Wi-Fi (juga dikenali sebagaiWiFi) merupakan piawai untukrangkaian kawasan setempat tanpa wayar menerusiWLAN iaituWireless Local Area Network. Wi-Fi membenarkan alat elektronik untuk bertukar data atau bersambung ke internet dengan menggunakan gelombang radio 2.4 GHzUHF dan 5 GHzSHF. Nama Wi-Fi sering dianggap sebagai singkatanwireless fidelity, tetapi sebenarnya merupakantanda dagangan dan digunakan dengan terma audiophile Hi-Fi.Wi-Fi Alliance mentakrifkan Wi-Fi sebagai mana-mana produk WLAN yang berdasarkanpiawaian 802.11Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.[1]
Produk yang berdaftar boleh menggunakan logo rasmi Wi-Fi yang juga bermakna produk tersebut boleh beroperasi dengan mana mana produk yang mempunyai logo yang sama. Logonya sendiri diciptakan olehInterbrand Corporation dengan gayayin yang. Interbrand memiliki hubungan kerja sama denganWi-Fi Alliance.
Kelebihan Wi-Fi ialah ia berasaskan piawaianIEEE 802.11, manakala jarak capaian juga jauh iaitu antara 75 hingga 125 meter.
Asal-usul teknologi 802.11 dapat dijejaki dalam keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (US Federal Communications Commission) pada 1985 yang membiarkan jalur ISM digunakan tanpa lesen. NCR Corporation bersama-sama AT&T Corporation—pada tahun 1991—mereka pelopor bagi 802.11 yang bertujuan untuk digunakan dalam sistem juruwang. Produk wayarles pertama bernama WaveLAN.
Vic Hayes digelar oleh sesetengah orang sebagi "bapa Wi-Fi" atas penglibatannya dalam merunding piawaian awal dalam IEEE semasa mempengerusikan kumpulan kerja terbabit.