Phil Mendelson (D), Pengerusi Anita Bonds (D), Besar Christina Henderson (B), Besar Robert White (D), Besar Elissa Silverman (B), Besar Brianne Nadeau (D), Wad 1 Brooke Pinto (D), Wad 2 Mary Cheh (D), Wad 3 Brandon Todd (D), Wad 4 Kenyan McDuffie (D), Ward 5 Charles Allen (D), Wad 6 Vincent C. Gray (D), Wad 7 Trayon White (D), Wad 8
Washington, D.C. sebenarnya merupakan sebuah bandar terancang. Ia dibina khususnya sebagai ibu negara Amerika Syarikat.Daerah Columbia ditubuhkan pada16 Julai1790 sebagai daerah persekutuan seperti yang diperuntukkan dalamPerlembagaan Amerika Syarikat. Tanahnya diambil daripada negeriMaryland danVirginia. Bagaimanapun, kawasan di selatan Sungai Potomac (dalam 39 batu persegi) dipulangkan kepada Virginia pada tahun 1847. Tanah Daerah Columbia sekarang adalah kawasan yang diambil dari Maryland termasuk kawasan di Sungai Potomoc.
Washington, D.C. adalah tempat bagi banyak simbol penting Amerika Syarikat dan merupakan destinasi popular pelancongan. Antaranya adalah taman besar yang di dalamnya terletak monumen penting pemimpin Amerika Syarikat yang juga menghubungkan Rumah Putih dan bangunanKapitol. Di sini juga terdapat Monumen Washington, Memorial Jefferson, Memorial Lincoln, Memorial Franklin Delano Roosevelt, Memorial Perang Dunia Kedua, Memorial Veteran Perang Korea, Memorial Veteran Vietnam, Memorial Albert Einstein dan sebagainya.
Institut Smithsonian yang merupakan koleksi muzium-muzium percuma juga terletak di Washington, D.C. Selain itu terdapat juga muzium seni seperti Galeri Seni Kebangsaan dan Muzium Kebangsaan Seni Wanita.
Tempat menarik lain adalah National Geographic Society, Chinatown, Teater Ford (tempatAbraham Lincoln ditembak), Muzium Peringatan Holocaust Amerika Syarikat, Memorial Mangsa Komunis dan Gereja Besar Nasional Washington. Washington, D.C. juga merupakan bandar kesenian dengan banyaknya teater yang aktif dengan persembahan dari yang klasik kepada moden.
Plat kereta yang digunakan di Washington, D.C. tertulis "Taxation Without Representation" (Cukai Tanpa Perwakilan). Ia adalah satu protes kerana penduduk D.C. tidak diwakili di Kongres tetapi mereka masih dikenakan cukai. Mereka mempunyai wakil di Dewan Perwakilan dan wakil mereka boleh mengambil bahagian dalam perbahasan tetapi tidak boleh mengundi. Ironinya, Revolusi Amerika tercetus kerana 13 koloni marah dikenakan cukai tanpa mempunyai hak untuk mengundi.