahasabahasa InggerisCina Ringkasbahasa Cina Klasikbahasa Jermanbahasa Sepanyolbahasa Perancisbahasa Italibahasa Jepunbahasa Koreabahasa Belandabahasa Polandbahasa Portugis Brazilbahasa Rusiabahasa Romaniabahasa Portugisbahasa Swedenbahasa Turkibahasa Hungarybahasa IndonesiaSunting nilai ini di Wikidata
JenisMedia player software(en)Terjemahtag editor(en)Terjemahperisian percumaSunting nilai ini di Wikidata
GenrePemain media
LesenHak milikPerisian percuma,Perisian kongsi
Format fail boleh dibaca
Pautan berkaitan
Tapak webhttp://www.winamp.com/
Pautan lainGitHub: WinampDesktop
Facebook: WinampX: winampSunting nilai ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Winamp merupakan perisianpemain mediakepunyaanNullsoft, yang kini anak syarikatTime Warner. Winamp merupakan perisianperisian percuma /perisian kongsi yang menampung pelbagai format dan boleh diubahkulitnya.

Winamp julung kali dikeluarkan olehJustin Frankel pada tahun 1996. Penghargaan bagi pembangunan semasa Winamp diberi kepada Ben Allison (benski),Will Fisher, Taber Buhl, Maksim Tyrtyshny, Chris Edwards dan Stephen (Tag) Loomis.

Pada tahun 2005 bilangan pengguna bulanan Winamp naik dari 33 juta ke lebih 57 juta,[2] menjadikannya pemain media yang kedua paling aktif digunakan[perlu rujukan] seluruh dunia, hanya mengekoriWindows Media Player.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

WinAMP

[sunting |sunting sumber]
Winamp 0.020a, memainkan fail dan memaparkan sebuah menu tunggal

WinAMP 0.20a yang minimalis ini dihasilkan sebagai perisian percuma pada21 April1997.[3] Antaramukanya yang hanya memaparkan menubar tanpa tetingkap hanya memaparkan kekunci fungsi "play(open)", "stop", "pause", dan "unpause". Sesebuah fail yang ditetapkan dalam baris arahan atau diletakkan pada ikonnya akan dimainkan. Penyahkodan MP3 dilakukan oleh enjin penyahkodan AMP® yang "percuma untuk kegunaan bukan komersil"[4], ©1996-97 oleh Tomislav Uzelac, yang ketika itu merupakan penuntut diFER,Universiti Zagreb,Croatia. Singkatan "AMP" merujuk kepada "Advanced Multimedia Products" (Produk Multimedia Canggih). Justin Frankel dan Dmitry Boldyrev menyepadukan enjin ini dengan antaramuka pengguna mereka.

WinAMP 0.92 dikeluarkan sebagai perisian percuma pada bulan Mei 1997. Dalam lingkungan bingkai dan bar menu piawaian Windows, perisian ini menampilkan permulaan GUI Winamp "klasik": segiempat bujur berwarna kelabu gelap dengan butang pengangkut berwarna perak dengan kesan 3D, pelaras bunyi merah/hijau, paparan masa dalam fonLED hijau, beserta nama runut, kadar bit MP3 dan "mixrate" berwarna hijau. Tidak terdapat pelaras kedudukan, dan ruangan kosong di mana munculnya penganalisis spektrum dan penganalisis bentuk gelombang pada versi kemudian. Apabila lebih daripada sebuah fail dimasukkan dalam baris arahan atau diletakkan pada ikonnya, fail-fail tersebut diaturkan untuk menunggu giliran dalam senarai mainan.

Winamp 1

[sunting |sunting sumber]
Winamp 1

Versi 1.006 dikeluarkan pada7 Jun1997[5] dnegan nama baru "Winamp"(dieja dengan huruf kecil). Winamp ini menampilkan penganalisis spektrum dan pelaras bunyi berubah warna, tetapi tiada paparan bentuk gelombang. Lesen bukan komersil AMP disertakan dalammenu bantuannya.

Menurut Tomislav Uzelac, Frankel melesenkan enjin AMP 0.7 pada1 Jun 1997[6] Frankel merasmikanNullsoft, Inc. pada bulan Januari 1998, lalu terus membangunkan Winamp yang beralih daripada perisian percuma kepada perisian kongsi berharga $10.[7] Pada bulan Mac, syarikat baru yang ditubuhkan Uzelac, PlayMedia Systems[1] menghantar notis arahan pemberhentian kepada Nullsoft yang didakwa menggunakan AMP dengan tidak sah. Nullsoft membalas bahawa pihaknya telah menggantikan AMP dengan Nitrane, penyahkod milik Nullsoft, namun ini diragui pihak Playmedia.

