| Upin & Ipin | |
|---|---|
Logo terkini, digunakan sejak 2018. | |
| Genre | |
| Pencipta |
|
| Pengarah |
|
Pelakon suara |
|
Penggubah lagu tema |
|
| Lagu pembukaan |
|
| Penggubah | Azfaren Aznam |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan musim | 19 |
| Bilangan episod | 705 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran |
|
Syarikat penerbitan | Les' Copaque Production |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 14 September 2007 (2007-09-14) – kini |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Upin & Ipin ialah siri televisyen animasi Malaysia yang disiarkan sejak 2007. Siri ini dicipta olehBurhanuddin Md Radzi dan isterinya, Ainon Ariff dan diterbitkan olehLes' Copaque Production yang beribu pejabat diShah Alam,Selangor.[1] Ia memulakan tayangan perdana diTV9 sebanyak 11 musim, dengan hak siarannya dibeli olehAstro,TV3 danDisney Channel Asia. Siri ini juga disiarkan menerusiMNCTV danRCTI diIndonesia dan boleh didapati melalui penstriman diDisney+ Hotstar danNetflix.
Watak Upin dan Ipin disuarakan olehNur Fathiah Diaz untuk tiga musim, sebelum beliau digantikan olehAsyiela Putri bermula musim keempat ke atas.[2] Siri ini mengikuti Upin dan Ipin,[3] sepasang adik-beradik kembar yang tinggal bersama kakak sulung mereka,Ros dan nenek mereka, Uda (yang mereka panggilOpah) di sebuah rumah kampung yang bernama Kampung Durian Runtuh. Mereka kehilangan ibu bapa mereka semasa mereka masih bayi. Bersama rakan-rakan mereka, adik-beradik kembar ini menjalani kehidupan seharian mereka yang penuh dengan aktiviti menarik dan pengembaraan yang mendebarkan.
Asalnya merupakan keluaran sampingan bagi filemGeng: Pengembaraan Bermula,Upin & Ipin diterbitkan sebagai siri enam bahagian sempena bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2007 di TV9, dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kemudian ia diterbitkan sebagai siri 42 bahagian dengan pelbagai penceritaan. Tema menyeluruh termasuk tumpuan kepada keluarga, tumbesaran danbudaya Malaysia. Setakat pada 2024,Upin & Ipin ialah siri animasi Malaysia yang paling lama disiarkan, kini dalam tahun ke-17 penerbitannya, dan kini memasukimusim ke-18.
Upin & Ipin telah menerima tontonan yang tinggi secara konsisten di Malaysia baik dalam kedua-dua siaran televisyen dan perkhidmatan video atas permintaan. Ia telah mempengaruhi penghasilan barangan berjenama, penerbitan filem dan persembahan pentas yang menampilkan watak-wataknya. Siri ini telah menerima pengiktirafan daripadaThe Malaysia Book of Records (MBOR) sebanyak 3 kali dan memenangi pelbagai anugerah, termasukFestival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 bagi Animasi Terbaik danAnugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 bagi Watak Animasi Tempatan Paling Popular. Ia telah dipuji oleh pengkritik televisyen kerana menggambarkan kehidupan keluarga seharian moden.[4]
Upin dan Ipin ialah sepasang dua beradik kembar berusia 5 tahun yang tinggal bersama kakak mereka, Ros, berumur 17 tahun dan nenek mereka, Uda (yang mereka panggil Opah), berusia 68 tahun di Kampung Durian Runtuh. Mereka kehilangan ibu bapa mereka semasa mereka masih bayi. Upin dan Ipin belajar di Tadika Mesra, sebuah tadika kampung bersama rakan sekelas mereka, termasukMei Mei, Jarjit Singh, Ehsan, Fizi dan Mail.
Ketua Kampung Durian Runtuh ialahTok Dalang yang berusia 72 tahun, juaraWayang Kulit. Tok Dalang menanam pokok rambutan bagi tujuan komersial, dan membela seekor ayam jantan bernama Rembo. Antara penduduk terkenal di kampung itu ialah Muthu, pemilik satu-satunya gerai makanan di kampung itu yang tinggal bersama anak lelakinya, Raju dan lembu peliharaan mereka, Sapy; Salleh (Sally), memiliki perpustakaan bergerak; dan Ah Tong, seorang petani sayur yang bersuara lantang. Selain itu, watak baru diperkenalkan pada musim-musim kemudian: seorang gadis Indonesia bernama Susanti yang berpindah ke Kampung Durian Runtuh bersama keluarganya dan Susanti telah menjadi salah seorang rakan sekelas mereka.

Upin & Ipin pada asalnya dicipta sebagai watak sampingan untuk filemGeng: Pengembaraan Bermula, terbitanLes' Copaque Production yang diasaskan olehBurhanuddin Md Radzi dan isterinya Ainon Ariff pada tahun 2005. Sebelum menubuhkan Les' Copaque, Burhanuddin sebelum ini memulakan kerjayanya dalamindustri minyak dan gas selama lebih 20 tahun.[5] Menurut Burhanuddin, isterinya, Ainon memainkan peranan amat penting dalam mencorakkan watak Upin dan Ipin, meskipun tiada kelayakan profesional dalam industri animasi mahupun perfileman. Sewaktu mengutarakan ideanya untuk menerbitkanUpin & Ipin, beliau teringat sesetengah orang meragui tentang idea itu, mengatakan ia tidak akan berjaya. Beliau berkata: "Mereka memberitahu saya, penonton tidak akan menerima idea ini kerana ia berlatarbelakangkan kampung. Saya diketawakan kerana idea 'kampung' saya".[6] Stesen televisyenTV9 membeli siri animasi itu, bukan di Malaysia, tetapi di Perancis. Beliau kemudian membawa klip videoUpin & Ipin keFestival Filem Cannes pada tahun 2006.[5] Selepas pulang ke Malaysia, Burhanuddin dan pasukannya menjalankan proses penyelidikan dan berkata: "Kami mendapati bahawa benua Asia dahagakan animasi yang disesuaikan dengan budaya kita dan akan memberi manfaat kepada kanak-kanak". PenciptaanUpin & Ipin melalui empat proses penting sebelum dipilih atas sebab teknikal.[7]
Ditanya mengenai penampilan Upin dan Ipin yang berkepala botak, Burhanuddin berkata, watak Upin dan Ipin sengaja ditampilkan dengan imej berkepala botak kerana proses mewarnakan rambut agak mahal, manakala nama Upin dan Ipin pula diilhamkan daripada U dan I (awak dan saya), sebelum diputuskan menjadi ‘Upin dan Ipin’.[5] Watak ibu bapa Upin dan Ipin pada mulanya mahu diwujudkan dalam siri ini. Namun, oleh kerana kekangan masa dan tenaga kerja, Les' Copaque memutuskan untuk menjadikan Upin dan Ipin sebagai yatim piatu.[8] Sewaktu menceritakan kisah di sebalik pembikinanUpin & Ipin dalam satu sesi sembang santai pagi yang diadakan diCyberjaya pada 24 Februari 2022, Burhanuddin mendedahkan bahawa watak ibu bapa Upin dan Ipin tidak dicipta tanpa sengaja kerana terpaksa mengejar tarikh akhir siaran yang begitu pantas pada ketika itu. Beliau turut mengakui pada mulanya Upin dan Ipin tidak dicipta untuk menjadi anak yatim piatu. Katanya: "Namun situasi waktu itu menyebabkan watak orang tua mereka tidak dapat siap dan sebagai ganti, episod berikutnya dimulakan babak ziarah kubur ibu bapa si kembar tersebut".[9]
Salah seorang tenaga kerja (kini bekas)Upin & Ipin, Safwan Karim berkata: "Kami memulakan siri animasi empat minit ini untuk menguji penerimaan pasaran tempatan serta mengukur bagaimana reaksi pada kemampuan penceritaan kami". Pengarahnya (kini bekas),Nizam Razak pula berkata, untuk siri ini, aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan kampung yang serba santai diketengahkan bagi menarik minat pasaran antarabangsa, mengambil contoh siri animasiDoraemon dari Jepun yang laris di seluruh dunia meskipun berlatarkan budaya setempat dan bukannya budaya antarabangsa.[10] Reputasi Les' Copaque sebagai syarikat animasi terkenal mula dibentuk oleh popularitiUpin & Ipin bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain yang mengimport siri ini khususnya Indonesia.[11]
Pada tahun 2009, Nizam, Safwan, danAnas Abdul Aziz meninggalkan Les' Copaque untuk menubuhkan sebuah studio animasi yang baharu,Animonsta Studios, namun penerbitanUpin & Ipin tetap diteruskan di bawahMuhammad Usamah Zaid Yasin sebagai pengarah.[12]
Anak perempuan Burhanuddin, Nur Naquyah, yang merupakan Pengarah Kandungan Kreatif Les’ Copaque Production, menjelaskan dalam satu temu bual bahawa tiada sebab tertentu mengapa pasangan adik-beradik kembar diketengahkan dalam siri animasi pertama mereka. Pada mulanya, Les' Copaque hanya bercadang untuk menghasilkan cerita tentang budak nakal dalam sebuah keluarga dan tiada kawan. Namun sukar untuk menghasilkan certita mengenai seorang budak lelaki akan berkomunikasi sendiri dan sejauh mana seorang budak lelaki boleh menjadi nakal.[11]
Tempoh untuk setiap episod hanya tujuh minit. Daripada proses ini, penulis skrip akan menentukan momentum cerita untuk mewujudkan klimaks dalam setiap episod, yang mana momentum tersebut merupakan sebahagian daripada unsur-unsur yang menjayakan ceritaUpin & Ipin selain memastikan jalan cerita mempunyai momentum atau membina klimaks dan resolusi. Dalam setiap episod, ia terdiri daripada tiga bahagian dengan tempoh 7 minit untuk setiap episod. Ini serupa dengan struktur tiga-tindakan; permulaan, pertengahan, akhir, di mana setiap episod mempunyai permulaan, pertengahan dan pengakhiran yang tersendiri sebelum sampai ke episod ketiga yang juga mempunyai struktur tiga babak yang tersendiri.[11]
Proses animasiUpin & Ipin (dan juga filemGeng) menggunakan perisianimej janaan komputer (CGI),Autodesk Maya. Dalam satu sidang media perisian animasi pada tahun 2009, Ketua Pereka Les' Copaque, Fuad Md. Din memberitahu, "Salah satu tujuan kami memilih perisian ini kerana ia mudah. Lagi pun kami sudah berpengalaman menggunakannya sebelum ini."[13]
Watak Upin dan Ipin dilakon suara olehNur Fathiah Diaz bagi tiga musim pertama. Bermula dari musim keempat ke atas,Asyiela Putri menyumbangkan suaranya untuk watak Upin dan Ipin, bagi menggantikan Nur Fathiah. Watak-watak pembantu dan sampingan dalam siri animasi ini, dilakon suara oleh barisan pelakon suara yang kebanyakannya ialah kakitangan Les' Copaque sepanjang musim. Burhanuddin meminjamkan suaranya untuk watak Tok Dalang, manakala isterinya, Ainon menyumbangkan suaranya untuk watak Opah.[5]
Menurut Burhanuddin, Les' Copaque biasanya akan melakukan uji bakat untuk mencari suara yang sesuai untuk setiap watak. Ini bagi memastikan mereka akan mencari pelakon suara yang tahu membawa watak mereka dan bukan sekadar membaca skrip. Pasukan penerbitanUpin & Ipin juga akan mengutamakan kualiti. Sebelum penerbitan animasi bermula, mereka akan menjalankan sesi rakaman suara terlebih dahulu.[14][15]
Selain itu,Upin & Ipin turut menampilkan penampilan kameo dalam beberapa episod daripada tokoh ternama tanah air, seperti pelakon veteranAziz Sattar danJamali Shadat; pelakon dan selebriti serba boleh,Afdlin Shauki; bekas Perdana MenteriMahathir Mohamad dan isteri,Siti Hasmah Mohd Ali, dan kartunisLat.[1]
Yuri Wong berkhidmat sebagai komposer untuk lagu temaUpin & Ipin untuk musim pertama sehingga musim keempat dan Mohd Azfaren Aznam bermula dari musim kelima. Pada 29 September 2010, kumpulan rock Indonesia,Padi melancarkan sebuah lagu tema baru untukUpin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepadahubungan diplomatik antara Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan dilanda konflik ketika ini.[16]Video muzik lagu ini yang disiarkan di stesen televisyen Indonesia pada Ogos,[17] menampilkan kugiran tersebut mendendangkan lagu mereka di halaman rumah Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri animasiUpin & Ipin.
