Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam. Cari sumber: "Wali" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR(Oktober 2023) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini) |
Wali (Jawi: والي serapanArab:وَلِيّ,rumi: waliy "penjaga"[1][2] terbitan kata kerjaوَلِيَwaliya "memerintah; menguasai; mentadbir, mengurus"[2]) merupakanperkataan Arab yang bererti tuan (Lord), seseorang yang dipercayai, atau kawan. Ia biasa digunakan dalam konteks orang alim atau perkahwinan.
Biasanya merupakan kependekan "Waliullah" (orang yang dikasihi oleh Allah swt atau Aulia'ullah).
Merujuk kepada seorang lelaki yang diberi kuasa oleh syarak untuk menikahkan perempuan dengan seorang lelaki.
Wali (Al-Wulat) ialah orang yang diangkat olehKhalifah sebagai penguasa/pemerintah untuk suatu wilayah serta menjadiAmir (pemimpin) di wilayah tersebut. DaulahKhilafah yang diperintah oleh Khalifah dibahagi kepada beberapa bahagian yang disebutwilayah. Setiap wilayah dibahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian disebut Imalah. Setiap orang yang memimpin wilayah disebut Wali (atau Amir) dan orang yang memimpin Imalah disebut Amil. Para wali adalah penguasa (Hukkam) di wilayahnya kerana bidang kuasanya dalam hal ini adalah bidang kuasa pemerintahan.
Jabatan Wali memerlukan adanya (akad) pengangkatan dari Khalifah atau orang yang mewakili Khalifah dalam melaksanakan pengangkatan itu. Dalil adanya jawatan Wali atau Amir ini adalah berdasarkan tindakanNabi Muhammad s.a.w. yang mengangkat para Wali di pelbagai negeri/wilayah. Baginda telah mengangkatMuaz ibn Jabal menjadi Wali di wilayah Janad,Ziyad bin Walid di wilayah Hadramaut danAbu Musa Al-Asya'ari di wilayah Zabid dan Adn. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memilih para Wali dari orang-orang yang memiliki kelayakan (kemampuan dan profesionalisme) untuk memegang urusan pemerintahan di samping memiliki ilmu dan terkenal ketakwaannya. Hal ini (pelantikan Wali) diteruskan lagi oleh para Khulafa’ Rasyidin di sepanjang pemerintahan mereka.
Di zaman moden pula, istilah wali ada digunakan di Indonesia, denganwalikota mentadbir suatu bandar.