Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Vikuna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Vikuna" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(September 2023) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Laman ini mungkin lebih sesuaidipindahkan keWikunya
Wikunya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
V. vicugna
Nama binomial
Vicugna vicugna
(Molina, 1782)

Wikunya (Quechua:wik'uña,Sepanyol:vicuña[1]) atau nama saintifik iaVicugna vicugna merupakan salah satu daripada dua haiwanjenis unta yang wujud bersamaguanako diBanjaran Andes merentasiAmerika Selatan. Spesies ini merupakan saudarallama, dan sekarang dipercayai sebagai nenek moyang liar kepadaalpaka.

Taburan dan habitat

[sunting |sunting sumber]

Vikuna hidup khususnya diAmerika Selatan, terutamanya di tengah kawasanpergunungan Andes. Haiwan ini boleh ditemui secara semulajadinya diPeru (juga sebagai haiwan kebangsaan negara tersebut), barat lautArgentina,Bolivia (negara yang mempunyai populasi terbanyak) serta utaraChile. Terdapat juga sebuah populasi kecil vikuna yang diperkenalkan di tengahEcuador.

Haiwan ini hidup di kawasan beraltitud 3200 hingga 4800 meter dari paras laut. Mereka memakan rumput di lapangan pergunungan Andes pada waktu siang dan bermalam di landaian gunung-gunung tersebut. Sinaran matahari dapat melepasi atmosfera nipis habitat vikuna pada waktu siang tetapi cuaca di persekitaran ini boleh menjadi sejuk yang melampau pada waktu malam; bulu lebatnya yang lembut yang memerangkap udara panas pada badan ia adalah suatu cara haiwan ini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sedemikian.

Tabiat

[sunting |sunting sumber]

Vikuna bersifat pemalu dan sering mengelakkan diri daripada penceroboh, disebabkan oleh pendengarannya yang tajam.

Ia hidup berkumpulan di mana satu kawanan itu boleh terdiri daripada seekor jantan, 5 hingga 15 ekor betina serta anak-anak mereka. Setiap kawanan vikuna mempunyai kawasan yang tersendiri meliputi sebanyak 18 km persegi maksimumnya, bergantung kepada ketersediaan makanan yang ada.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"vicuña".Diccionario de la lengua española.Real Academia Española. Dicapai padaSep 26, 2023.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons ada media yang berkaitan:
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan denganVikuna
Kamelid Afro-Asia
Kamelid Amerika Selatan
Hibrid
Vicugna vicugna
Camelus vicugna
Ikon tunas

Rencana berkenaanbinatang ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Ikon tunas

Rencana berkaitanmamalia ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Vikuna&oldid=5980992"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp