"Bayangkan sebuah dunia yang mana setiap seorang dalamnya diberikan capaian bebas kepada semua pengetahuan. Itu yang kita lakukan."—Jimmy Wales Wikipedia ialah sebuahensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa, danjutaan orang telah melakukannya.
Tujuan Wikipedia ialah untuk memberi faedah kepad pembaca dengan mempersembahkan maklumat dalam semua cabangpengetahuan. Disemang olehYayasan Wikimedia, Wikipedia mengandungi kandungan boleh sunting yang bebas, dengan rencana-rencana yang kebiasaannya mengandungi sejumlah pautan untuk memandu pembaca kepada lebih banyak maklumat.
Ditulis secara kerjasama oleh para sukarelawan dikenali sebagaiWikipediawan, rencana Wikipedia boleh disunting oleh sesiapa yang mempunyaicapaian internet, kecuali dalamkes tertentu yang mana penyuntingan disekat bagi mengelakkangangguan ataulaku musnah. Sejak penciptaannya pada15 Januari 2001 dalam edisi Inggeris dan 26 Oktober 2002 dalamedisi Melayu, ia telah berkembang menjadilaman web rujukanterbesar dunia, menariklebih ratusan juta pengunjung setiap bulan. Wikipedia kini mempunyai lebih enam puluh-limaan juta rencana dalamlebih 300 bahasa, termasuk 434,715 rencana dalamBahasa Melayu, dengan 2,780 penyumbang aktif sepanjang bulan lalu.
Prinsip asas Wikipedia dirumuskan dalamlima tonggaknya. Dalam padakomuniti Wikipedia membangunkan banyakdasar dan panduan, penyunting baharu tidak perlu untuk tahu semuanya sebelum mula menyunting.
Sesiapa bolehmenyunting teks, data, rujukan dan gambar Wikipedia. Kualiti kandungan lebih penting berbanding kemahiran sesiapa yang menyumbangnya. Kandungan Wikipedia hendaklah mematuhidasarnya, termasuk menjadiboleh disahkan olehsumber yang boleh dipercayai yang telah terbit. Sumbangan berdasarkanpandangan peribadi, kepercayaan, atau pengalaman peribadi,penyelidikan yang belum diulas, bahan fitnah, danpelanggaran hak cipta tidak dibenarkan, dan akan disingkirkan. Perisian Wikipedia menjadikan ia mudah membalikkan kesalahan, dan memberi pengalamanpenyuntingmemantau danmeronda suntingan buruk.
Wikipedia berbeza daripada rujukan bercetak dalam cara yang penting. Sesiapa boleh dengan segera menambahbaiknya, menambah maklumat berkualiti, membuang maklumat salah, dan membaiki kesalahan danlaku musnah. Memandangkan Wikipedia secara berterusan dikemas kini, rencana berencyclopedia mengenai peristiwa besar terkini muncul dalam beberapa minit.
Untuk lebih 24 tahun, penyunting telah dengan sukarelanya menggunakan masa dan bakat mereka untuk mencipta sejarah ensiklopedoa palih menyeluruh dengan menyediakan rujukan dan sumber lain kepadapenyelidik seluruh dunia (lihatResearching with Wikipedia). Rumusannya, Wikipedia telah menguji kebijaksanaan orang ramai sejak 2001 dan telah didapati berjaya.
Untuk mula menyunting, ketik mudah butangSunting atauSunting sumber atau ikon pensel
di bahagian atas mana-mana laman atau seksyen yangtidak dilindungi.
Wikipedia ialah projekYayasan Wikimedia, sebuah pertubuhan bukan untung yang turut mengendalikan beberapaprojekBahasa Melayu, serta pelbagai bahasa yang lain.