| Sejarah Iran |
|---|
Empayar Parsi Sebelum Islam Empayar Parsi Selepas Islam
Zaman Moden
|
| sunting |

Wangsa Timuriyah yang turut dikenali sebagaiGurgan,Gurkhan,Gurkānī[1][2] danKurkhan adalah sebuah wangsa Islam yang diperintah oleh keturunan Mongolia dariAsia Tengah. Ketika zaman kegemilangannya, wangsa ini meluaskan empayarnya dari Asia Tengah hingga keIran,Afghanistan, sebahagian besarIraq danKaukasus.
Pada abad ke 16, putera TamerlaneZahiruddin Babur menyerang India dan mengasaskan kerajaan Timur India. Kerajaan ini berjaya menyatukanAsia Selatan dan memerintah kawasan itu sehingga ia jatuh ke tangan Inggeris.

Empayar ini diasaskan olehTimurlang (atau ringkasnya "Timur"). Bermula tahun1363, beliau mengetuai serangan diAsia Tengah,Khorasan diIran danAfghanistan dengan bersekutu denganSamarkand (1366) danBalkh (1369). Pada tahun1370, beliau diiktiraf sebagai raja bagi empayar yang baru dibentuk ini. Atas namaChagatai Khanat, puteraGenghis Khan, Timur menyerangAsia Tengah danKhwarazme pada tahun berikutnya dan mula mara ke barat pada tahun1380. Pada tahun1389, beliau berjaya menumpaskan kerajaan Kartid diHerat dan menyerangEmpayar Parsi. Pada tahun1380, Isfahan jatuh ke tangan Timur dan apabilaShiraz berjaya ditawan beliau pada tahun1393, raja Muzaffarid terpaksa diturun takhta. Kerajaan Jalayirid yang memerintahBaghdad juga turut mengalami nasib yang sama apabila mereka kalah dalam peperangan dengan Timurlang. Pada tahun1394 atau1395, Timurlang berjaya mengalahkanAngkatan Kencana dan menguasai rantauKaukasus.Pakistan danDelhi pula dikuasai pada1398.Damsyik danAnatolia Timur berjaya ditawan pada tahun1400. Beliau menjadikanSamarkand ibu kotanya di gelar sebagaiPusat Dunia.
Ketika di penghujung riwayat empayar ini, keturunan raja Timur,Babur mendirikanEmpayar Mughal diIndia. Babur merupakan keturunan Timur daripada sebelah bapanya dan Genghis Khan daripada sebelah ibunya. Pada abad ke 17, Mughal memerintah hampir di seluruhAsia Selatan. Serangan Inggeris menamatkan pemerintahan empayar ini dan raja terakhirnya,Bahadur Shah II, melarikan diri keMyanmar
|date= (bantuan);|access-date= requires|url= (bantuan)CS1 maint: date and year (link)