Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

WOWOW

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "WOWOW" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Ogos 2007) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
{{{call_letters}}}


Pusat WOWOW Broadcasting pada 2009.
BandarBangunan Akasaka Park
Akasaka, Minato,Tokyo,Jepun[1][2]
Saluran


Pemilik
Mula ke udara1 April 1991; 33 tahun yang lalu (1991-04-01) (analog)
Tapak webwowow.co.jp

WOWOW merupakantelevisyen satelit sendirian danstesen TV berbayar pertama diJepun.[1][3] Stesen ini memulakan penyiaran analognya pada1 April1991. Siaran digitalnya bermula pada1 Disember2000. Rangkaiannya mempunyai sejumlah 207,753 pelanggan (31.5 billionyen jualannya), berkembang sebesar 2,667,414 dua tahun kemudian (64.5 billion jualannya).

WOWOW selalunya menyiarkan semula filem-filem, tetapi terkenal juga dengan siarananime asli misalnya sepertiBig O,Brain Powerd,Cowboy Bebop (versiuncut yang penuh),Crest of the Stars,Ergo Proxy, danParanoia Agent, termasuk juga blokAnime Complex. Disebabkan siarannya yang lebih longgar untuk televisyen satelit di Jepun, WOWOW telah menjadi penyiar utama dalam pengedaran anime meluas berserta tema-tema atau subjek yang tidak dapat disiarkan rangkaian penyiar. Beberapa studio anime telahpun berkerjasama dalam berkongsi untuk mengedar siri-siri mereka yang lebih matang, termasuklah studio yang terkenal iaituMadhouse. Akibatnya, salurannya telah dianggap terbaik oleh peminat-peminat anime, dan kadang-kala dirujuk sebagai "saluran otaku".

Nama salurannya, iaitu WOWOW, merupakan gandaan perkataan "WOW", dan ketiga-tiga huruf W tersebut adalah singkatan untuk "World-Wide-Watching".

WOWOW juga menyiarkansiri televisyenAmerika sepertiFriends,CSI series,Sex and the City,The Sopranos,Cold Case,Grey's Anatomy,Medium,The 4400,Project Runway,South Park,The Simpsons dan lain-lain. WOWOW sebelumnya pernah menyiarkanUltimate Fighting Championship kepada penonton Jepun. Mereka juga telah menyiarkandrama Korea iaituMy Name is Kim Sam Soon dankomediUK berjudulLittle Britain bersama-sama drama/cerita aksi British berjudulUltimate Force di bawah namaSAS: British Special Forces.

WOWOW juga melakukan siaran serentak siaran-siarannya dalam bentukHigh Definition dalam penyiaran HDnya.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"Corporate Info." WOWOW. Retrieved on November 20, 2010. "THE HEAD OFFICE 21F, Akasaka Park Building, 5-2-20,Akasaka, Minato-ku Tokyo 107-6121 Tel.81-3-4330-8111WOWOW INC. MAP." and "2-1-58, Tatsumi, Koto-ku, Tokyo 135-0053"Addresses in Japanese: "東京都港区赤坂5-2-20 赤坂パークビル21F" and "東京都江東区辰巳2-1-58"
  2. ^"Broadcasting Center." (Direct image link) WOWOW. Retrieved on November 20, 2010.Map in Japanese (Direct link)
  3. ^"Head office." (Direct image link) WOWOW. Retrieved on November 20, 2010.Map in Japanese (Direct link)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=WOWOW&oldid=4995307"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp