Bahagian utara Vietnam pernah menjadi taklukanKemaharajaan China selama lebih satu alaf, dari tahun 111 SM hingga 939 M. Sebuah negeri Vietnam bebas terbentuk pada tahun 939 ekoran kemenangan Vietnam dalam Pertempuran Sungai Bạch Đằng. Mekarlah dinasti demi dinasti raja Vietnam sementara bangsanya diperluas dari segi wilayah dan kuasa ke dalam Asia Tenggara hinggalahSemenanjung Indochina dijajah oleh Perancis pada pertengahan abad ke-19.
Ekoran pendudukan Jepun pada tahun 1940-an, Vietnam menentang pemerintahan Perancis dalamPerang Indochina Pertama. Pada 2 September 1945 PresidenHo Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dari Perancis di bawah nama baruRepublik Demokratik Vietnam. Pada tahun 1954, Vietnam mengisytiharkan kemenangan di Peristiwa Dien Bien Phu yang berlaku dari Mac hingga Mei 1954 dan berakhir dengan kekalahan besar Perancis. Selepas itu, Vietnam terbahagi kepada dua negeri, iaituVietnam Utara (secara rasmi Republik Demokratik Vietnam), danVietnam Selatan (secara rasmi Republik Vietnam). Konflik antara kedua-dua pihak menjadi sengit dalam peristiwa yang dikenali sebagaiPerang Vietnam, dengan campur tangan yang mendalam olehAmerika Syarikat di pihak Vietnam Selatan dari 1965 hingga 1973. Perang berakhir dengan kemenangan Vietnam Utara pada tahun 1975.
Vietnam kemudian disatukan di bawah pemerintahanKomunis tetapi masih miskin dan mengasingkan diri. Pada tahun 1986, Partai Komunis Vietnam memulakan pembaharuan ekonomi dan politik reformasi yang membawa Vietnam ke arah integrasi ke dalam ekonomi dunia.[13] Pada tahun 2000, ia telah menjalin hubungan diplomatik dengan semua bangsa-bangsa. Sejak tahun 2000, kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam antara yang tertinggi di dunia, dan pada 2011, ia mencatat Indeks Penjana Pertumbuhan Global tertinggi antara 11 ekonomi utama.[14] Atas kejayaan pembaharuan ekonomi ini Vietnam menyertaiPertubuhan Perdagangan Dunia pada tahun 2007. Ia juga ahliKerjasama Ekonomi Asia-Pasifik danPertubuhan Antarabangsa Francophonie (untuk negara-negara berbahasa Perancis).
NamaViệt Nam (sebutan bahasa Vietnam: [viə̀tnaːm]) adalah variasi dariNam Việt ("Việt Selatan"), nama yang dapat ditelusuri kembali kepada Dinasti Triệu pada abad ke-2 ke-SM.[15] PerkataanViệt berasal daripada singkatan bagi Bách Việt, sekumpulan kaum-kaum yang tinggal di selatan China dan Vietnam.[16] Rupa nama "Vietnam" (越南) pertama kali tercatat pada abad ke-16 oleh puisi ramalanSấm Trạng Trình. Nama ini juga telah ditemui pada 12 buah stele (prasasti) yang terukir pada abad ke-16 dan ke-17, termasuk satu di Pagoda Bao Lam diHaiphong bertarikh 1558.
Pada 1802,Nguyễn Phúc Ánh menubuhkanDinasti Nguyễn, dan pada tahun kedua, baginda memohon perkenanMaharaja Jiaqing diQing (China) untuk mengurniakan felaran 'Raja Nam Viet' kepada baginda , namun Urus Setia Tertinggi kerajaan Qing menegaskan bahawa nama Nam Viet termasuklah kawasan-kawasan dalam wilayahGuangxi danGuangdong di China.
Antara 1804 dan 1813, nama Vietnam digunakan secara resmi oleh MaharajaGia Long. Ia kembali pada awal abad ke-20 menerusi karyaSejarah Kehilangan Vietnam oleh Phan Bội Châu, dan kemudian oleh Parti Nasionalis Vietnam.[17] Negara ini biasanya dipanggil Annam hingga Mei 1945, apabila kedua-dua pihak maharaja diHuế dan pemerintahViet Minh di Hanoi menerima pakaiViệt Nam.[18]
Sejarah bertulisVietnam bermula seawal abad ke-3 SM apabila ditubuhkannya negeri-negeriÂu Lạc danNanyue (Nam Việt dalam bahasa Vietnam); Nanyue menakluki Âu Lạc pada 179 SM).[19] Di Vietnam prasejarah letaknya antaratamadun dan masyarakat terawal dunia, oleh itu di sinilah bertempatnya antara manusia terawal yang mengamalkan pertanian.[20][21] LembahSungai Merah membentuk sebuah unit geografi dan ekonomi semula jadi yang dikepung oleh gunung-ganang dan hutan belantara di utara dan barat, lautan di timur danDelta Sungai Merah di selatan. Menurut mitos,negeri pertama Vietnam ditubuhkan pada 2879 SM,[22][23][24] tetapi kajian arkeologi mengusulkan perkembangan ke arah pemerintahan penghulu pada kebudayaanĐông Sơn pada akhirZaman Gangsa.
Keistimewaan geografi Vietnam menjadikannya sukar diserang, oleh ituVietnam di bawah raja-raja Hùng begitu kekal lama sebagai negara merdeka yang lengkap. Sungguhpun demikian, pernah sekali Vietnam jatuh ke tangan sebuah kuasa asing malah sukar melepaskan diri selama 1,100 tahun daripada cengkaman dinasti Cina berturut-turut, iaituHan,Wu Timur,Jin,Liu Song,Qi Selatan,Liang,Sui,Tang, danHan Selatan; menyebabkan lenturnya warisan budaya, bahasa, dan jati diri bangsa. Ada kala-kalanya dalam 1,100 tahun ini, Vietnam diperintah secara bebas di bawahwangsa Triệu,Trưng Bersaudari,Lý Awal,Khúc danDương Đình Nghệ—namun semua kejayaan masing-masing sementara sahaja.
Empayar Ming menawan lembah Sungai Merah buat seketika sebelum orang peribumi Vietnam merampas kembali, kemudianPerancis menjinakkan Vietnam sebagai wilayah naungan selama hampir seabad, diikuti pendudukan sementara olehEmpayar Jepun. Pergolakan politik dan kebangkitankomunis menamatkan pemerintahan beraja selepas Perang Dunia Kedua, maka Vietnam diisytiharkan sebagairepublik. Vietnam selepas merdeka terbahagi kepada dua, iaitu Vietnam Utara pimpinan komunisHo Chi Minh dan Vietnam Selatan yang kapitalis dan sekutu rapat Amerika Syarikat sempenaPerang Dingin. Pada 1960-an meletusnya perang saudara antara kedua-dua Vietnam, berkesudahan dengan kemenangan pihak Utara dan bersatunya semula negara di bawah pemerintahan Parti Komunis.
Istana Presiden di Hanoi, dahulunya Istana Gabenor-Jeneral Indochina Perancis.
Republik Sosialis Vietnam, bersama-sama denganChina,Cuba, danLaos, adalah salah satu daripada empat buah negara sosialissatu parti yang mendukung komunisme secara rasmi. Perlembagaan negara semasa iaitu Perlembagaan 2013 menegaskan peranan pusat Parti Komunis Vietnam dalam semua organ politik dan masyarakat. Setiausaha Agung Parti Komunis melakukan banyak fungsi utama pentadbiran dalam mengawal organisasi nasional parti. Presiden menjalankan tugas-tugas eksekutif dan pelantikan negeri, serta menggubal dasar. Hanya organisasi politik yang menjadi sekutu atau sokongan Parti Komunis dibenarkan untuk menyertai pilihan raya di Vietnam. Ini termasuk Barisan Tanah Air Vietnam dan parti-parti pekerja dankesatuan sekerja. Walaupun negara masih komited mendukungsosialisme sebagai fahaman asasnya, namun dasar ekonominya makin hari makin kapitalis,[25] malah majalahThe Economist memerikan kepimpinan Vietnam sebagai "komunis yang kapitalis".[26]
Dewan Undangan Negara Vietnam adalahperundangan negara yangekadewan, terdiri daripada 498 ahli[27] dan terbuka untuk semua pihak. Diketuai oleh Pengerusi, ia mengungguli kedua-dua cabang eksekutif dan kehakiman, dengan semua kerajaan menteri dilantik dari kalangan ahli Dewan Undangan Negara.
Presiden Vietnam merupakanketua negara yang terpilih sementerapanglima tertinggi tentera yang berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Pertahanan dan Keselamatan Agung memegang jawatan kedua tertinggi di Vietnam.Perdana Menteri Vietnam merupakanketua kerajaan yang memimpin sebuah jemaah menteri yang terdiri dari lima orang timbalan perdana menteri dan 26 orang ketua kementerian dan suruhanjaya.
Mahkamah Rakyat Agung Vietnam yang diketuai oleh seorang Ketua Hakim merupakanmahkamah rayuan tertinggi negara, namun ia juga bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negara Vietnam. Di bawah Mahkamah Rakyat Agung terdapat mahkamah-mahkamah wilayah dan banyak mahkamah tempatan. Mahkamah tentera mempunyai bidang kuasa khas dalam hal-hal keselamatan negara. Vietnam mengekalkan hukuman mati bagi banyak kesalahan; setakat Februari 2014, ada sekitar 700 orang banduan di Vietnam.[28]
Setiausaha Negara ASRex Tillerson menemani Presiden ASDonald Trump ke upacara menandatangani urus janji perdagangan bersama Presiden VietnamTran Dai Quang di Istana Presiden diHanoi pada 12 November 2017.Presiden VietnamTrần Đại Quang bersama Presiden Rusia,Vladimir Putin, 19 November 2016
Sepanjang sejarahnya, hubungan luar utama Vietnam adalah bersama jiran terbesar dan bekas penjajah, China. Prinsip-prinsip kedaulatan Vietnam dan desakannya ke atas kemerdekaan budaya telah diterapkan dalam berbilang dokumen selama berabad-abad, seperti puisi patriotik abad ke-11,Nam quốc sơn hà (Gunung sungai negara selatan), dan perisytiharan kemerdekaanBình Ngô đại cáo pada 1428. WalaupunChina dan Vietnam sekarang damai, namun masih berlakupertikaian wilayah yang berat antara kedua-dua pihak di Laut Cina Selatan.[29]
Kini, penyata misi rasmi dasar luar Vietnam ialah: "Konsisten melaksanakan dasar luar negara mengenai kemerdekaan, keamanan, kerjasama dan pembangunan; dasar luar mengenai keterbukaan dan kepelbagaian dan kemultilateralan hubungan antarabangsa. Proaktif dan aktif melibatkan diri dalam integrasi ekonomi antarabangsa sambil mengembangkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang lain." Tambahan pula Vietnam menganggap dirinya sebagai "sahabat dan rakan yang boleh diharap oleh semua negara dalam masyarakat antarabangsa, aktif melibatkan diri dalam proses-proses kerjasama antarabangsa dan serantau."[30]
Vietnam mengambil langkah-langkah penting untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan negara-negara penting, bermula denganNew Zealand yang membuka kedutaan di Hanoi pada 1995, sementara Vietnam menubuhkan kedutaan di Wellington pada 2003.Pakistan membuka semula kedutaan di Hanoi pada Oktober 2000, dan Vietnam membalas budi dengan membuka kedutaan Islamabad di Disember 2005 serta biro perdagangan di Karachi pada November 2005. Hubungan Amerika Syarikat–Vietnam meningkat pada Ogos 1995 apabila kedua-dua bangsa menaiktaraf Pejabat Perhubungan masing-masing yang dibuka pada Januari 1995 kepada status kedutaan. Sejajar dengan bertambah eratnya hubungan ini, AS membuka konsulat am di Bandaraya Ho Chi Minh sementara Vietnam membuka konsulat di San Francisco.
Menjelang Disember 2007, Vietnam menjalin hubungan diplomatik dengan 172 buah negara, termasuk AS yang menormalkan hubungan pada 1995.[31][32] Vietnam menjadi ahli dalam 63 buah pertubuhan antarabangsa termasukPBB,ASEAN,NAM,Francophonie danWTO. Ia juga menjalin hubungan dengan lebih 650 buah pertubuhan bukan kerajaan.[33]
Askar Vietnam di atas wilayah dipertikaiKepulauan Spratly pada 2009.
Angkatan Bersenjata Rakyat Vietnam terdiri daripada Tentera Rakyat Vietnam, Keselamatan Awam Rakyat Vietnam danAngkatan Pertahanan Awam Vietnam. Tentera Rakyat Vietnam adalah nama rasmi bagi bala tentera aktif Vietnam, terdiri daripada Tentera Darat Rakyat Vietnam,Tentera Laut Rakyat Vietnam,Tentera Udara Rakyat Vietnam, Angkatan Pertahanan Sempadan Vietnam dan Pengawal Pantai Vietnam. Tentera Rakyat Vietnam mempunyai tenaga kerja aktif sekitar 450,000 orang, tetapi jumlah kekuatannya, termasuk angkatan paramilitari, mungkin setinggi 5,000,000 orang.[34] Pada 2011,perbelanjaan ketenteraan Vietnam berjumlah kira-kira AS$2.48 bilion, bersamaan dengan sekitar 2.5% dari KDNK tahun 2010.[35]
Vietnam terbahagi kepada 58wilayah (bahasa Vietnam:tỉnh, dari bahasa Cina省,shěng).[36] Juga ada limakawasan perbandaran (thành phố trực thuộc trung ương) yang ditadbir sama taraf dengan wilayah.
Peta boleh klik tentang Vietnam memaparkan 58 wilayah dan lima kawasan perbandaran diperintah pusat.
Setiap wilayah terbahagi kepada perbandaran wilayah (thành phố trực thuộc tỉnh), perpekanan (thị xã) dandaerah (huyện), kemudian terbahagi lagi kepada pekan (thị trấn) atau komun (xã). Perbandaran yang terkawal pusat terbahagi kepadajajahan (quận) dan daerah, dan terbahagi lagi kepada zon (phường).
Vietnam terbentang kira-kira 331,688 km² (128,066 batu persegi) keluasannya (tidak termasuk pulau-pulau Hoang Sa dan Truong Sa). Perimeter negara di sepanjang sempadan antarabanganya ialah 4,639 km (2,883 batu). Topografinya terdiri daripada bukit-bukau dan gunung-ganang yang padat dengan hutan, manakala tanah rata meliputi tidak lebih 20% seluruh kawasan negara. 40% kawasan Vietnam diduduki gunung, 40% diduduki bukit yang lebih kecil dan 42% ditumbuhi hutan hujan tropika. Bahagian utara negara banyak terdiri daripada tanah tinggi danDelta Sungai Merah.Phan Xi Păng yang terletak diwilayah Lào Cai, ialah gunung tertinggi di Vietnam pada ketinggian 3,143 m (10,312 kaki). Bahagian selatan pula terdiri daripada tanah pamah pantai, puncak-puncakBanjaran Annamite, hutan yang berleluasa, dan tanah yang kurang subur. Tanah tinggi yang terdiri daripada lima bidang penara agak rata bertanahbasalt ini, meliputi 16% daripada seluruh tanah suai tani dan 22% daripada tanah hutannya.
Delta Sungai Merah (atauSông Hồng), sebuah kawasan rata berbentuk segi tiga yang meliputi 3,000 km², sungguhpun lebih kecil namun lebih pesat dimajukan dan lebih padat pendudukannya berbanding Delta Sungai Mekong. Delta yang pernah menjadi serokan Teluk Tonkin ini sudah dipenuhi oleh mendapan aluvium besar-besaran dari sungai-sungai selama beribu-ribu tahun, dan memanjang semeter ke arah Teluk setiap tahun. Delta Mekong yang meliputi kira-kira 40,000 km², ialah dataran rendah yang ketinggiannya tidak melebihi tiga meter atas paras laut di mana-mana titik dan banyak disilang oleh terusan dan sungai yang berselirat. Cabang-cabang dan cawang-cawang Sungai Mekong banyak membawa endapan sehingga delta ini bertambah 60 hingga 80 meter panjangnya ke laut setiap tahun.
Peta iklim Vietnam.
Vietnam Utara mempunyai iklim subtropika manakala wilayah Tengah dan Selatan mempunyai iklim tropika. Bagaimanapun, oleh sebab perbezaan dalam latitud dan kepelbagaian muka bumi topografi yang ketara, maka iklim banyak berbeza dari tempat ke setempat. Ketika musim dingin atau musim kering, iaitu kira-kira dari bulan November hingga April, angin-angin monsun lazimnya bertiup dari timur laut sepanjang pantai China dan merentasi Teluk Tonkin, lalu banyak mengumpul lembapan; kesannya, musim sejuk di kebanyakan tempat-tempat di negara agak kering berbanding msuim panas atau hujan. Suhu purata tahunan lazimnya lebih tinggi dalam kawasan dataran berbanding di kawasan gunung dan penara.
Pada 2012,KDNK nominal Vietnam mencapai AS$138 bilion denganKDNK per kapita nominal sebanyak $1,527.[37]Menurut ramalanGoldman Sachs pada 2005, ekonomi Vietnam akan menjadi ekonomi yang ke-21 terbesar di dunia menjelang 2025 dengan anggaran KDNK nominal sebanyak $436 bilion dan KDNK per kapita nominal sebanyak $4,357.[38]Menurut ramalan 2008 olehPricewaterhouseCoopers, Vietnam mungkin menjadi ekonomi memuncul yang paling cepat membangun pada 2025 dengan potensi kadar pertumbuhan hampir 10% setahun dari segi dolar sebenar.[39] Pada 2012,HSBC meramal bahawa jumlah KDNK Vietnam akan melampaui KDNK bagi Norway,Singapura dan Portugal menjelang 2050.[40]
Dalam sebahagian besar sejarahnya, Vietnam merupakan sebuah tamadun yang tertumpu pada pertanian berasaskanpadi. Juga terdapat industri perlombonganbauksit, iaitu bahan yang penting untuk menghasilkanaluminium. Ekonomi Vietnam rata-ratanya dibentuk olehParti Komunis Vietnam menerusi Pelan-Pelan Lima Tahun yang dilakukan pada sesi pleno oleh Jawatankuasa Pusat dan kongres-kongres kebangsaan.
Pengkolektifan ladang, kilang dan barang model dilakukan dalam memantapkan perancangan pusat dengan jutaan orang yang bekerja dalam perusahaan milik negara. Ekonomi Vietnam dibelenggui oleh kurangnya kecekapan dan rasuah dalam perusahaan milik negara, kekurangan kualiti dan pengeluaran, serta sekatan ke atas kegiatan ekonomi, di samping juga menerima kesan daripadasekatan perdagangan pasca perang yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah. Semua itu diburukkan lagi oleh kejatuhanblok Soviet yang termasuk rakan-rakan dagang utama Vietnam pada akhir 1980-an.
Pada 1986, Kongres Kebangsaan Keenam Parti Komunis memperkenalkan pembaharuan ekonomimarket berpaksikan sosialis dalam dasar yang bergelarĐổi Mới. Pemilikan swasta digalakkan dalam sektor industri, perdagangan dan pertanian, sementara perusahaan milik negaradistrukturkan semula untuk dikendalikan dalam batas-batas pasaran.[41]Atas berkat pembaharuan inilah Vietnam mencapai pertumbuhan KDNK tahunan sebanyak 8% dari 1990 hingga 1997, kemudian sekitar 7% dari 2000 hingga 2005, menjadikan Vietnam salah sebuah ekonomi paling cepat tumbuh di dunia. Pertumbuhan kekal mantap biarpun menghadapi kemelesetan global akhir 2000-an, bertahan pada 6.8% pada 2010, tetapi kadar inflasi Vietnam tahun ke tahun mencapai 11.8% pada Disember 2010, menurut anggaran GSO. Mata wangđồng diturunkan nilai tiga kali dalam 2010 sahaja.[42]
Industri pembuatan,teknologi maklumat dan teknologi tinggi kini membentuk sebahagian besar dan pesat dalam ekonomi negara. Biarpun Vietnam baharu menceburiindustri minyak, kini ia merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah keluaran tahun 2011 sebanyak 318,000 barrels per day (50,600 m3/d).[43] Pada 2010, Vietnam menjadi pengeluarpetroleum mentah kelapan terbesar di rantau Asia-Pasifik.[44]
Kemiskinan tegar, iaitu peratusan penduduk yang hidup di bawah takat $1 sehari, banyak menurun di Vietnam. Kini kadar kemiskinan kurang berbanding China, India, danFilipina.[45] Penurunan kadar kemiskinan ini boleh dikatakan berkat daripada dasar-dasar ekonomi saksama yang bertujuan meningkatkantaraf hidup dan mencegah meluasnya jurang ekonomi; dasar-dasar ini termasuklah pengagihan tanah sama-rata pada tahap-tahap awal rancanganĐổi Mới, pelaburan di kawasan pedalaman yang miskin serta membiayai sektor pendidikan dan kesihatan dengan subsidi.[46] Menurut IMF, kadar pengangguran di Vietnam berada pada 4.46% pada 2012.[37]
Kebanyakan rangkaian pengangkutan moden Vietnam mula-mula dibangunakn sewaktu pemerintahan Perancis untuk memudahkan pengangkutan bahan mentah, kemudian dibina semula dan dimodenkan secara meluas selepas Perang Vietnam.
Sistem jalan raya Vietnam terdiri daripada penarafan jalan raya bertingkat-tingkat yang terdiri daripada lebuh raya negara (yang ditadbir oleh agensi pusat), jalan wilayah, jalan daerah, jalan bandar dan jalan kampung. Basikal, motosikal dan skuter bermotor merupakan bentuk pengangkutan yang paling laris di kawasan bandar, tetapi kereta bermotor milik swasta kian meningkat khususnya di bandar-bandar utama. Bas-bas awam yang dikendalikan oleh syarikat swasta merupakan kaedah perjalanan jarak jauh utama bagi kebanyakan penduduk.
Keselamatan jalan merupakan isu yang serius di Vietnam. Purata 30 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya setiap hari.[47] Kesesakan lalulintas kian berat di bandar Hanoi dan Ho Chi Minh kerana jalan-jalan raya sukar menampung peningkatan penggunaan kereta.
Perkhidmatan kereta api rentas negara utama di Vietnam ialahReunification Express yang berjalan dari Bandaraya Ho Chi Minh ke Hanoi sepanjang 2,000 kilometer. Dari Hanoi, landasan keretapi juga mencabang ke timur, timur laut dan utara. Jajaran timur dari Hanoi ke Teluk Hạ Long, yang utara ke Hanoi keThái Nguyên, dan yang timur laut dari Hanoi ke Lào Cai.
Pada 2009, Vietnam danJepun memeterai urus janji untuk membinasistem kereta api kelajuan tinggi dengan teknologi Jepun. Ramai jurutera Vietnam dihantar ke Jepun untuk menerima latihan bagi mengendali dan menyelenggara kereta api berkelajuan tinggi. Landasan ekspres sepanjang 1,630 km[48] melayan sejumlah 26 stesen, termasuklah Hanoi danThu Thiem di Bandaraya Ho Chi Minh.[49] Dengan berbekalkan teknologiShinkansen dari Jepun,[50] landasan ini akan menampungi tren-tren yang berjalan selaju 360 kilometer (220 bt) sejam. Landasan kelajuan tinggi yang menyambungkan Hanoi keVinh,Nha Trang dan Bandaraya Ho Chi Minh City dipasang pada 2015. Dari 2015 hingga 2020, pembinaan akan dimulakan pada jajaran antara Vinh dan Nha Trang, dan antara Hanoi dan wilayah utaraLào Cai danLạng Sơn.Sebagai negara berpantai, Vietnam ada banyak pelabuhan utama, termasukCam Ranh,Da Nang,Hai Phong,Bandaraya Ho Chi Minh,Hong Gai,Qui Nhơn,Vũng Tàu,Cua Lo danNha Trang. Di pedalaman pula, rangkaian sungai negara yang menyeluruh memainkan peranan penting dalam pengangkutan luar bandar dengan lebih 17,700 kilometer (11,000 bt)jalan air yang boleh dilalui olehferi,baj danteksi air.[51][52]
Selain daripada itu,Delta Mekong danDelta Sungai Merah penting bagi kebajikan sosial dan ekonomi Vietnam. Kebanyakan penduduk negara tinggal di sepanjang atau berdekatan delta sungai tersebut, malah dua bandar utama iaituBandaraya Ho Chi Minh danHanoi masing-masing terletak berdekatan delta Mekong dan Sungai Merah. DiLaut China Selatan, Vietnam kini menguasai sebahagian besar wilayah dipertikaiKepulauan Spratly yang menjadi punca perbalahan antara China dan negara-negara jiran lain.[53]
WanitaHmong berpakaian tradisional diSa Pa, Vietnam utara
Setakat 2021[kemas kini], populasi Vietnam berada pada sekitar 97.5 juta orang, jauh meningkat dari banci 1979 yang menunjukkan jumlah penduduk Vietnam yang disatukan semula pada 52.7 juta.[54]
Menurut banci 2009, suku etnik dominanViet atau Kinh adalah hampir 73.6 juta orang, atau 85.8% jumlah penduduk. Penduduk Kinh banyak tertumpu di kawasan-kawasandelta lanar dan dataran tepi laut negara. Sebagai masyarakat etnik yang rata-rata homogen, suku Kinh memiliki pengaruh politik dan ekonomi yang besar ke atas negara. Namun begitu, di Vietnam juga tinggalnya 54 buah suku etnik minoriti, antaranyaHmong,Dao,Tay,Thai, danNùng. Banyak lagi suku minoriti sepertiMuong, yang bersaudara rapat dengan Kinh – tinggal di tanah tinggi yang meliputi dua pertiga wilayah Vietnam. Sebelum Perang Vietnam, populasiTanah Tinggi Tengah hampir semua dibolot oleh orangDegar (termasuk lebih 40 suku puak); tetapi kerajaan Vietnam Selatan pimpinanNgô Đình Diệm melaksanakan program untuk memindahkan suku Kinh ke kawasan orang asli.[55] SukuHoa (etnik Cina)[56] danKhmer Krom pula tertumpu di tanah pamah. Ekoran ketegangan hubungan China dengan Vietnam pada 1978 dan 1979, kira-kira 450,000 orang Hoa keluar dari Vietnam.[57]Templat:Largest cities of Vietnam
Bahasa rasmi kebangsaan Vietnam tidak lain tidak bukanbahasa Vietnam (Tiếng Việt), sebuahbahasa rumpun Mon–Khmer yang dituturkan oleh majoriti penduduk. Pada awal sejarahnya, Vietnam menulis dalamtulisan Cina. Pada abad ke-13, Vietnam mencipta aksara sendiri yang dipanggilChữ nôm, disesuaikan dari aksara Cina untuk menulis bahasa sendiri. Kisah epik rakyatTruyện Kiều ("Hikayat Kieu", dahulunyaĐoạn trường tân thanh) olehNguyễn Du ditulis dalamChữ nôm.Quốc ngữ, iaitu abjad rumi bagi bahasa Vietnam lisan, dicipta pada abad ke-17 oleh ahliJesuitAlexandre de Rhodes dan ramai lagimubalighKatolik.[58]Quốc ngữ disambut hebat dan membolehkan rakyat jelata Vietnam celik huruf sewaktu zaman penjajahan Perancis.[58]
Bahasa Perancis merupakan tinggalan zaman penjajah yang dijadikan bahasa kedua oleh ramai orang Vietnam yang berpendidikan tinggi, khususnya di kalangan generasi lama dan mereka yang menerima pendidikan di bekas negara Vietnam Selatan yang menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa utama dalam pentadbiran, pendidikan dan perdagangan. Vietnam masih menganggotai pertubuhanFrancophonie, malah pendidikan telah membangkitkan semula serba sedikit minat terhadap bahasa Perancis.[60][61] Bahasa Rusia dikenali di kalangan sesetengah rakyat yang keluarganya rapat denganblok Soviet sewaktuPerang Dingin. Ekoran bertambah eratnya Vietnam dengan negara barat, bahasa Inggeris kian diminati sebagai bahasa kedua, malah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah.[62] Bahasa Jepun dan Korea turut dipelajari.
Menurut laporan Pejabat Statistik Am Vietnam untuk 1 April 2009, 6.8 juta (atau 7.9% daripada jumlah penduduk) menganut agama Buddha, 5.7 juta (6.6%) Katolik, 1.4 juta (1.7%) penganutHòa Hảo, 0.8 juta (0.9%) penganutCaodai, dan 0.7 juta (0.9%) lagi Protestan. Kesemuanya, 15,651,467 rakyat Vietnam (18.2%) berdaftar dalam agama secara rasmi.[64] Menurut bancian 2009, majoriti besar orang Vietnam mengamalkan suatu bentukpemujaan tuhan. Menurut laporan 2007, 81% orang Vietnamtidak percaya akan tuhan.[65]
Wujudnya beberapa agama minoriti di Vietnam. Terdapat ramai penganut agamaCaodai, sebuah agama pribumi yang dibina mencontohi Gereja Katolik. Agama Islam rata-rata dianuti oleh suku minoritiCham, tetapi juga terdapat sedikit umat Islam etnik Kinh di kawasan barat daya. Jumlah umatIslam di Vietnam kira-kira 70,000 orang.[66]
Kerajaan Vietnam menyangkal dakwaan bahawa ia melarangkebebasan beragama, dengan menegaskan bahawa semua warganegara bebas memilih kepercayaan dan semua agama sama-rata di bawah undang-undang.[67] Namun begitu, hanya pertubuhan agama yang diluluskan kerajaan dibernarkan; contohnya, Unified Buddhist Church of Vietnam yang ditubuhkan di Vietnam Selatan diharamkan untuk memberi laluan kepada lembaga yang diluluskan oleh kerajaan.[68]
Vietnam mempunyai rangkaian sekolah dan institut pengajian tinggi milik negara yang menyeluruh, di samping institusi pendidikan swasta dan separa swasta yang kian berkembang. Pendidikan di Vietnam terbahagi kepada lima kategori, iaitutadika,sekolah rendah,sekolah menengah,sekolah tinggi, danuniversiti. Sejumlah besar sekolah awam telah dibina di serata negara untuk meningkatkan kadarcelik huruf negara yang berada pada 90.3% pada 2008.[69]
Kebanyakan universiti terunggul di Vietnam bertapak di Hanoi dan Bandaraya Ho Chi Minh. Menghadapi masalah besar, sistem pendidikan Vietnam menjalani program pembaharuanholistik yang dilancarkan oleh kerajaan. Pendidikan tidak percuma, oleh itu sesetengah keluarga miskin sukar membiayai pendidikan anak tanpa bantuan awam mahupun swasta. Namun begitu, kemasukan sekolah adalah antara yang tertinggi di dunia.[70][71]
Sejak 1995, kemasukan dalam institusi pengajian tinggi mencapai 2 juta orang pada 2012. Menjelang 2014, terdapat 419 buah IPT.[72]
Pada 2009,jangka hayat seluruh negara Vietnam berada pada 76 tahun bagi wanita dan 72 tahun bagi lelaki,[73] manakala kadarmortaliti bayi adalah 12 per 1,000 kelahiran hidup.[74] Menjelang 2009, 85% populasi dapat mencapai sumber air yang dipertingkat.[73] Namun,malnutrisi masih umum di wilayah-wilayah desa.[75]
Kebudayaan Vietnam berkembang selama berabad-abad semenjak budaya kunoĐông Sơn yang berasaskan ekonomi pertanian padi. Sesetengah elemen budaya kebangsaan berasal dari Cina yang menerapkan unsur-unsurKonfusianisme danTaoisme pada sistem politik dan falsafah tradisional. Struktur masyarakat Vietnam berkisarkanlàng (kampung leluhur); semua orang Vietnam menyambut ulang tahun nenek moyang sepunya pada 10 hari bulan tigatakwim lunar.[76] Juga ternyata pengaruh budaya kaum imigran seperti Cina Selatan padahalagama Buddha amat bersangkut-paut dengan budaya rakyat. Akhir-akhir ini juga terdapat pengaruh budaya Barat, khususnya dari Perancis dan Amerika Syarikat.
Dewan Opera Hanoi ialah satu contoh seni bina Kolonial Perancis di Vietnam.
Budaya Vietnam tradisional tertumpu pada kemanusiaan (nhân nghĩa) dan keharmonian (hòa); nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan amat diberi penekanan. Antara lambang-lambang kebudayaan Vietnam yang diangkat tinggi ialah haiwan mitos sepertiLạc Long Quân, "Bapa Bangsa Vietnam" yang digambarkan sebagai naga keramat, danÂu Cơ, "Ibu Bangsa Vietnam" yang digambarkan sebagai burunglạc keramat. Juga diangkat gambaran-gambaran kura-kura dan kuda.[77]
Kini, budaya hidup Vietnam amat dipengaruhi oleh program budaya dan media kawalan kerajaan. Selama puluhan tahun ditangkisnya pengaruh budaya luar khususnya dari barat. Akan tetapi sejak 1990-an, Vietnam kian terdedah kepada budaya dan media Asia, Eropah dan Amerika.[78]
Salah sejenis pakaian tradisional Vietnam yang terlaris ialah "Áo Dài" yang dipakai untuk peristiwa khas seperti perkahwinan atau pesta. Áo dài berwarna putih dijadikan pakaian seragam yang diwajibkan untuk pelajar perempuan di kebanyakan sekolah tinggi di Vietnam. Áo Dài dahulunya dipakai oleh kedua-dua jantina tetapi kini hanya dipakai oleh perempuan, kecuali untuk peristiwa kebudayaan tradisional penting yang tertentu di mana ada lelaki yang memakainya.
Masakan Vietnam kurang berminyak dan banyak bersayur. Hidangan-hidangan utama banyak berdasarkannasi,kicap, dansos ikan. Rasa-rasa makanan ini biasanya manis (gula), pedas (lada serrano), masam (limau),nuoc mam (sos ikan), dan diperisakan lagi oleh beraneka pudina dan selasih.
Muzik Vietnam menampakkan sedikit perbezaan antara tiga rantau:Bắc (Utara),Trung (Tengah), danNam (Selatan). Muzik klasik Utara adalah yang tertua di Vietnam dan lebih bersifat formal. Muzik klasik Vietnam boleh dikatakan berasal daripada serangan Mongol, apabila orang Vietnam menawan sekumpulanopera China. Muzik klasik Tengah menunjukkan pengaruh budayaChampa dengan melodinya yang melankolik. Muzik selatan pula menghasilkan sifatlaissez-faire yang bertenaga.
Bola sepak ialah sukan paling popular di Vietnam. Selain itu,badminton,tenis,ping pong, dancatur juga tidak kurang popular di kalangan rakyat.Bola tampar, khususnya yang bola tampar wanita, turut disaksikan ramai orang Vietnam. Masyarakat ekspatriat Vietnam membentuk sebahagian penting dalam kehidupan kebudayaan Vietnam dengan memperkenalkan sukan, filem, muzik dan kegiatan kebudayaan Barat yang lain kepada negara. Vietnam juga merumahkan sebuah industri perfileman yang kecil.
Di kalangan pelbagai majlis tradisional Vietnam,perkahwinan tradisional Vietnam adalah antara yang terpenting. Meskipun mengalamipembaratan, kebanyakan adat lama dalam perkahwinan Vietnam masih dirai oleh orang Vietnam di dalam dan luar negeri, dengan sering menggabungkan unsur timur dan barat.
Bilangan pengunjung ke Vietnam untuk tujuan pelancongan dan percutian naik mendadak sepanjang sepulu tahun dahulu. Lebih kurang 3.56 juta tetamu luar melawat Vietnam pada tahun 2006, iaitu peningkatan sebanyak 3.7% daripada tahun 2005. Negara ini sedang melaburkan modal kepada kawasan pantai yang sudahun popular kerana pantai dan pelancongan botnya. Kakitangan hotel dan pemandu pelancong di kawasan-kawasan ini cukup fasih berbahasa Inggeris.
^abHome Office:Country Information and Guidance — Vietnam: Religious minority groups. December 2014. Quoting United Nations'"Press Statement on the visit to the Socialist Republic of Viet Nam by the Special Rapporteur on freedom of religion or belief". Hanoi, Viet Nam 31 July 2014.Vietnamese. Quote, p. 8: "[...] According to the official statistics presented by the Government, the overall number of followers of recognized religions is about 24 million out of a population of almost 90 million. Formally recognized religious communities include 11 million Buddhists, 6.2 million Catholics, 1.4 million Protestants, 4.4 million Cao Dai followers, 1.3 million Hoa Hao Buddhists as well as 75,000 Muslims, 7000 Baha'ís, 1500 Hindus and others. The official number of places of worship comprises 26,387 pagodas, temples, churches and other religious facilities. [...] While the majority of Vietnamese do not belong to one of the officially recognized religious communities, they may nonetheless – occasionally or regularly – practise certain traditional rituals, usually referred to in Viet Nam under the term "belief". Many of those traditional rituals express veneration of ancestors. [...]"
^"TỔNG CỤC THỐNG KÊ". [GSO.GOV.VN] Diện tích có đến 31/12/2015 theo Quyết định số 455/QĐ-BTNMT ngày 21 tháng 3 năm 2017 của Bộ trưởng Bộ Tài nguyên / Cập nhật lần cuối (gov.vn) 2017-08-14 14:45 English: Area as of 31/12/2015 according to Decision No. 455 / QD-BTNMT dated 21 March 2017 of the Minister of Natural Resources and Environment / Last updated (gov.vn) 2017-08-14 14:45.
^"Frequently Asked Questions". Montagnard Foundation. 12 Ogos 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 4 Januari 2013. Dicapai pada18 Julai 2013.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"Gio To Hung Vuong 2013". PublicHoliday.org. Diarkibkan daripadayang asal pada 3 Mac 2013. Dicapai pada12 Februari 2013.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)