Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Aksara Pallava

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaVatteluttu)
Aksara Pallava
Jenis tulisan
Tempoh masa
Abad ke-4 M hingga ke-8 M[1]
Arah tulisanLeft-to-right Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasaKannada Pertengahan,Tamil Kuno,Khmer Kuno,Melayu Kuno
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Brahma
Sistem tulisan turunan
Tamil,Grantha,Mon Kuno,Khmer,Cam,Kawi
Sistem tulisan kerabat
Vatteluttu,Kadamba
 Laman ini mengandungitranskripsi fonetik daripadaAbjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihatBantuan:AFA. Untuk membezakan simbol[ ],/ / dan ⟨ ⟩, sila lihatIPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.
Aksara-aksara Brahma
Aksara Brahma dan turunannya

Aksara Palawa ialah salah satu aksara daripadaaksara-aksara Brahma yang dinamakan sempenawangsa Pallava yang berbangsa Tamil di Kanchipuram, Tamil Nadu,India Selatan dan dibuktikan sejak abad ke-4 Masihi. Di India, aksara Pallava berkembang daripadaaksara Tamil[3] danaksara Grantha.[4] Pallava merebak ke Asia Tenggara dan berkembang menjadi aksara tempatan sepertiaksara Bali,[5]aksara Baybayin,[6]aksara Burma,[7]aksara Jawa,[8]aksara Kawi,[9]aksara Khmer,[10]aksara Taitham,[11]aksara Lao,[12]aksara Mon,[13]aksara Tailu,[14]aksara Sunda,[15] danaksara Thai.[16]

Usulan untuk mengekod aksara Pallava dalamUnikod telah dikemukakan pada 2018.[17]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Semasa zaman pemerintahanPallava, aksara Pallava mengikuti pendeta, sami, sarjana, dan pedagang keAsia Tenggara. Warga Pallava membangunkan aksara Pallava berdasarkanaksara Brahma-Tamil. Ciri-ciri utama aksara baharu tersebut ialah bentuk huruf konsonan yang lebih secocok dan lebih lengkap. Aksara Pallava merupakan perkembangan pertama aksara Brahmi yang penting di India, dengan menggabungkan coretan bulat dan petak serta menambahkan kesan tipografi, dan sesuai untuk naskhah sivik dan agama. Aksara Pallava-Kadamba[18], iaitu aksara pra-Kadamba, berkembang menjadi bentuk awalaksara Kannada dan Telugu. Bentuk huruf menjadi lebih bulat dan menggabungkan gelung kerana penulisan pada daun dan kertas.[18]

Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]

Bentuk yang ditunjukkan di sini adalah berdasarkan contoh dari abad ke-7 Masihi. Huruf berlabel * mempunyai nilai bunyi yang tidak dapat dipastikan, kerana ia jarang ditemui di Asia Tenggara.

Konsonan

[sunting |sunting sumber]

Setiap konsonan mempunyai bunyi /a/ hakiki, yang akan dibunyikan jika tiada tanda vokal diltambahkan. Jika dua konsonan mengikut satu sama lain tanpa vokal campur, konsonan kedua dijadikan bentuk subaksara, dan dilampirkan di bawah yang pertama.

kakhagaghanga
cachajajha*nya
ṭaṭha*ḍaḍha*ṇa
tathadadhana
paphababhamak
yaralava
śaṣasaha

Vokal Bebas

[sunting |sunting sumber]
aāiīueoai*au*

Bunyi Vokal ini masih digunakan oleh Bahasa Tamil moden.

Contoh

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

 

  1. ^Griffiths, Arlo (2014)."Early Indic Inscriptions of Southeast Asia".Cite journal requires|journal= (bantuan)
  2. ^Handbook of Literacy in Akshara Orthography, R. Malatesha Joshi, Catherine McBride(2019),p.28
  3. ^Salomon, Richard (1998).Indian Epigraphy. m/s. 40.
  4. ^"Grantha alphabet". Dicapai pada13 September 2018.
  5. ^"Balinese alphabet". Dicapai pada13 July 2019.
  6. ^"Tagalog". Dicapai pada13 September 2018.
  7. ^"Burmese". Dicapai pada13 September 2018.
  8. ^"Javanese alphabet". Dicapai pada13 September 2018.
  9. ^"Kawi alphabet". Dicapai pada13 September 2018.
  10. ^"Khmer". Dicapai pada13 September 2018.
  11. ^"Lanna alphabet". Dicapai pada13 September 2018.
  12. ^"Lao". Dicapai pada13 September 2018.
  13. ^"Mon". Dicapai pada13 September 2018.
  14. ^"New Tai Lue script". Dicapai pada13 September 2018.
  15. ^"Sundanese". Dicapai pada13 September 2018.
  16. ^"Thai". Dicapai pada13 September 2018.
  17. ^Pandey, Anshuman. (2018).
  18. ^ab"Pallava script". Skyknowledge.com. 2014-02-02. Dicapai pada2014-03-13.

Bibliografi

[sunting |sunting sumber]
  • Sivaramamurti, C,Epigrafi India dan Skrip India Selatan. Buletin Muzium Kerajaan Madras. Chennai 1999

Templat:List of writing systems

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Aksara_Pallava&oldid=6154325"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp