Usamah ibn Zaid (Arab:أسامة بن زيد) ialah anak kepada pasangan dua orangsahabat Nabi iaituZaid ibn Harithah danBarakah.Dia antara Panglima Tentera Islam yang terhandal dan termuda dalam sejarah Islam. Beliau meninggal di tahun 54 H diMadinah.[1]
Ketika waktu zamanNabi Muhammad SAW,beliau telah terpilih untuk mengetuai penaklukan keatas kerajaanByzantium tetapi rancangan itu ditangguhkan kerana kewafatan Rasulullah SAW.Pada zaman Khalifah Saidina Abu BakarAs-siddiq RA,khalifah telah membuat semula perbincangan tentang ini.Ramai yang mengatakan Panglima Usamah perlu digantikan dengan panglima yang lebih hebat.
Tetapi cadangan itu ditolak oleh khalifah kerana ia ialah pilihan Rasulullah SAW Dan ia perlu dihormati.Akhirnya Usamah dihantar untuk mengetuai pasukan untuk menakluk Kerajaan Rom Byzantium di Syria dan mencapai kemenangan.Beliau dikatakan panglima paling muda dihantar untuk berperang kerana beliau baru berumur 18 tahun ketika menjadi panglima perang.