Arumugam Vengatarakoo | |
|---|---|
| AhliDewan Undangan Negeri Kedah bagiBukit Selambau | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 9 Februari 2009 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 2,362 (PRU-12) |
| AhliMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
| Dalam jawatan 2008–2009 | |
| Menteri Besar | Azizan Abdul Razak |
| Portfolio | Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pekerja Ladang, India dan Perpaduan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 November 1954 (69 tahun) |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
TuanArumugam A/L Vengatarakoo (10 November 1954) ialah ahli politikMalaysia berketurunanIndia. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai EXCOKedah dan ADUNBukit Selambau mewakiliPKR sebelum bertindak meletakkan jawatan dan keluar parti sehinggaPilihan raya kecil Bukit Selambau 2009 terpaksa dijalankan. Walau bagaimanapun beliau telah menyertai PKR semula dan memegang jawatan sebagai Ketua PKRMerbok.
Selepas memenangi pilihan raya 2008, beliau telah menyertaiParti Keadilan Rakyat dan dilantik sebagai AhliMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah[1] memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India[2].
Walau bagaimanapun, beliau telah meletak jawatan sebagai anggota EXCO dan ADUN pada Februari 2009 yang menyebabkan berlakunyapilihan raya kecil.[3][4]
Sebelum menyertai politik, Arumugam ialah seorang anggotaTentera Udara Diraja Malaysia.[3]