Cogan kata: مرا داد فرمود و خود داور است "Marâ dâd farmoudo xod dâvar ast" "Keadilan Beliau menyuruh saya berbuat demikian, kerana Dia akan menghukum saya"[1]
Pada tahun1921, Reza Khan (kemudiannya memegang gelaranShah Reza Pahlavi), seorang pegawai tentera Iran, melancarkan rampasan kuasa terhadapDinasti Qajar. Dalam masa empat tahun sahaja, beliau menjadi penguasa paling berpengaruh di Iran. Pada tahun1925,Ahmad Shah Qajar, raja terakhir wangsa Qajar, dipaksa untuk turun takhta dan digantikan denganShah Reza Pahlavi.
Shah Reza merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Harapan beliau adalah untuk memodenkan Iran. Rancangan permodenan ini termasuklah pembangunan industri-industri berat, pembangunan infrastruktur-infrastrutur utama, pembinaan jalan kereta api, memperkenalkan sistem pendidikan awam, melakukan pembaharuan sistem kehakiman dan memperbaiki sistem kesihatan. Beliau percaya bahawa hanya kerajaan berpusat yang kuat sahaja mampu melaksanakan rencana ini,
Termasuk dalam rancangan permodenan beliau ialah penghantaran rakyat Iran (termsuklah puteranya) keEropah untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Dalam masa 16 tahun sahaja (1925 -1941), Iran mengalami pembangunan pesat dan berubah sepenuhnya kepada negara membangun. Tahap pendidikan rakyat meningkat dengan pantasnya dan sebuah kelas sosial baru tercipta iaitu kelas pertengahan yang kebanyakkannya terdiri daripada tenaga-tenaga pakar.
Namun begitu, pada pertengahan 1930-an, sikap diktaktornya semakin lama semakin dibenci rakyat Iran, terutamanya golongan ulama-ulama Iran.
Dalam proses permodenan Iran, Shah Reza cuba untuk menghalang campur tanganInggeris danKesatuan Soviet. Kontrak-kontrak untuk pembinaan infrastruktur dibahagikan sama rata sesama negara-negara barat dan beliau cuba mengelak daripada memberi kontrak kepadaInggeris danKesatuan Soviet. Namun begitu,Inggeris mengawal sepenuhnya sumber minyak Iran menerusiSyarikat Minyak Anglo-Iran tetapi kerja-kerja teknikal dibahagikan sama rata antaraJerman,Perancis,Itali dan negara-negaraEropah lain. Masalah dalam pembahagian ini mula muncul ketikaPerang Dunia Kedua dimana Inggeris dan Jerman menjadi musuh. Shah Reza mengumumkan bahawa Iran adalah negara neutral tetapi Inggeris mahukan Iran menghalau keluar semua rakyat Jerman yang sedang bekerja di dalam Iran atas alasan mereka bertindak sebagai pengintip kegiatan Inggeris di Iran. Tetapi permintaan ini ditolak Shah Reza kerana ini akan menjejaskan proses permodenan Iran.
Ketika perang dunia kedua, pada Jun1941 tenteraJerman mencerobohiRusia. Ini menyebabkanInggeris danKesatuan Soviet menjadi sekutu. Inggeris dan Kesatuan Soviet mengambil kesempatan terhadap pembinaan jalan kerata api diIran yang dapat menghubungkanTeluk Parsi denganKesatuan Soviet untuk pengangkutan keperluan ketenteraan. Pada Ogos1941, berikutan keengganan Shah Reza untuk menghalau keluar rakyat Jerman, Inggeris dan Kesatuan Soviet mencerobohi Iran dan seterusnya menangkap dan membuang Shah Reza ke luar negeri. Iran kemudiannya diletakkan dibawah kuasa negara-negara bersekutu termasuklahAmerika. Menerusi kuasa-kuasa barat ini, putera Shah Reza,Mohammad Reza Pahlavi dimahkotakan menjadi Shah Iran yang baru.
Pada Januari1942, bagi menghormati kedaulatan Iran, tentera bersekutu menandatangani perjanjian yang akan mengundurkan tentera mereka sepenuhnya dari Iran. Namun begitu,Kesatuan Soviet enggan berbuat demikian dan terus mengekalkan tentera mereka di wilayahAzerbaijan sehingga Mei1946. Ini merupakan antara beberapa peristiwa yang mencetuskanPerang Dingin antara blok-blok barat dengan blok-blok timur.
Era selepas ini menyaksikan politik Iran menjadi lebih terbuka. Lebih banyak parti-parti politik baru ditubuhkan. Tetapi isu mengenai campur tangan asing masih menjadi sebuah isu yang sensitif. Bermula pada tahun 1930-an, Iran mula memilik negarakan lapangan-lapangan minyaknya.
Mohammad Reza Pahlavi menggantikan tempat ayahandanya dan dimahkotakan pada tahun16 September,1941. Beliau berkeinginan untuk meneruskan kerja ayahandanya tetapi terdapat beberapa konflik antara beliau dengan kerajaan pusat yang dipimpin olehMohammad Mosaddegh.
Walaupun Mohammad Reza Pahlavi bersumpah untuk mengaplikasikan sistem raja berperlembagaan, tetapi secara praktiknya, beliau tidak berbuat sedemikian. Urusan-urusan dalaman negeri dicampur tangan dan ketenteraan diletakkan dibawah kekuasaan beliau. Pada tahun1949, terdapat sebuah cubaan untuk membunuh Shah Mohammad Reza tetapi cubaan ini gagal. Cubaan ini didakwa dirancang olehParti Tudeh, dan ini menyebabkan parti itu untuk dilarang sama sekali
Pada tahun1951,Majles mengumumkanMohammad Mossadegh sebagai perdana menteri Iran. Beliau kemudiannya memilik negarakan industri minyak Iran tetapi keputusan ini ditentang Shah kerana ini akan menyebabkan Iran akan kehilangan tenaga pakar asing. Shah Mohammad kemudiannya melarikan diri keluar negara dan kembali semula setelahUnited Kingdom danAmerika menggulingkanMohammad Mossadegh dimana beliau dipenjarakan oleh tentera pro-Shah.
Jentera-jentera pemerintahan Shah menggunakan badan perisikan Iran,SAVAK dan badan keselamatan Iran untuk menghancurkan kumpulan-kumpulan pembangkang.
Pada pertengahan tahun1970, dengan bergantungkan sumber minyak, Shah Mohammad Reza melancarkan projek pembangunan besar-besaran dalam rancangan beliau untuk menjadikan Iran sebuah "Tamadun Hebat". Tetapi ini menyebabkan ketidak seimbangan sosio-ekonomi penduduknya seterusnya melahirkan bangkangan terutamanya daripada golongan ulama. Maka, terbentuklah sebuah gerakan Islam yang dipimpin olehAyatollahRuhollah Khomeini untuk menamatkan kuku besi kerajaan Pahlavi dan mengembalikan semula tradisi Islam. Gerakan ini mendapat sokongan penuh penduduk Iran dan akhirnya tercetuslahRevolusi Iran atau Revolusi Islam. Pada tahun1979, Shah Mohammad Reza melarikan diri keMesir danAyatollahRuhollah Khomeini mengambil alih pemerintahan Iran seterusnya mengakhiri Dinasti Pahlavi.