Wilayah Luar Negeri British (juga dikenali sebagaiWilayah Seberang Laut British)[a] atau secara alternatifnyaWilayah Luar Negeri United Kingdom (atauWilayah Seberang Laut United Kingdom)[b] ialah 14 buahwilayah di bawah bidang kuasa dan kedaulatanUnited Kingdom.[1][2] Wilayah tersebut merupakan sebahagian daripadaEmpayar British yang tidak beroleh kemerdekaan atau telah memilih untuk kekal sebagai wilayah British dan mereka bukanlah sebahagian daripada United Kingdom. Kebanyakan wilayah tersebut mempunyai pemerintahan sendiri dengan United Kingdom bertanggungjawab dalam hal ehwal pertahanan dan hubungan asing, manakala selebihnya tidak berpenduduk atau mempunyai penghuni sementara yang terdiri daripada anggota tentera atau masyarakat saintifik. Mereka berkongsiketua negara yang sama iaitu BagindaRatuElizabeth II (terkini).
Istilah "Wilayah Luar Negeri British" diperkenalkan oleh Akta Wilayah Luar Negeri British 2002, menggantikan istilah Wilayah Tanggungan British yang diperkenalkan melalui Akta Kerakyatan British 1981. Sebelum 1 Januari 1983, wilayah-wilayah tersebut secara rasmi dirujuk sebagaiTanah Jajahan Mahkota British. Dengan pengecualian Wilayah Antartik British serta Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (yang hanya menempatkan pegawai dan kakitangan stesen penyelidikan) dan Wilayah Lautan Hindi British (digunakan sebagai pangkalan tentera), wilayah-wilayah lain mempunyai populasi awam yang tetap. Penduduk tetap untuk 7,000 orang atau lebih yang menetap di Kawasan Pangkalan Berdaulat Akrotiri dan Dhekelia adalah terhad untuk rakyat RepublikCyprus.
Walaupunwilayah tanggungan mahkotaJersey,Guernsey danPulau Man juga berada di bawah kedaulatan pemerintahan beraja British, mereka berada dalam hubungan perlembagaan yang berbeza dengan United Kingdom.[3][4] Wilayah luar negeri dan wilayah tanggungan diraja juga berbeza denganalam Komanwel, satu kumpulan yang terdiri daripada 15 buah negara merdeka (dan United Kingdom) di mana Ratu Elizabeth II merupakan ketua negara mereka, dan daripadanegara-negara Komanwel, sebuah persatuan yang terdiri daripada 52 buah negara yang kebanyakannya mempunyai hubungan bersejarah denganEmpayar British (yang juga merangkumi semua alam Komanwel).
^"Supporting the Overseas Territories". Kerajaan UK. Dicapai pada8 November 2014.There are 14 Overseas Territories which retain a constitutional link with the UK. .... Most of the Territories are largely self-governing, each with its own constitution and its own government, which enacts local laws. Although the relationship is rooted in four centuries of shared history, the UK government's relationship with its Territories today is a modern one, based on mutual benefits and responsibilities. The foundations of this relationship are partnership, shared values and the right of the people of each territory to choose to freely choose whether to remain a British Overseas Territory or to seek an alternative future.
^"What is the British Constitution: The Primary Structures of the British State". The Constitution Society. Diarkibkan daripadayang asal pada 6 Oktober 2014. Dicapai pada15 November 2014.The United Kingdom also manages a number of territories which, while mostly having their own forms of government, have the Queen as their head of state, and rely on the UK for defence and security, foreign affairs and representation at the international level. They do not form part of the UK, but have an ambiguous constitutional relationship with the UK.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)