Versi 1.90 yang dikeluarkan pada31 Mac1998 merupakan keluaran pertama sebagai pemain audio kegunaan am, dan didokumentasikan dalam laman web winamp.com sebagai plugin sokongan, termasuk dua plugin input (MOD danMP3) dan satu plugin visualisasi.[8]Pemasang bagi Versi 1.91 yang dikeluarkan 18 hari kemudian, memperkenalkan pluginwave,cdda, danWindows tray handling , serta juga fail DEMO.MP3 yang terkenal kerana berbunyi"Winamp, it really whips the llama's ass".[9]

Winamp 2

[sunting |sunting sumber]

Winamp 2.0 dikeluarkan pada8 September1998. Versi-versi 2.x makin laris digunakan, menjadikan Winamp antaraperisian yang paling banyak dimuat turun bagiMicrosoft Windows.[10] Versi baru ini mempertingkatkan kebolehgunaansenarai main dan ketepatanequalizer, serta memperkenalkan lebih banyak plug-in dan membolehkan 'kulit' bagi tetingkap senarai main dan penyama.

PlayMedia Systems memfailkan tuntutan mahkamah persekutuan terhadap Nullsoft pada bulan Mac 1999. Pada bulan Jun, Nullsoft dibeli olehAOL dengan harga $80 million.[11] PlayMedia diberi satuinjunksi terhadap Nullsoft sebagai pengedar Nitrane, dan pada bulan yang sama tuntutan mahkamah tersebut diselesaikan melalui perlesenan di luar mahkamah dan persetujuan sulit. Sejurus kemudian, Nullsoft beralih kepada sejenis penyahkodISO daripadaFraunhofer Gesellschaft, iaitu pihak yang membangunkan format MP3.

Nullsoft melancarkan semula lamanwinamp.com yang khusus pada Winamp pada bulan Disember 1999 untuk memudahkan capaian kepada kulit, plug-in, strim audio, muat turun lagu, forum dan sumber pemaju.

Sejak22 Jun2000, bilangan pendaftar Winamp mencecah 25 juta orang.[11]

Winamp3

[sunting |sunting sumber]

Versi baru Winamp yang seterusnya, Winamp3 dieja sebegini untuk merangkumimp3 dalam namanya serta menandakan pengasingannya daripada pangkalan kod Winamp 2), dikeluarkan pada9 Ogos2002. Winamp3 merupakan tulisan semula yang menyeluruh bagi versi 2, berdasarkan rangka aplikasiWasabi yang menawarkan peningkatan dalam kefungsian dan kefleksibelan. Winamp3 dimajukan selari dengan Winamp 2, namun ramai pengguna mendapatinya telalu banyak mengguna sumber sistem dan kurang stabil (atau juga ketiadaan sesuatu kefungsian yang penting, seperti kebolehan mengira atau mencari jumlah tempohrunut-runut dalam sesuatusenarai main). Winamp3 tidak menikmatikeserasian ke belakang dengan kulit-kulit dan plug-in Winamp 2, dan juga plugin puncaSHOUTcast tidak disokong. Tiada sebarang versi Winamp3 bagi SHOUTcast pernah dikeluarkan.

Akibatnya, kebanyakan pengguna Winamp3 beralih kembali ke Winamp 2. Nullsoft bertindak balas dengan menyambung pembangunan Winamp 2 sehingga versi 2.9 dan 2.91. Versi beta 2.92 dan 2.95 dikeluarkan besertakan sesuatu kefungsian Winamp 5. Pada masa itu rangkaaplikasibersilang platformWasabi (perisian) dan perkakas pembolehubahan kulitGUI berpunca daripada bahagian-bahagian kod sumber Winamp3. BagiLinux, Nullsoft mengeluarkan versi alpha Winamp3 pada9 Oktober2001 namun tidak pernah mengemaskinikannya meskipun minat para pengguna yang berterusan.[1]

Winamp 5

[sunting |sunting sumber]
Winamp 5.0.

Cabang-cabang Winamp 2 dan Winamp3 kemudiannya digabungkan menjadi Winamp 5 — Nullsoft menjelaskan penamaan versi yang menyimpang dari penurutan ini bahawa "2 + 3 = 5" — iaitu menggabungkan kelebihan kedua-dua aplikasi. Para pembangun juga bergurau bahawa "tiada sesiapa pun yang hendak melihat kulit Winamp 4" (nobody wants to see a Winamp4 skin;4 skin merupakan mainan bagi perkataanforeskin (kulup)). Winamp 5 berdasarkan pangkalan kod Winamp 2, beserta beberapa ciri-ciri Winamp3 (e.g. kulit terbaru). Winamp 5.0 dikeluarkan pada bulan Disember 2003. Kebanyakan rangkaWasabi yang dibina untuk mereka Winamp3 dan komponen-komponennya dikeluarkan dalam bentuksumber terbuka, dan pada tahun2005 satu usaha pembangunan aktif telah berjaya mencipta versi berdikari bagi Wasabi, tanpa modul-modul pengubahan kulit dan penskripan yang tidak pernah dikeluarkan.

Terdapat tiga versi pempakejan Winamp 5. Lite dan Full merupakan perisian percuma, manakala Pro mewajibkan pendaftaran dan (mulai awal 2007) dijual pada hargaUS$19.95. Versi Lite amat kurang fungsinya (namun masih boleh ditambah melalui plugin) sementara masih mereplikasi kebanyakan ciri-ciri Winamp 2 dalam pemasang yang jauh lebh kecil. Versi Full menawarkan lebih banyak ciri-ciri, termasuk penyalinan fail dan perakaman CD pada kelajuan terhad (6x untuk penyalinan dan 2x bagi rakaman). Versi Pro pula bercirikan penyalinan muzik dan rakaman CD tanpa had laju serta pengekodan MP3.

Winamp 5.5: The 10th Anniversary Edition dikeluarkan pada 10 Oktober 2007,[12] 10 tahun selepas keluaran Winamp pertama. Ciri-ciri barunya termasuk sokongan kulit album, sokongan penyetempatan dipertingkat (termasuk versi bahasa Jerman, Poland, Rusia dan Perancis yang rasmi), dan kulit penggabung pemain dan antaramuka pustaka media.[13] Versi ini juga tidak boleh dipasang dalam sistemWindows 9x lagi.

Konsep

[sunting |sunting sumber]

Kulit

[sunting |sunting sumber]
"EVO" rekaan Alexandru Popa, kulit Winamp yang "klasik"
"Template Amp 1.1" rekaan Mischa Klement, templat yang direka untuk membantu pereka kulit Winamp

Kulit ini merujuk kepada satu ciriantaramuka pengguna grafik Winamp yang boleh diubahsuai wajahnya. Winamp telah menerbitkan dokumentasi mengenai rekaan kulit, serta menjemput para penyumbang untuk menerbit kulit di Winamp.com. Winamp 5.0 menyokong kulit-kulit "klasik" yang direka mengikut spesifikasi Winamp 2, serta juga kulit-kulit "moden" yang menurut spesifikasi Winamp3. Kulit-kulit moden menyokong saluran-saluran alpha, bar alat yang berlabuh, dan banyak lagi inovasi terhadap GUI, tetapi ramai pereka kulit masih komited kepada spesifikasi kulit "klasik". Templat-templat kulit, seperti yang direka oleh Mischa Klement dan Jellby, telah memudahkan penghasilan kulit-kulit yang makin canggih. Komuniti-komuniti pereka kulit di Internet, seperti 1001 Winamp Skins dandeviantart, serta kegiatan forum di Winamp.com membuktikan kelarisan ciri ini dan kefleksibelannya sebagai pengantara bagi ekspresi kreatif. Sepertilah media-media kesenian yang lain, seiring dengan peningkatan bilangan karya-karya hasilan bebas, kulit-kulit ini juga terbahagi kepada kategori atau gayagenre, seperti mempromosi selebriti, peragawati fesyen, filem, kereta, kumpulan muzik, jenama, dan bentuk-bentuk hiburan lain. Para pereka juga menghasilkan rekaan sesuka hati mereka, seperti mengajuk antaramuka perisian lain, mencontohi nostalgia perkakas dan sistem pengendalian lama, seni lukis tangan, paparan 3 dimensi yang merangkumi rekabentuk kelutsinaran, minimalis dan kontras tinggi, serta pelaksanaangrafik vektor yang pintar. Saiz komuniti pemaju ini mencetuskan pemasukan sokongan kulit Winamp dalam perisian media digital lain sepertiWindows Media Player danXMMS.

