Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Walter Warzecha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Walter Wilhelm Julius Warzecha
Walter Warzecha pada Ogos 1940
Kelahiran(1891-05-23)23 Mei 1891
Schwiebus,Brandenburg
Meninggal dunia3 Ogos 1956(1956-08-03) (umur 65)
Hamburg
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1909–45
PangkatGeneraladmiral
ArahanUC-1
UC-71
UB-148
Admiral Graf Spee
Panglima Besar Kriesgsmarine(wakil)
PertempuranPerang Dunia I
Pertempuran Atlantik (1914–1918)
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the War Merit Cross

Walter Wilhelm Julius Warzecha (23 Mei 1891 – 3 Ogos 1956) adalah seorang Laksamana Jerman dalamKriegsmarine semasaPerang Dunia II. Beliau menggantikanGeneraladmiralHans-Georg von Friedeburg sebagaiOberbefehlshaber der Kriegsmarine yang terakhir selepas tamatnya Perang Dunia II.

Biografi

[sunting |sunting sumber]

Walter Warzecha telah dilahirkan pada 23 Mei 1891 diSchwiebus (nama moden Świebodzin). Bapanya,Max Warzecha, merupakan seorang Datuk Bandar bagiNeuruppin, tetapi keluarga ini berasal dariSilesia, oleh itu mereka menggunakan nama Slavik bukannya nama keluarga Jerman.

Perang Dunia I

[sunting |sunting sumber]

Pada 1 April 1909 Warzecha menyertaiKaiserliche Marine sebagai seorangSeekadett. Tugas pertamanya adalah ataskruiser beratSMS Victoria Louise dimana beliau dinaikkan pangkat keFähnrich zur See pada April 1910. Antara tahun 1911 dan 1916 beliau berkhidmat ataskapal tempur dreadnoughtSMS Nassau, dan disana beliau mendapat kenaikkan pangkat keLeutnant zur See pada September 1912, dan kemudian keOberleutnant zur See pada 2 Mei 1915.[1]

Dari Ogos 1916 sehingga tamatnyaPerang Dunia I beliau bertugas sebagai pegawai memerintah beberapakapal selam;UC-1,UC-71 danUB-148, dan menenggelamkan 9 buah kapal yang berjumlah 22,612GRT, dan merosakkan 10 lagi kapal dengan jumlah 55,808 GRT.[2]

Era antara perang

[sunting |sunting sumber]

Selepas perang Warzecha menetap diWilhelmshaven dan kemudianKiel, dimana beliau mula membina keluarga dan menjadi bapa kepada 4 orang anak. Susulan dari penenteraan semula Jerman beliau kembali aktif bertugas diMarinestation der Nordsee, dengan pangkatKapitänleutnant dari tahun 1920. Mendapat pangkatKorvettenkapitän pada 1928 dan kemudian keFregattenkapitän pada 1933. Pada tahun 1934 Warzecha dilantik sebagai Ketua StafMarinestation der Ostsee di Baltik. Warzecha bertugas sebagai pemerintah kapal tempur poketAdmiral Graf Spee antara Oktober 1937 dan Oktober 1938.[1]

Perang Dunia II

[sunting |sunting sumber]

Pada 1 November 1938 beliau telah dinaikkan pangkat keKonteradmiral dan bertukar ke jawatan staf diOberkommando der Marine di Berlin, berkhidmat sebagaiChef des Marinewehramtes ("Ketua Pejabat Pertahanan Tentera Laut") sehingga Ogos 1942, mendapat kenaikkan pangkat keVizeadmiral pada 1 Januari 1941, dan juga berkhidmat sebagaiChef des Allgemeinen Marinehauptamtes ("Panglima Markas Am Tentera Laut") antara November 1939 dan April 1944. Pada 1 Mac 1944 beliau telah dinaikkan pangkat keGeneraladmiral dan pada 1 Mei dilantik sebagaiChef der Kriegsmarinewehr ("Panglima Pertahanan Tentera Laut").[1]

Susulan tamatnya Perang Dunia II, dan pembunuhan diri Panglima Besar Tentera LautHans-Georg von Friedeburg pada 23 Mei 1945, Warzecha mengambil alih tugas-tugas Panglima Besar dibawah kawalan pihak Bersekutu, dan menyelia pembubaranKriegsmarine sehingga 22 Julai 1945.[1]

Pasca perang

[sunting |sunting sumber]

Sehingga tahun 1947 Warzecha telah ditahan sebagaitawanan perang, dan menetap diHamburg dinana beliau bekerja untuk syarikat insuransAllianz-Versicherungsgesellschaft. Beliau meninggal dunia keranaserangan jantung pada 30 Ogos 1956 dan dikebumikan di Hamburg.

Tarikh kenaikkan pangkat

[sunting |sunting sumber]

Anugerah kebesaran

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Nota
  1. ^abcdef"Deutsches Marinearchiv : Generaladmiral Walter Warzecha".deutsche-marinesoldaten.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada8 May 2010.
  2. ^Helgason, Guðmundur."Oberleutnant zur See Walter Warzecha".German U-boats of WWII - uboat.net. Dicapai pada8 May 2010.
  3. ^Patzwall & Scherzer 2001, p. 559.
Bibliografi
Kolonel Jeneral
(Generaloberst)
Tentera Darat
Kolonel Jeneral
(Generaloberst)
Luftwaffe
Laksamana Jeneral
(Generaladmiral)
Kriegsmarine
Oberst-Gruppenführer-SS
Umum
Perpustakaan negara
Kamus biografi
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Walter_Warzecha&oldid=6124092"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp