William Farquhar | |
|---|---|
Lukisan minyak kanvas,c. 1830 | |
| Residen British Melaka ke-6 selepas pendudukan Belanda | |
| Dalam jawatan 1808–1818 | |
| Raja | George III (1760–1820) |
| Didahului oleh | Willem Jacob Cranssen, Pemerintah Belanda |
| Digantikan oleh | Jan Samuel Timmermann Thijssen, Pemerintah Belanda |
| Residen British Pertama ke Singapura (1819-1826) | |
| Dalam jawatan 7 Februari 1819 – 1 Mei 1823 | |
| Raja | George III (1760–1820) George IV (1820–1830) |
| Digantikan oleh | Dr.John Crawfurd |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 26 Februari 1774 Newhall,Aberdeenshire,Scotland |
| Meninggal dunia | 11 Mei 1839(1839-05-11) (umur 65) Perth, Scotland |
| Kewarganegaraan | British |
| Bidang pengkhususan | Pemerintahan kolonial |
Mejar-JeneralWilliam Farquhar (26 Februari 1774 - 11 Mei 1839) merupakan seorang kakitanganSyarikat Hindia Timur Inggeris, dan Residen serta Komandan pertamaBritish untukSingapura.
Farquhar dilahirkan diNewhall,Aberdeenshire, berhampiranAberdeen,Scotland pada tahun 1774[1], dan menyertai Syarikat Hindia Timur sebagai kadet ketika berusia 17 tahun. Tiba diMadras pada 19 Jun 1791. Pada 22 Jun 1791, beliau dinaikkan pangkat dalam JuruteraMadras. Pada 16 Ogos 1793, beliau menjadi Leftenan di Jurutera Madras.
Farquhar menjadi Ketua Jurutera semasa ekspedisi menawanMelaka dariBelanda pada 18 Ogos 1795. Pada 1 Januari 1803, beliau menjadi Kapten penuh. Dari 1808, beliau bertindak sebagaiResiden Melaka. Pada 26 September 1811 dilantik secara rasmi Residen dan Komandan Melaka pada Disember 1813. Beliau menjaga hal ehwal Melaka sehinggalah Belanda kembali pada September 1818. Semasa tempoh itu, beliau terlibat dalam pencerobohan British ke atas tanah Jawa yang diketuai oleh Gabenor JeneralLord Minto dan SirStamford Raffles pada bulan Ogos 1811. Dia boleh bercakap Melayu , berkahwin dengan seorang gadis Melaka,Clement Nonio dan mereka mempunyai enam kanak-kanak dan dikenali sebagai Raja Melaka.
Selaku jurutera, reputasi beliau berjaya sebagai Residen Melaka dan didiluluskan oleh British dari Belanda. Tugas beliau ialah merobohkan semua struktur kota binaanPortugis iaitu kotaA Famosa. Dia meletupkan kubu pertahanan dengan serbuk bedil yang sebelum itu gagal diruntuhkan.
Pengalaman mendalam mengenai politikRiau-Lingga, Farquhar membantu Sir Stamford Raffles mendapatkan pulau diSingapura. Pada 30 Januari 1819 beliau membantu berunding dengan penghulu tempatan Temmengong Abdul Rahman Johor. Perjanjian rasmi pada 6 Februari 1819 antara Raffles dengan Temenggong danSultan Hussein Muhamad Shah, yang mengesahkan hak British untuk menubuhkan sebuah pos perdagangan di Singapura.
Pada 7 Februari 1819, Raffles melantik Farquhar sebagai Residen Singapura yang pertama dan membangunkannya mengikut pelan khusus Raffles. Kuasa Farquhar berkekalan selama empat tahun. Beliau dilantik sebagai Residen British yang pertama dan Komandan Singapura, (1819 - 1823) . Farquhar memperkenalkan sistem perdagangan bebas atau 'laissez-faire'. Beliau membangunkan tebing utara-timurSungai Singapura. Singapura berkembang maju menjadi sebuah bandar kosmopolitan.Komunikasi dengan Raffles diBangkahulu danSyarikat Hindia Timur diCalcutta amat kurang. Selama tiga tahun, Singapura dibangunkan sendiri diterajui oleh Farquhar.
Pada 9 Mei 1821, William Farquhar dipecat kerana melanggar arahan - arahan Raffles, terutamanya membenarkan pembinaan rumah-rumah di Padang dan di tebing berhampiran Sungai Singapura. Apabila Raffles kembali, dia meradang kerana rancangannya telah diabaikan , maksiat bertambah , perdagangan candu meningkat dan hamba dibiarkan. Beliau kemudiannya menyingkirkan Farquhar, yang pada mulanya enggan berundur. Beliau dipecat pada 1 Mei 1823 dan diganti oleh Residen ke-2, DrJohn Crawfurd. Beliau kekal di Singapura untuk beberapa bulan.
Farquhar bersara diPerth,Scotland pada 1829. Dia membeli dua rumah diGeorgia (satu untuk adiknya, Kapten tentera laut) dan membina sebuah dewanbiliard.Dia berkahwin lagi, dan meninggal dunia pada tahun 1839. Kuburnya terletak diGreyfriars Kirkyard,Perth.
Antara 1819 dan 1823, Farquhar mengarahkan seorang artis Cina melukis flora dan fauna tempatan. Sebanyak 477 lukisan cat air bertema tumbuh-tumbuhan, mamalia, burung, reptilia, ikan dan serangga yang ditemui diMelaka danSingapura.Lukisan-lukisan itu dibuku dan diterbitkan pada 1999 oleh Editions Didier Millet dan Muzium Nasional Singapura pada tahun 2010 .
Pada majlis perpisahan beliau pada 27 Disember 1823, Kolonel William Farquhar menerima plat berniolai 3000 sicca rupee sebagai hadiah perpisahan. Selepas itu, beliau berlepas dari Singapura ke Melaka,Pulau Pinang dan dalam perjalanan pulang singgah diCalcutta dan terus keEngland. Populariti Farquhar di kalangan masyarakat Asia dan Eropah di Singapura dicatat olehMunshi Abdullah bin Abdul Kadir, dalamHikayat Abdullah.
Pada akhir Disember 1823,laporan akhbar Calcutta menceritakan beliau telah diiringi ke pantai oleh kebanyakan penduduk Eropah. Beliau belayar dalam kapal, "Alexander".
Beliau meninggal dunia diPerth, Scotland.