Wikipedia (Jawi: ويكيڤيديا) ialah sebuahensiklopedia yang boleh diubah suai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisianwiki. Wikipedia dikendalikan olehYayasan Wikimedia yang tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada khidmat yang diberikan. Sebagai tambahan kepada matlamat ensiklopedia iaitu untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan denganalmanak danjurnal, dan jugaperkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya. Tiada seorang pun yang dapat memiliki maklumat yang terdapat dalamnya dan tiada rencana yang akan ditamatkan. Satu lesen yang dikenaliGFDL telah dicipta untuk memastikan setiap orang mengakui bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memperbaiki setiap rencana.
Wikipedia berkandungan terbuka, bermaksud ia boleh digunakan secara bebas, boleh disunting secara bebas, dan bebas untuk disalin dan disebarkan. Ringkasnya, Wikipedia ialah kerja keras yang unik yang tidak wujud dalam ensiklopedia tradisional. Ia mempunyai sistem baik pulih sendiri dalam perjalanannya melalui cabaran-cabaran ini.[3]
Wikipedia bermula sebagai projekBahasa Inggeris pada 15 Januari 2001, dan kemudiannya mendapat bahasa lainnya yang pertama,Perancis, pada 23 Mac 2001.Wikipedia bahasa Melayu pula bermula pada 28 Januari 2003. Terdapat banyak usaha yang telah terlibat untuk membuatkannyaberbilang bahasa, dan pada masa ini ia telah mengandungi lebih 18 juta rencana dan lebih 4 juta ialah rencana dalambahasa Inggeris.[4]0507166
Gagasan untuk mengumpulkan semua pengetahuan seluruh dunia di satu tempat boleh dikesan semula kepada sejarahPerpustakaan Alexandria danPergamon. Idea moden untuk ensiklopedia am bercetak hanya bermula kembali dengan ahli ensiklopediaDenis Diderot dan padaabad ke-18. LihatEnsiklopedia untuk keterangan lanjut.
Dengan pembangunanInternet, ramai orang yang cuba membangunkan projek ensiklopedia dalam talian. LihatProjek ensiklopedia internet. Penyokongperisian percuma,Richard Stallman telah menulis kebaikanFree Universal Encyclopedia and Learning Resource pada1999. Beliau telah menerangkan maklumat Wikipedia sebagai "berita yang mengujakan," danFree Software Foundation memberikan perangsang kepada orang ramai "untuk melawat dan menghantar ke laman ini".
Sifat penting
Terdapat tiga sifat penting untuk projek Wikipedia, yang menerangkan fungsinya padaJaringan Sejagat:
Satu isu yang kerap diperkatakan di Wikipedia ialah "vandalisme" atau laku musnah, iaitu membuat kerosakan terhadap rencana. Sebagai contoh,Sarah Lane, penyampai "Sarah's Blog Report", sebahagian program TVThe Screen Savers diTechTV, "melaku musnah" laman Wikipedia mengenaimonkeypox semasa bersiaran langsung[5] - hingga menyebabkan peningkatan laku musnah pada laman tersebut oleh penonton rancangan TV itu. Lane kemudian menulis "Walaupun ia mengujakan saya disebabkan oleh kemudahan dan keringkasannya, ia menakutkan saya serba sedikit. Maksud saya jika saya sebaliknya menulis 'Majikan saya seorang yang gemuk gedempol **** dan no. telefonnya ialah ****'? Tentunya seseorang akan memadamkannya, tetapi ini memerlukan moderator yang berdedikasi."[6]
"Disebabkan Wikipedia adalah percuma, projek terbuka, ia menarik unsur anarki,"Larry Sanger, pengasas bersama Wikipedia, mengakui kepadaWired News. "Walaupun begitu, kebanyakan kita mahu mengambil pendekatan memerangi vandalisme ... dan membuangnya dengan segera."
Menurut rencana Wall Street Journal pada Februari 2004, pengkaji telah menjumpai bahawa setiap kerja vandalisme kerap kali dibaiki:Kajian yang terbaru oleh sekumpulanIBM menjumpai bahawa kebanyakan vandalisme yang dilakukan di Wikipedia telah diperbaiki hanya dalam masa lima minit. Begitu pantas: "Kami terkejut akan bagaimana kerapnya kami menjumpai perbuatan vandalisme, dan terkejut sekali lagi bagaimana cepatnya ia diperbetulkan," kata Martin Wattenberg, seorang pengkaji di IBM TJ Watson Research Centre, di Cambridge, Mass.[7]
Polisi
Setiap orang/pihak yang mengambil bahagian dalam Wikipedia akan ditakrifkan sebagai pengguna atau (Ahli Wikipedia). Dan pengguna/ahli Wikipedia ini biasanya mematuhi, dan dipaksa mematuhi, beberapa ketetapan penting yang terkandung dalamWikipedia:Dasar dan garis panduan.
Pertamanya, kerana terdapat berbagai-bagai jenis pengguna yang mengambil bahagian dalam Wikipedia yang mempunyai pelbagaiideologinya tersendiri yang hadir dari seluruh dunia, Wikipedia bertekad untuk membuatkan semua rencananyakurang berat sebelah sebaik mungkin. Bagaimanapun, terdapat kritikan daripada pihak tertentu yang mengatakan terdapatnya kewujudan suatu agenda yang digelar "berat sebelah bersistematik" yang dibikini oleh para peserta mampu mewarnai nilai keberkecualian sesuatu rencana. Matlamat mereka adalah untuk menulis rencana dari satu sudut pandangan sahaja, sudut pandangan bersifatobjektif — pemahaman ini merupakan pemahaman yang salah, dan sewajarnya warga Wikipedia menanganinya menurut peruntukan dasar dan garis panduan yang tersedia.
Keduanya, perlu mengikutidasar penamaan tajuk rencana; sebagai contoh, apabila terdapatnya kewujudan beberapa nama untuk sesuatu subjek khusus, nama yang menjadi kebiasaan oleh Wikipedia akan diguna pakai.
Ketiganya, pengguna/ahli Wikipedia diperlukan untuk menggunakan laman perbincangan atau laman setara dengannya bagi memperkatakan sesuatu perubahan yang berlaku terhadap sesuatu rencana atau laman. Hal ini semestinya lebih berhemah berbanding berbincang mengenai sesuatu perkara berbangkit hanya dalam rencana tersebut sendiri.
Keempat, terdapat beberapa kemasukan yang tidak begitu digalakkan untuk membentuk rencana ensiklopedia ini. Contohnya, definisi kamus dan semua sumber bahan tambahan seperti teks undang-undang serta ucapan tidak diterima. (Walau bagaimanapun, beberapa projek kembar Wikipedia, sepertiWiktionary andWikisource, direka sebagai tempat menyimpan untuk menyimpan pengetahuan yang bernilai, seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini, yang tidak begitu tepat dimasukkan ke dalam Wikipedia.)
Kelima, terdapat berbagai-bagai larangan yang kadang-kala bertentangan dengan petunjuk, polisi, dan tingkah laku kebiasaan yang telah dipraktikkan dan disahkan praktisannya oleh komuniti Wikipedia secarasepersetujuan bersama. Apabila sesuatu peraturan itu dicabar atau diabaikan, ia akan diputuskan satu perkara demi satu perkara sama ada untuk mengenakan peraturan yang lebih ketat atau tidak.
Perseorangan
Wikipedia telah disunting oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Wikipedia menamakan orang yang menyuntingnya sebagaiWikipedian (orang Wikipedia).
Tidak ada istilah untuk ketua editor (penyunting). Dua orang yang telah membentuk Wikipedia ialahJimmy Wales (CEO syarikat kecil Internet Bomis, Inc.) danLarry Sanger. Nama domain Wikipedia.com telah didaftarkan di bawah nama Wales. Untuk 13 bulan yang pertama, Sanger telah dibayar oleh Bomis untuk bekerja di Wikipedia. Sanger telah dikatakan seringkali menjadi perantara dan membuat keputusan berkaitan isu-isu yang hangat didebatkan. Hal ini bukanlah berasaskan kepada autoriti rasmi tetapi berdasarkan permintaan daripada pengguna-pengguna secara keseluruhannya. Dana habis untuk bayaran kedudukannya, mendorongnya berhenti pada Februari 2002. Pekerja semasa dan masa lalu Bomis yang membuat kerja[Penjelasan diperlukan] pada ensiklopedia termasuk Tim Shell, salah seorang pengasas bersama Bomis, yang juga termasuk pengatur cara Jason Richey dan Toan Vo.
Perisian dan perkakasan
Versi asal perisian wiki yang digunakan oleh Wikipedia ialahUseModWiki yang ditulis olehClifford Adams ("Fasa I"). Pada mula-mulanya, ia memerlukanCamelCase untuk mencipta pautan; tidak lama kemudian, kaedah pautan dengan tanda kurung kembar yang kini digunakan diperkenalkan. Pada Januari 2002, Wikipedia mula dikendalikan denganperisian wikiPHP yang didasarkanpangkalan dataMySQL. Perisian ini yang menambahkan banyak ciri (dan membatalkan tindakan kata-kata CamelCase menjadi pautan secara automatik), ditulis khusus untuk projek Wikipedia olehMagnus Manske ("Fasa II"). Tidak lama kemudian, tapak itu beransur-ansur menjadi perlahan sehingga penyuntingan hampir tidak dapat dilakukan; banyak kali pengubahsuaian kepada perisian itu hanya memberikan penyelesaian sementara. Kemudian,Lee Daniel Crocker menulis semula seluruh perisian; versi yang baharu yang merupakan suatu peningkatan utama yang telah digunakan sejak Julai 2002; perisian "Fasa III" ini kini dipanggilMediaWiki. Sejak itu,Brion Vibber telah bertanggungjawab atas tugas membetulkan pepijat dan menalakan prestasi pangkalan data.
Pada akhir 2003, komputer pelayan yang perlahan menjadi masalah yang serius untuk penyumbang-penyumbang Wikipedia. Ramai antara mereka mendapat masalah menyunting rencana disebabkan oleh habis masa ("time-out") dan kelembapan yang luar biasa. Terdapatnya masalah ini kerana cuma terdapat satu pelayan sahaja yang melayan semua ahli Wikipedia pada satu-satu masa.
Projek ini sekarang berjalan di sembilan komputer pelayan yang tersendiri yang terletak diFlorida. Tatarajah baru sekarang termasuklah satu pelayan pangkalan data dan empat pelayan web, yang memberikan laman yang diminta, membuat peredaran untuk semua Wikipedia. Untuk menambahkan kelajuan, laman pengguna akan disimpan dalam sistem fail sehingga apa yang dipapar adalah tidak sah, membolehkan pemaparan laman diabaikan untuk keseluruhan laman yang paling kerap dicapai. Permintaan laman yang telah disimpan dilayan oleh dua pelayan Squid; pelayan-pelayan tersebut dihubungkan antara satu sama lain melalui dua sistem fail pelayanNFS (satu sebagai simpanan kecemasan - komputer pelayan NFS utama juga sekarang ini digunakan sebagai pelayan e-mel).
Wikiquote, sebuah ensiklopedia petikan kata percuma
Wikisource, repositori sumber teks dalam pelbagai bahasa yang sama ada dalam alam awam "public domain" atau dibebaskan di bawah GFDL.
Memuat turun pangkalan data
Jikalau ada individu mahu menggunakankandungan terbuka Wikipedia untuk sesuatu yang tidak begitu sesuai untuk digunakan di Wikipedia, mereka bolehmemuat turun versi terbaharu bagi keseluruhan pangkalan data rencana untuk digunakan bagi pelbagai tujuan, sebagaimana yang terdapat dalam terma GFDL.[4]
Beberapa tapak web, seperti "4reference.net" dan "nationmaster" telah menggunakan bayangan ("mirror") atau cabang ("fork") kandungan Wikipedia.
Anugerah yang telah diterima
2004
Mei
Memenangi Anugerah Golden Nica untuk Komuniti Digital bagi pertandingan tahunanPrix Ars Electronica. Anugerah ini didatangkan sekali dengan hadiah tunai €10,000 (£6,588; $12,700), bantuan dan jemputan ke Festival PAE Cyberarts diAustria pada kemudian hari tahun itu.
Dihakimi bagiAnugerah Webby bagi kategori "komuniti".[8] Wikipedia juga dicalonkan untuk anugerah "Best Practices" Webby.
2007
26 Januari 2007: dianugerahkan kedudukan dalam 4 jenama tertinggi oleh sidang pembaca brandchannel.com. Melalui undian yang dijalankan, Wikipedia telah menerima sebanyak 15% undi bagi jawapan kepada soalan; "Manakah jenama yang paling tinggi memberi impak kepada kehidupan kita dalam tahun 2006?"[9]
^Kaplan Andreas, Haenlein Michael (2014) Collaborative projects (social media application): About Wikipedia, the free encyclopedia. Business Horizons, Volume 57 Issue 5, pp.617-626
^"Webby Awards 2004". The International Academy of Digital Arts and Sciences. 2004. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada2007-06-19.
IBM History Flow: Technical experiment on "visualizing dynamic, evolving documents and the interactions of multiple collaborating authors". Menggunakan pelbagai rencana Wikipedia sebagai maklumat contoh.