Dalam mitologi Mesir,Wepwawet (hieroglifwp-w3w.t; juga diejaUpuaut,Wep-wawet,Wepawet,Apuat, danOphois) pada asalnya merupakan seorang dewa upacara pengebumian, perang, dan hubungan diraja. Pusatpemujaannya ialahAsyut diMesir Hulu. (Lycopolis pada zaman Yunani-Rom). Namanya bermaksudpembuka jalan dan dia sering digambarkan sebagai serigala yang berdiri di haluan bahtera matahari. Ada yang berasa Wepwawet ialah seorangpeninjau, keluar untuk membersihkan laluan untuk tentera bergerak.[1] Satu inskripsi dariSinai menyatakan bahawa Wepwawet "membuka jalan" kepada kemenangan raja Sekhemkhet.[2]
Wepwawet asalnya dewa serigala, dengan pusat pemujaannya diLycopolis, (bermaksudkota serigala dalam bahasa Yunani). Dia salah seorang dewa Mesir terawal yang dicatat. Wepwawet banyak dikaitkan dengan kerabat diraja dan firaun (Wajah aku adalah seperti Upwawet, Teks Piramid), melambangkan dan melindungi kebangkitan kuasa mereka, menemani mereka memburu (memberikan dia digelaran[yang mempunyai] anak panah tajam yang lebih perkasa daripada para dewa) atau dalam perjalan firaun ke Duat, atau akhirat.[3]
Standard dengan patung dewa Wepwawet, antara 722 dan 332 SM,Zaman Akhir Mesir purba . Museo Egizio, Turin, Itali.
Lama kelamaan, kaitannya dengan peperangan dankematian membuat Wepwawet juga dipandang sebagai pembuka jalan ke, dan melalui,Duat, untuk roh si mati. Kerana ini dan persamaanjakal dengan serigala, Wepwawet dikaitkan denganAnubis, dewa yang dipuja di Asyut, dan akhirnya mereka dianggap bersaudara. Dia mempunyai kepala serigala dan kadangkala jakal, seperti Anubis. Dia juga dikatakan anak kepadaSet. Akibatnya, Wepwawet sering dikelirukan dengan Anubis.[2] Dewa ini terdapat diKuilSeti I di Abydos.[2]
Dalam seni Mesir lewat, Wepwawet digambarkan sebagai serigala atau jakal, atau lelaki dengan kepala serigala atau jakal. Walaupun dianggap seekor jakal, Wepwawet biasanya digambarkan dengan bulu kelabu atau putih, menunjukkan yang dia seekor serigala. Jarang sekali dia digambarkan dalam bentuk manusia sepenuhnya. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan pendapat akademik jika warna kelabunya sahih dengan beberapa sarjana mempertikaikan hal ini dan menyatakan dia paling kerap digambarkan dengan bulu hitam, seperti Anubis. Percanggahan warna ini paling kerap dikatakan terjadi kerana kelusuhan pigmen, atau variasi pigmen yang dipilih oleh pelukis (untuk Wepwawet, Anubis dan dewa-dewa jakal lain sepertiDuamutef[4]).
Dia kadangkala digambarkan berpakaian askar, serta membawa peralatan ketenteraan yang lain —cokmar dan busur.
Untuk memuji firaun, terciptalah cerita bahawa Wepwawet dilahirkan di tempat istimewa diMesir Hilir. Tempat ini ialah kuilWadjet, dewi tertua Mesir Hilir, terletak di tengah-tengah Mesir Hilir. Kerana kisah ini, Wepwawet, yang sebelum ini hanya dikaitkan denganMesir Hulu, menjadi bahagian penting dalam istiadat-istiadat firaun. Dia melambangkan penyatuan Mesir.
DalamTeks Piramid kemudiannya, Wepwawet dipanggil "Ra" yang telah naik dari kaki langit, mungkin sebagai "pembuka" langit.[2] Dalam konteks pengebumian Mesir kemudiannya, Wepwawet membantu dalamupacara pembukaan mulut dan membimbing si mati kealam ghaib.[2]
DalamCrusader Kings III, dewa Wepwawet ialah dewa tertinggi kepercayaan Kordofan.[5]
Wepwawet ialah dewa peribadi Thu, watak utama dalam siri bukuLady of the Reeds oleh pengarang Kanada, Pauline Gedge (House of Dreams, 1994; dan House of Illusions, 1996).
Spesies mana yang orang Mesir Purba guna untuk haiwansꜢb/sAb (jakal/serigala) tidak betul-betul pasti. Walau bagaimanapun, pakar percaya bahawa salah satu spesies yang mungkin ialahserigala Afrika, juga dikenali sebagaiCanis lupaster. Haiwan ini dikatakan menjadi ilham banyak dewa Mesir Purba, termasuk Wepwawet.[6] Beberapa spesies lain yang telah dicadangkan ialahjakal belakang hitam, juga dipanggil serigala belakang perak (C. mesomelas atauLupulella mesomelas), danjakal keemasan (Canis aureus).
Pembiakan antara spesies yang berbeza, seperti jakal Afrika dan spesies serigala, mungkin telah berlaku. Sesetengah orang percaya mungkin terdapat spesies yang mempunyai ciri daripada jakal dan serigala Afrika, seperti gabunganC. aureas danC. lupus lupaster, yang dipanggilCanis aureus lupaster.[7]
^Pat Remler,Egyptian Mythology A to Z: A Young Readers Companion, Facts on File Inc., 2000. p. 170 Note: Remler's reference only states that Wepwawet's name means 'Opener of the ways'.
^DuQuesne, Terence (1991).Jackal at the Shaman's Gate. Darengo Publications. m/s. 12.ISBN1-871266-14-9.You will ascend towards towards the sky as Horus, Upon the celestial sledge of the Opener of the Ways" [Pyramid Texts §§796-799 (Sethe)]