Wan Ahmad Farid Wan Salleh | |
|---|---|
| Ketua Hakim Negara Malaysia ke-11 | |
| Menyandang jawatan 28 Julai 2025 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Didahului oleh | Tengku Maimun Tuan Mat |
| Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman | |
| Menyandang jawatan 28 Julai 2025 | |
| Didahului oleh | Tengku Maimun Tuan Mat |
| Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia | |
| Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | Jelaing Mersat |
| AhliDewan Negara Malaysia | |
| Dipilih olehDewan Undangan Negeri Terengganu | |
| Dalam jawatan 23 Disember 2008 – 9 April 2009 | |
| Dalam jawatan 23 Disember 2005 – 22 Disember 2008 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1962-11-13)13 November 1962 (umur 63) Kuala Terengganu,Terengganu |
| Parti politik | |
| Pasangan | Datin Seri Utama Intan Baizura Abdul Wahab |
| Bidang pengkhususan | Hakim |
Datuk Seri UtamaWanAhmad Farid binWanSalleh (lahir 13 November 1962) ialah Hakim dan bekas ahli politikMalaysia berketurunanMelayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara ke-11 sejak 18 Julai 2025.[1]
Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi selama 5 tahun dan 3 bulan, dilantik pada 8 Ogos 2019[2]. Ketika dalam politik, beliau berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal (2005-2008 dan 2008-2009). Beliau merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia bermula pada 19 Mac 2008 sehingga 9 April 2009. Beliau meletakkan jawatan sebagai Senator untuk bertanding dalamPilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 ekoran kematian penyandangnyaRazali Ismail. Walau bagaimanapun, beliau ditewaskan calonPASMohd Abdul Wahid Endut. Di peringkat parti beliau pernah berkhidmat sebagai KetuaUMNO BahagianKuala Terengganu. Beliau telah mengumumkan bersara daripada politik pada tahun 2013[3].
Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilahirkan pada 13 November 1962 diKuala Terengganu,Terengganu. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons) dari University of West London yang diperoleh pada tahun 1985. Tahun berikutnya, beliau memperoleh pula Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Universiti Malaya.[4]
Wan Ahmad Farid Wan Salleh bertanding dalamPilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 pada 17 Januari 2009 dan kalah kepada calonPAS,Mohd Abdul Wahid Endut. Beliau mendapat 30,552 undi berbanding Wahid Endut mendapat 32,883 undi. Seorang lagi calon iaitu Azharudin Mamat @ Adam, yang merupakan calon Bebas hanya mendapat 193 undi. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ahli parlimennya DatukRazali Ismail (UMNO/Barisan Nasional).
| Tahun | Parlimen | Penyandang | Undian | Peratus | Pembangkang | Undian | Peratus | Buang undi | Majoriti | Muncul sebagai | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2009 | P036Kuala Terengganu | Wan Ahmad Farid Wan Salleh (UMNO) | 30,252 | 47.77% | Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) | 32,883 | 51.92% | 63,993 | 2,631 | 79.76% | ||
| Azharuddin Mamat (Bebas) | 193 | 0.30% | ||||||||||