Plug-in

[sunting |sunting sumber]

Perkakas pembangunan perisian Winamp membolehkan ara pemajunya untuk menambahkan fungsi Winamp melalui penggunaanplug-in, yang dikategorikan kepada tujuh jenis berikut:

  • Plug-ininput menyahkod data media yang terkandung dalam format fail tertentu.
  • Plug-inoutput mengawal destinasi audio yang dinyahkod (seperti alatDirectSound atau penulisan terus ke fail).
  • Plug-inVisualization memberi grafik yang dihidupkan oleh bunyi.
  • Plug-inDSP/Effect memanipulasi audio (reverb, pengkhususan, penyamaan bunyi, pemampatan, dsb).
  • Plug-inGeneral Purpose (Kegunaan am) menambah fungsi atau sambungan kepada Winamp (Media Library, jam loceng, ataupause when logged out).
  • Plug-inMedia Library menambah fungsi atau sambungan pada plug-in Media Library (gen_ml, disertakan dengan Winamp).
  • Plug-inDevice (Alatan) menambahkan sokonganpemain media mudah alih kepada plug-in Portable Media Player (ml_pmp, disertakan dengan Winamp)

Pembangunan mudah bagi plug-in input khusus menyumbang kepada keserbabolehan Winamp berbanding perkakas pemain media yang keras. Contohnya,muzik permainan video yang popular mencetuskan pembangunan plugin bagi fail muzik gamekonsol mainan, sepertiNSF,USF,GBS,GSF,SID,GYM,SPC,PSF dan PSF2.

Pelbagai plug-in boleh didapati di laman web Winamp.[14]

Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]

Format rakaman

[sunting |sunting sumber]

Winamp menyokong rakaman muzik berformatMP3,MIDI,MOD,MPEG-1 berlapisan audio 1 dan 2,AAC,M4A,FLAC,WAV danWMA. Winamp ialah salah satu pemain muzik terawal di Windows yang menyokong rakamanOgg Vorbis secara lalai.[15] Winamp menyokonggapless playback untuk MP3 dan AAC, danReplay Gain untuk pembetulan volum melintasi semua runut. Sokongan CD termasuk memainkan dan mengimport muzik dariCD audio, sertamerakam muzik ke dalam CD. Versi standard mengehadkan kelajuan dan kadar data rakaman CD maksimum; manakala versi "Pro" menanggalkan semua batasan ini.[16]

Winamp menyokong rakaman Windows Media Video danNullsoft Streaming Video. Untuk MPEG Video, AVI dan jenis video yang tidak disokong, Winamp menggunakanDirectShow API oleh Microsoft untuk membolehkan kebanyakan format video yang disokong olehWindows Media Player dimainkan.Bunyi keliling 5.1 disokong berdasarkan kemampuan format dan dekoder.[17]

Podcatcher

[sunting |sunting sumber]

Winamp juga boleh digunakan sebagaiagregator suapan mediaRSS yang berupaya memaparkan rencana, memuat turun atau memainkan kandungan sebagaimedia penstriman.SHOUTcast Wire menyediakan direktori dan sistem langganan RSS untuk memainkan dan memuat turunaudio siar.[18][19]

Sokongan peranti pemain media

[sunting |sunting sumber]

Winamp boleh menyokongpemain media mudah alih dan perantiMass Storage Compliant,Microsoft PlaysForSure danActiveSync.[20]

Pemalam

[sunting |sunting sumber]
Lihat juga:Pemalam

Pada tahun 1998, Winamp ditulis semula sebagai "pemain audio serbaguna"[21] dengan seni bina pemalam. Ciri ini disambut baik sekali oleh para pengulas.[22][23] Pembangunan dijalankan awal, secara berbagai-bagai dan pantas: 66 pemalam diterbitkan menjelang November 1998.[24]Kit pembangunan perisian Winamp membolehkan pembangun perisian mencipta tujuh jenis pemalam[25].

  • Input: menyahkod format fail tertentu.
  • Output: menghantar data ke peranti atau fail tertentu.
  • Visualization: memaparkan grafik janaan bunyi.
  • DSP/Effect: memanipulasi audio untuk kesan khas.
  • PemalamGeneral Purpose meningkatkan kemudahan atau ciri-ciri UI (Media Library,alarm clock, ataupause when logged out).
  • PemalamMedia Library menambah fungsi pada Media Library.
  • PemalamPortables menyokongpemain media mudah alih.[26]

Sokongan pembangunan pemalam meningkatkan kefleksibelan Winamp untuk sebilangan besar pemalam khusus untuk fail muzikkonsol permainan sepertiNSF[27],USF,GBS[28],GSF[29],SID[30],VGM[30],SPC[30],PSF dan PSF2.

