Permainan konsol Nintendo itu mendapat sambutan menggalakkan apabila ia habis dijual sebaik diperkenalkan. Malah jumlah stok yang ditawarkan kepada peminat bagi permainan konsol Wii itu melebihi pesaingnya, Sony Playstation 3 (PS3) walaupun diperkenalkan dua hari lebih awal.
Nintendo menyasar untuk menarik minat pelbagai segmen pengguna termasuk mereka yang tidak berminat dengan permainan konsol.
Kelengkapan Wii didatangkan dengan sistem kawalan sensitif pergerakan apabila ia berkesan dalam udara sekeliling seperti menggunakannya sebagai raket tenis, kayu golf, senjata dan malah pedang yang bergantung kepada jenis permainannya.
Wii menjadi konsol yang termurah semasa dilancarkan jika dibandingkan dengan pesaingnya. DiJepun Wii dijual dengan harga JP¥25,000, diAmerika Syarikat (US$249.99),Kanada (CAD$279.95),Australia (AUD$399.95) danUnited Kingdom (GB£179).