| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Victor a/l Andrag | ||
| Tarikh lahir | (1976-03-29)29 Mac 1976 (umur 49) | ||
| Tempat lahir | Bedong,Kedah | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Kedah Darul Aman FC (Interim Coach) | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2001 | Kedah Ansell | 5 | (0) |
| 2002 | Kedah | 130 | (7) |
| Jumlah | 135 | (7) | |
| Pasukan kebangsaan | |||
| 2002 | Malaysia | 2 | (0) |
| Pasukan diurus | |||
| 2012–2013 | Penang (assistant) | ||
| 2014–2018 | Kedah Darul Aman (youth) | ||
| 2019– | Kedah Darul Aman (assistant) | ||
| 2022 | Kedah Darul Aman (interim) | ||
| 2024– | Kedah Darul Aman (interim) | ||
| * Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik | |||
Victor Andrag (lahir pada 29 Mac 1976 diBedong,Kedah) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukanKedah. Bersama Kedah, Victor telah memenangi hampir kesemua gelaran dalam pertandigan domestik.
Victor dibesarkan diBedong, sebuah pekan yang berada 12 km dariSungai Petani. Victor merupakan atlet olahraga untuk sekolahnya,Kolej Sultan Abdul Hamid dalam acara 400 meter.
Victor merupakan pemain paling berpengalaman dalam skuad Kedah. Dia diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua pasukan Kedah selepas Akmal Rizal Rakhli dan Mohd Fauzi Nan berpindah ke pasukan lain. Dia sering dilihat mengisi posisi pertahanan. Pada Anugerah Bola Sepak Malaysia 2008, Victor dianugerahkan selaku Pemain Pertahanan Terbaik.
Victor memulakan kerjaya kejurulatihan pada tahun 2012 apabila dilantik menjadi Penolong Jurulatih kepadaJános Krecska diPulau Pinang.[1] Selepas itu, Victor pulang keKedah sebagai Jurulatih Piala Presiden bermula tahun 2014 sehingga 2018.[2] Pada tahun 2019, Victor dilantik menjadi Penolong Ketua JurulatihKedah Darul Aman yang ketika itu dibimbing olehAidil Sharin Sahak. Pada 17 Oktober 2022, Victor dilantik menjadi Jurulatih Sementara sebelum posisi Ketua Jurulatih diambil alih olehNafuzi Zain sekitar awal Disember 2022. Victor sekali lagi dilantik menjadi Jurulatih Sementara pasukanKedah Darul Aman pada 25 November 2024 setelahNafuzi Zain meninggalkan pasukan.
Anugerah Pertahanan Terbaik
Victor pernah mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Tiger 2002. Dia hanya bermain dua perlawanan iaitu ketika menentang Laos dan Vietnam.