Kerja-kerja derivatif

[sunting |sunting sumber]
  • Unagi merupakan nama kod bagi enjin mainan media yang berpunca daripada teknologi teras Winamp seperti yang diedar dengan perisian AOL atau sebagau muat turunActiveX. Unagi mengaktifkan banyak projek media AOL (iaitu video@netscape, video@aol dsb).[perlu rujukan]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]


Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"BetaNews FileForum". Winamp 3 for Linux
  2. ^"AOL Unveils New Winamp Version with Enhanced Dashboard and Remote Features".AOL LLC. Dicapai pada2006-09-27.
  3. ^Tarikh keluaran 21 April 1997 yang dipetik dari binari Winamp.exe 0.20a. Versi ini masih memainkan sebilangan MP3 kadar bit konstan padaWindows XP SP2, tetapi boleh hilang kawalan apabila dihentikan seketika/disambung balik.
  4. ^Maklumat perlesenan dari Menu Help Winamp 1.006.
  5. ^Tarikh keluaran Versi 1.006 dari skrin bantuan, versi daripada binari boleh laku.
  6. ^News page Playmedia website. Dicapai 2007-4-1.
  7. ^Po Bronson (July 1998)."Rebootlegger". Wired.com. Dicapai pada 2007-4-07.Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  8. ^Winamp.com (1998-12-02)."New Features listing". Dicapai pada2007-04-07. via archive.org
  9. ^DEMO.MP3 15592 bytes, 32 kbit/s, 22 kHz, recorded in "1997" "Exclusively for Nullsoft" byJJ McKay. Voice only, no music stinger.
  10. ^"Power of 10: The past, present, and future of digital living".Top 10 downloads of the past 10 years.CNET Networks, Inc. Dicapai pada2006-07-26.
  11. ^ab"AOL Who We Are Website". AOL.COM. 2004-10-19. Dicapai pada2007-04-09. from archive.org.
  12. ^"AOL Announces Winamp 10th Anniversary Edition".
  13. ^Winamp 5.5 Changelog
  14. ^Winamp.com Plugins
  15. ^Gwendolyn Mariano (May 1, 2002)Winamp glitch may benefit open sourceCNET News. Diterima pada 28 Mac 2010.
  16. ^Winamp Features ComparisonDiarkibkan 2013-12-19 diWayback Machine Winamp.com. Diterima pada 28 Mac 2010.
  17. ^Dixon, Douglas; Dreier, Troy; France, Jasmine (6 Ogos 2006) [Nullsoft Winamp 5.23 Review & Editor's Rating]CNET News. Diterima pada 28 Mac 2010.
  18. ^AOL Introduces New Podcast Offerings Deana Graffeo,AOL, 14 September 2005. Diterima pada 7 Mac 2010.
  19. ^Winamp Packs on Features for 10th-Anniversary Edition Eliot Van Buskirk,Wired.com, 10 November 2007. Diterima pada 7 Mac 2010.
  20. ^How to do everything: iPod & iTunes Guy Hart-Davis, McGraw-Hill, 2007.Google books.ISBN 978-0072263879. Dicapai pada 7 Mac 2010.
  21. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaWAv1.90
  22. ^Gibbs, Mark (17 Julai 2000)The Elephant remembers to remember audioNetwork World. Diterima pada 28 Mac 2010.
  23. ^Complete Guide to MP3s. Future US, Inc.Maximum PC v. 5, No 2. Pg 44. February 2000. Retrieved March 28, 2010.
  24. ^"Winamp Plug-ins".Winamp.com. Nullsoft Inc. November 24, 1998. Diarkibkan daripadayang asal pada 1998-12-05. Dicapai pada28 Mac 2010.Italic or bold markup not allowed in:|work= (bantuan)
  25. ^Winamp DevelopersDiarkibkan 2010-07-17 diWayback Machine.AOL,AOL Developers Network. 4 Januari 2008. Diterima pada 28 Mac 2010.
  26. ^Robertson, Michael; Simpson, Ron (1999) The official MP3.com guide to MP3.MP3.com.ISBN 978-0967057408. Retrieved March 28, 2010.
  27. ^NotSoFatso NSF Player Plugin
  28. ^Nezplug/Nezplug++ GBS Winamp Plugin
  29. ^Several GSF-compatible Winamp Plugins
  30. ^abcChipamp Winamp Plugin bundle.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]

Templat:Time Warner

Jenis grafik
Media digital
Pemain media
Teknologi Microsoft Windows
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Winamp&oldid=5577817"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp