Artikel ini adalah mengenai kedudukan wanita dalam Hinduisme.
Kedudukan wanita dalam teks-teks Hindu adalah amat berbeza dan bercanggah. Hinduisme memberikan tempat yang tertinggi kepada Dewi (aspek perempuan Dewa) dan pada masa yang sama mengehadkan peranan wanita kepada seorang anak, isteri dan ibu.Devi Sukta dalamRig Veda mengumumkan tenaga kewanitaan sebagai asas alam semesta ini, pencipta semua benda-benda fizikal dan kesedaran, abadi dan merangkumi segala-galanya, kebenaranmetafizik dan empirik, Roh Agung segala-galanya. Wanita juga disanjung sebagai kuasa yang hebat dan kuat dalam beberapaUpanishad, Sastras, danPurana, terutamanya dalamDevi Upanishad,Devi Mahatmya danDevi Bhagavata Purana.
Isteri dipanggil sebagai ardhangini (secara literal bermaksud ‘separuh badan’). Suami isteri dianggap sebagai dua bahagian kepada satu perkahwinan yang ideal. Isteri juga dipanggil sebagai sahadharmini yang bermaksud “pekongsi dalam kehidupan rohani”. Suami isteri harus bekerjasama untuk mencapai perkembangan kerohanian. Seorang individu dalam masyarakat Aryan diingatkan tentang matlamat akhir hidup – iaitu kesedaran Tuhan – pada setiap tahap hidupnya.
Vivaha Sukta(Rig Veda 10.25) memberikan idea tentang konsep perkahwinan Vedik. Perkahwinan dianggap sebagai suatuSamskara (perbuatan agama). Masyarakat zaman ini juga mengamalkan monogami, poligami dan sistem svayamvara[1] (seorang gadis memilih suaminya sendiri). Perkahwinan semula wanita (mungkin yang tiada anak) dibenarkan dengan adik suaminya.[2]
Wanita Hindu pada zaman ini diberikan penghormatan tinggi dalam keluarga sebagai ibu dan isteri.[3] Golongan wanita juga diberikan kebebasan untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Malah, dalam kalanganRishi juga terdapat wanita-wanita (dinamakan sebagai 'Rishika').Rig Veda sendiri mempunyai hampir 30 Rishika.
Mahabharata, epik klasik India memaparkan keadaan masyarakat Hindu dalam zaman Dwapara. Epik ini melibatkan kisahDraupadi, isteri bersama lima orang puteraPandava. Teks Mahabharata sendiri memberikan pelbagai reaksi yang bertentangan tentang perkahwinan ini. Amalan berkongsi isteri dalam kalangan adik-beradik dikenali sebagai poliandri.
MenurutSwami Vivekananda:
"Anda tahu, dalam setiap masyarakat terdapat tahap-tahap perkembangan. Di sebalik epik ini, terdapat gambaran yang menakjubkan tentang zaman sejarah purba. Penulis puisi ini menyebut fakta tentang lima bersaudara yang berkahwin dengan wanita yang sama, tetapi dia cuba mengaburkannya, mencari alasan dan sebab untuk tindakan sedemikian: ia adalah perintah ibu, ibu yang merestui pertunangan aneh ini, dan sebagainya. Anda tahu, dalam setiap bangsa terdapat satu tahap tertentu dalam masyarakat yang membenarkan poliandri — semua saudara dalam satu keluarga akan berkahwin dengan seorang isteri bersama. Kini, ini jelas merupakan gambaran masa lampau yang berlandaskan poliandri."[4]
Epik Mahabharata merakamkanDharma atau etika seorang lelaki seperti berikut:
Walaupun dalam keadaan marah, seorang lelaki tidak patut melakukan sesuatu yang mendukakan isterinya kerana kebahagiaan, kegembiraan, kebaikan dan segala-galanya bergantung kepada isterinya.
Wahai raja, menurut kitab-kitab suci, seorang anak perempuan adalah setaraf dengan seorang anak lelaki.
Sita merupakan ideal wanita Hindu. Kausalya, Sumitra, Tara, Mandodari,Sabari, dan Kaikeyi adalah antara wanita-wanita hebat yang disebut dalam epik ini.
Kisah Savitri dirakamkan dalam epik Mahabharata.Swami Vivekananda memuji Savitri dan menyatakan begini: "Ini adalah kisah Savitri, dan setiap gadis di India mesti bercita-cita untuk mengikuti jejak Savitri. Cintanya tidak mengalah di hadapan kematian. Dengan cintanya yang hebat, Savitri mendapatkan kembali nyawa suaminya daripadaYama, (Raja Maut)."
Amalan membunuh diri secara beramai-ramai untuk menyelamatkan diri daripada musuh adalah suatu tradisi dalam kalangan wanita-wanita Rajputana.
Niyoga (Sanskrit: नियोग) adalah satu tradisi purba Hindu, di mana seorang wanita dibenarkan untuk melantik seorang lelaki untuk memberinya zuriat. Amalan ini hanya dibenarkan untuk seorang wanita yang telah berkahwin tetapi suaminya mandul, tidak boleh memberikan zuriat atau telah meninggal dunia tanpa zuriat. Tujuan Niyoga adalah untuk mendapatkan anak untuk pasangan suami isteri terlibat. Lelaki yang dilantik untuk melakukan Niyoga mestilah seorang yang berkelakuan baik dan dihormati. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi dalam proses Niyoga, seperti berikut:
DalamManusmṛti, Niyoga diberikan dalam IX.59-63, tetapi amalannya dihalang pada IX.64-68. Teks (IX.167) menamakan anak yang lahir melalui proses ini sebagaikshetraja, anak suami dan isteri terlibat.[6]
Epik Mahabharata memberikan dua keadaan di mana Niyoga digunakan. Permaisuri Satyavati mendesak puteranya, RishiVyasa untuk melakukan Niyoga dengan menantu-menantunya, Ambika dan Ambalika selepas kematian puteranya, Vichitravirya. Ambika dan Ambalika dan seorang dayang masing-masing melahirkanDhritarashtra,Pandu dan Vidura. Apabila Pandu disumpah agar dia akan mati sekiranya melakukan persetubuhan, kedua-dua isteri Pandu, Kunti dan Madri melahirkan lima Pandava menggunakan proses Niyoga.
https://raneenarendranath.blogspot.com/2016/06/wanita-hindu.html
https://raneenarendranath.blogspot.com/2016/08/wanita-dalam-ramayana.html