Pada tahun 2011, Les' Copaque dan syarikat rakamanNova Muzik menerbitkan album lagu Aidilfitri,Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin yang menampilkan nyanyianAsyiela Putri sebagai pelakon suara Upin dan Ipin.[18][19][20][21] Pada pertengahan 2012, Asyiela berduet bersamaNajwa Latif untuk merakam lagu "Terima Kasih Cikgu" sempena sambutan Hari Guru dan episod bertajuk sama.[22]
Pada tahun 2020, Les' Copaque telah menerbitkan lagu "Goyang Upin & Ipin" yang dimuat naik ke saluran YouTube rasmi Les' Copaque pada 3 Ogos, memecahkan rekod apabila ia ditonton lebih sejuta kali dalam tempoh 24 jam.[23]
Musim pertamaUpin & Ipin diterbitkan khas sempena sambutanRamadan pada tahun 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia. Sambutan memberangsangkan terhadap siri pendek ini menggalakkan Les' Copaque menerbitkan musim kedua yang mengandungi 12 episod dengan watak-watak baru, sempena Ramadan dan Aidilfitri pada tahun 2008. Selepas dua musim yang bertemakan Ramadan dan keislaman, penerbitanUpin & Ipin beralih kepada penceritaan yang lebih bersifat "sejagat". Ketika ditemu bual dalam rancangan wawancara Internet,The Entrepreneur, pada tahun 2010, Burhanuddin menjelaskan sebab pihaknya berbuat demikian, "kandungan bercirikan Islam sukar untuk dijual ... pasaran Timur Tengah nampak bagus, tetapi sebenarnya tidak; jika dijual kepada penyiar satelit, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak lain, apatah lagi mereka meminta harga yang sangat rendah. Sebab itulah kami mengubah konsep daripada Islam kepada sejagat."[24] Oleh itu,Upin & Ipin disiarkan sepanjang tahun mulai Februari 2009, yang mana episod baru disiarkan pada musim cuti sekolah atau Ramadan dan Aidilfitri, manakala hari-hari persekolahan hanya ada siaran ulangan. Ini berterusan sehingga musim keempat pada tahun 2010. Pada musim Ramadhan dan Aidilfitri 2011, musim terawalUpin & Ipin disiarkan diAstro Ceria. Selepas 11 musim disiarkan di TV9,Upin & Ipin memulakan tayangan perdana di Indonesia menerusi MNCTV yang mana musim ke-12 merupakan musim pertama siri animasi ini disiarkan di sana selepas MNCTV memperoleh hak penyiaran rasmi untuk siri ini.
| Musim | Episod | Tayangan asal | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Tayangan pertama | Tayangan terakhir | Rangkaian | ||||
| 1 | 8 | 14 September 2007 (2007-09-14) | 13 Oktober 2007 (2007-10-13) | TV9 Astro Ceria | ||
| 2 | 10 | 5 September 2008 (2008-09-05) | 6 Oktober 2008 (2008-10-06) | |||
| 3 | 42 | 2 Februari 2009 (2009-02-02) | 30 Disember 2009 (2009-12-30) | |||
| 4 | 42 | 15 Mac 2010 (2010-03-15) | 29 Disember 2010 (2010-12-29) | |||
| 5 | 42 | 12 Mac 2011 (2011-03-12) | 31 Disember 2011 (2011-12-31) | |||
| 6 | 42 | 18 Mac 2012 (2012-03-18) | 30 Disember 2012 (2012-12-30) | |||
| 7 | 42 | 9 Mac 2013 (2013-03-09) | 28 Disember 2013 (2013-12-28) | |||
| 8 | 42 | 30 Mei 2014 (2014-05-30) | 25 Disember 2014 (2014-12-25) | |||
| 9 | 42 | 20 Mac 2015 (2015-03-20) | 1 Januari 2016 (2016-01-01) | |||
| 10 | 42 | 9 April 2016 (2016-04-09) | 31 Disember 2016 (2016-12-31) | |||
| 11 | 42 | 28 Julai 2011 (2011-07-28) | 28 Disember 2011 (2011-12-28) | |||
| 12 | 42 | 5 Januari 2012 (2012-01-05) | 16 Ogos 2012 (2012-08-16) | MNCTV Astro Prima Astro Ceria | ||
| 13 | 42 | 23 Ogos 2012 (2012-08-23) | 10 Januari 2013 (2013-01-10) | |||
| 14 | 42 | 17 Januari 2013 (2013-01-17) | 4 Julai 2013 (2013-07-04) | |||
| 15 | 42 | 18 Julai 2013 (2013-07-18) | 30 Januari 2014 (2014-01-30) | |||
| 16 | 42 | 6 Februari 2014 (2014-02-06) | 8 Mei 2014 (2014-05-08) | |||
| 17 | 42 | 15 Mei 2014 (2014-05-15) | 14 Ogos 2014 (2014-08-14) | |||
| 18 | 42 | 21 Ogos 2014 (2014-08-21) | 25 Disember 2014 (2014-12-25) | |||
| 19 | 42 | 8 Januari 2015 (2015-01-08) | 21 Mei 2015 (2015-05-21) | |||
| 20 | 42 | 28 Mei 2015 (2015-05-28) | 28 April 2016 (2016-04-28) | |||
| 21 | 42 | 5 Mei 2016 (2016-05-05) | 13 Oktober 2016 (2016-10-13) | |||
| 22 | 42 | 20 Oktober 2016 (2016-10-20) | 23 Mac 2017 (2017-03-23) | |||
Pada September 2016,Upin & Ipin berkolaborasi bersama artis antarabangsa sepertiKaty Perry,Shakira dan ramai lagi menerusi versi sedunia lagu "Imagine" nyanyian asalJohn Lennon, bekas vokalis kumpulanThe Beatles dengan muzik video iringannya dilancarkan olehTabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Sebagai duta kebangsaan UNICEF Malaysia, Upin dan Ipin telah menyumbangkan sebahagian kecil dalam video muzik itu, menyanyikan baris "Imagine all the people..." ("Bayangkan semua...") dalam loghat Manglish mereka yang comel. Turut membuat penampilan dalam video itu ialahwill.i.am,Neymar JR,Priyanka Chopra,Idris Elba,David Guetta,Adam Lambert dan penyanyi asal lagu ini, Lennon yang muncul sebanyak dua kali dalam video tersebut.[25][26][27]
FilemGeng dilancarkan di sebuah majlis pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendekUpin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan. Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak sepertiKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu,Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem ini. Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selama lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi.[28]
Setelah disiapkan,Geng mula ditayangkan selama tujuh minggu mulai 12 Februari 2009 di 56 pawagam seluruh negara. Dilaporkan bahawa filemGeng berjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526 dari hari pembukaan hingga 1 April yang boleh ditafsirkan sebagai sumbangan 813,604 penonton dari sebanyak 55 buah pawagam, sekaligus menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagamnya di Malaysia sepanjang tahun 2009, di samping menghampiri rekodLagi Lagi Senario yang mengutip RM6.33 juta ketika ditayangkan pada tahun 2001 dan filem ke-51 paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia.[29]
Ekoran kejayaan besarnya,Geng dieksport ke beberapa negara, sementaraDVDGeng dipasarkan di Malaysia mulai September 2009.[30][31] Filem ini turut menikmati siaran TV perdana di tiga saluran berlainan (Disney Channel,Disney XD danTV9) pada hari yang sama, iaitu pada 10 Disember 2009; sambutan penonton tidak kurang hebatnya.
Susulan filemGeng, Les' Copaque mengumumkan filem seterusnya yang dibintangi oleh Upin & Ipin, iaituUpin & Ipin: Angkasa pada pertengahan tahun 2009. Namun, setahun kemudian, filemAngkasa diumumkan batal dan diganti denganLaksamana Upin & Ipin yang dijanjikan dalam bentukfilem 3D.[32]
Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi mengutarakan idea untuk menerbitkan filem aksi langsung berdasarkan watakUpin & Ipin sejak 2013. Filem itu dirakamkan dan disiapkan pada tahun yang sama tetapi tidak ditayangkan kerana banyak masalah teknikal. Proses penambahbaikan untuk filem ini dijalankan pada Oktober 2014 termasuk penggambaran semula adegan.[33]
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! ditayangkan pada 24 November 2016 di 121 pawagam di seluruh Malaysia dan meraih kutipan tiket sejumlah RM3 juta pada minggu pertama tayangan.[34] Ini termasuk RM500,000 pada hari pertama sendiri.[35] Filem ini menduduki tangga nombor dua dalam carta kutipan tiket pawagam Malaysia pada minggu pertamanya.
Filem ini mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan, selepas Les' Copaque memuktamadkan penerbitan filemJeng Jeng Jeng! dan kosnya hampir RM20 juta, menjadikannya filem Malaysia termahal pernah diterbitkan. Penerbit Les' Copaque, Burhanuddin mendedahkan terdapat beberapa babak yang telah disiapkan lebih awal dan ditukar selepas itu memandangkan babak tersebut tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Salah satu contoh ialah menukar adegan yang sama sebanyak 80 kali sehingga seseorang daripada 200 orang pasukan penerbitan hampir meletak jawatan. Mereka telah mencabar diri mereka sendiri untuk menonjolkan cerita rakyat dan budaya Melayu dalam filem itu, mengambilStar Wars sebagai contoh yang baik untuk meletakkan sesuatu yang khayalan dalam filem.[36] Proses alih suara bahasa Inggeris dijalankan di Los Angeles untuk pasaran antarabangsa.[37][38]
Treler rasmi pertama filem ini dikeluarkan pada 6 September 2018.[39] Treler rasmi keduanya pula dikeluarkan pada 8 Januari 2019.[40]Keris Siamang Tunggal dikeluarkan di Malaysia, Brunei, dan Singapura pada 21 Mac 2019 dalam versi asal bahasa Melayu. Versi alih suara Vietnam dikeluarkan pada 26 April 2019 di Vietnam, manakala versi Indonesia dikeluarkan pada 9 Mei 2019. Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa filem Malaysia yang boleh menembusi pengendali pawagam terbesar Indonesia, Cinema 21 bersama-sama denganPolis EVO 2.[41]
Sebuah siri terbitan turunanUpin & Ipin, bertajukUpin & Ipin Iqra' (tajuk asalUpin & Ipin Mengaji) lebih menjurus kepada pengajianal-Quran. Bersama guru mereka, Ustaz Sheikh Abdulkarim Omar al-Makki, Upin, Ipin, dan kawan-kawan bersama-sama mendalami ilmu al-Quran dalam siri ini. Ia disiarkan serentak diAstro Ceria di Malaysia dan MNCTV di Indonesia mulai 4 Januari 2019.
Satu lagi siri terbitan turunan,Upin & Ipin: The Helping Heroes menggunakan bahasa Inggeris asas sebagai bahasa siri untuk membantu pembelajaran penonton mengenainya, tetapi tidak mempunyai kisah yang sama dengan siri animasiUpin dan Ipin dan disasarkan kepada penonton yang kebanyakannya ialah kanak-kanak prasekolah. Ia memulakan tayangan perdana di saluran YouTube Les' Copaque pada 22 Mei 2020.[42][43] Siri ini juga disiarkan diNetflix mulai 10 November 2023.[44]
Pementasan teaterUpin & Ipin the Musical yang menggunakan khidmat pelakon hidup dianjurkan buat julung kalinya pada 14 April hingga 6 Mei 2012 diIstana Budaya.[45][46][47][48] Dalam pementasan ini, watak Upin dan Ipin dilakonkan oleh dua pasangan pelakon yang berbeza, iaitu Faris Azim Abdul Karim dan Amir Johar Nadim, Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril dan Muhamad Faritz Danial Roshaimi. Antara yang hadir menyaksikan pementasan teaterUpin & Ipin ialah Timbalan Perdana Menteri ketika itu,Muhyiddin Yassin dan isteri,Norainee Abdul Rahman.[49][50] Ia menjadi kejayaan komersial apabila ia dihadiri seramai 22,774 penonton dan mengutip jumlah kutipan tiket sebanyak RM1.075 juta.[51] Menulis untukBerita Minggu, Robima Malaya berpendapat bahawa teater muzikalUpin & Ipin adalah sekadar “teater visual".[52]
Teater muzikal keduaUpin & Ipin, iaituUpin & Ipin – Pin Pin Pom! telah dipentaskan di Dewan Plenari,Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 3 dan 4 September 2022.[53] Ia kemudian dipentaskan di Stadium Tertutup Singapura pada 18 dan 19 Disember 2022 dan dianjurkan bersama oleh Les' Copaque dan Biz Trends Media. Diarahkan oleh Siti Rohayah Atan, teater ini berkisarkan tentang pengembaraan Upin dan Ipin dalam dunia keajaiban Pin Pin Pom demi menyelamatkan kawan-kawan dari Nenek Kebayan. Teater muzikal ini dilakonkan sepenuhnya oleh maskot watak, menggunakan kostum dan teknologi multimedia serta kesan khas semasa persembahan. Ia merupakan teater tempatan pertama yang dipentaskan di luar negara dan menjadi kejayaan komersial apabila ia dihadiri seramai 3,000 penonton.[54][55][56]
Dalam satu sidang media teaterUpin & Ipin – Pin Pin Pom! yang diadakan pada 28 Jun 2022, Burhanuddin berkata, Les' Copaque merancang untuk mementaskan teater muzikal itu ke Jeddah, Arab Saudi dan London, United Kingdom (UK) pada masa akan datang.[57][58]
Pada 26 November 2016, sebuah saluran TV khas yang dinamakan Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan telah diperkenalkan dan memulakan siarannya diAstro First bermula 1 sehingga 31 Disember 2016 menerusi kerjasama antara Astro dan Les' Copaque.[59][60] Saluran ini menampilkan tayangan kompilasiUpin & Ipin dan rancangan lain seperti siri animasiPada Zaman Dahulu,DaDuDiDo danKembara Warisan Detektif Upin & Ipin.[61][62]
Upin & Ipin memulakan tayangan perdana diTV9 bermula 14 September 2007 sebanyak 11 musim sehingga 30 Disember 2017. Hak siarannya kemudian dibeli olehAstro dan disiarkan diAstro Ceria danAstro Prima menerusi satu perjanjian yang ditandatangani antaraAstro Malaysia Holdings dan Les' Copaque pada tahun 2018, bagi menggantikan TV9 yang telah memegang hak penyiaran selama sebelas musim.[63][64] Musim ke-10 siri ini menjadi musim pertamaUpin & Ipin yang disiarkan diTV2 yang mana ia disiarkan pada 10 Julai 2021 setiap Sabtu dan Ahad.[65] Hak penyiaran Indonesia bagiUpin & Ipin dibeli olehMNCTV, manakala hak penyiaran Singapura bagi siri ini dibeli olehMediacorp Suria.
Hak penyiaran antarabangsa bagiUpin & Ipin diperolehi olehDisney Channel menerusi perjanjian yang ditandatangani antara Les' Copaque dan saluran itu yang mana musim ketiga siri ini menjadi musim pertama untuk pasaran antarabangsa dan memulakan tayangan perdana diDisney Channel Asia pada 23 November 2009[66][67] dengan alih suara bahasa Inggeris sehingga Disember 2020 dan diedarkan di perkhidmatan penstrimanDisney+ Hotstar bermula 1 Jun 2021.[68]
Bermula 7 April 2021,Upin & Ipin boleh ditonton menerusi penstriman dalam talian diNetflix di United Kingdom dan Australia.[69][70][71]
Siri ini mula diedarkan dalam bentukDVD oleh Music Valley dari jilid 1 sehingga 6 dan dari jilid 12 ke atas, manakala dari jilid 7 sehingga 11 diedarkan olehSony Music Malaysia. Ia juga boleh ditonton melalui akaun rasmilescopaque diYouTube dan juga diTonton.com.my.

Sejak diperkenalkan pada 2007,Upin & Ipin telah mencipta kejayaan tersendiri di rantauAsia Tenggara,[72] khususnya di Malaysia dan Indonesia.[73] Musim pertamanya yang diperkenalkan kepada umum sempena musim Ramadan 2007 bukan sahaja disambut hangat oleh penonton, bahkan juga mengurniakan anugerah pertamanya sebagai "Animasi Terbaik" diFestival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianjurkan pada tahun yang sama.[74]
Pada Disember 2010, dilaporkan bahawa francaisUpin & Ipin mengumpul pendapatan sebanyak RM 12 juta pada tahun 2009 dan 2010, kebanyakannya hasil penjualan siriUpin & Ipin kepada penyiar antarabangsa.[75][76]
Facebook mengumumkan dalam hasil kajian Memology bahawa halamanUpin & Ipin merupakan halaman watak cereka yang paling popular di Facebook seluruh dunia sepanjang tahun 2011.[77][78] Pada tahun 2012, Upin & Ipin merupakan kata kunci carian yang paling kerap dicari oleh penggunaGoogle Malaysia dalam kategori Rancangan TV menurut Google Zeitgeist.[79] Setakat tahun 2013, halaman rasmi Upin & Ipin di Facebook telah mencecah paras tujuh juta peminat.
Pada 7 Mac 2013,UNICEFcawangan Malaysia memilih watak Upin dan Ipin sebagai Duta UNICEF Malaysia dengan harapan "boleh membantu memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak".[80][81][1]
Pada tahun 2017,Upin & Ipin dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia olehKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Pelantikan ini menjadikan Upin dan Ipin sebagai duta pelancongan Malaysia yang ke-12, menyertai selebriti Malaysia lain yang dilantik sebelumnya antaranya ialah pereka fesyen,Jimmy Choo; penyanyi,Yuna dan cef selebriti, Cef Ismail Ahmad.[82]
Sewaktu gala filem animasiUpin & Ipin: Keris Siamang Tunggal di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada 5 Mac 2019, Menteri Pendidikan ketika itu,Maszlee Malik berkataUpin & Ipin diangkat sebagai duta mahabbah yang jelas memaparkan perasaan kasih sayang dan keharmonian rakyat Malaysia. Beliau berkata kepada pemberita: "Watak Upin dan Ipin ini menggambarkan masyarakat majmuk yang saling menghormati, saling menghormati dan ini yang kita mahu bawa dalam kehidupan rakyat. Animasi ini juga berperanan dalam mempromosikan keharmonian, kemajmukan dan mahabbah (cinta dan kasih sayang) yang wujud dalam masyarakat di negara ini,".[83][84][85]
Pada tahun 2020, Les' Copaque bekerjasama dengan pengeluar barangan kemas terkemuka,Habib Jewels dengan melancarkan syiling emas edisi terhadUpin & Ipin seberat 0.2 gram. Syiling emas itu dilancarkan sempena Pameran Merdeka Habib yang berlangsung dari 27 Ogos sehingga 6 September 2020.[86][87][88]
Upin & Ipin juga dikenali dengan peranan mereka dalam mempromosikan kempen kesihatan awam. Pada Mac 2022, dua beradik kembar itu dilantik sebagai dutaProgram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) oleh bekas Menteri Kesihatan,Khairy Jamaluddin. Pada masa yang sama, video pendek terbaru Les' Copaque yang memaparkan pasangan kembar itu bersama Khairy versi animasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kampung mereka, Kampung Durian Runtuh, telah dikeluarkan. Dalam video pendek itu, Upin dan Ipin dilihat tiba di PPV untuk menerima suntikan, ditemani oleh nenek mereka Opah dan kakak mereka Ros.[89][90]
Upin & Ipin telah menerima tontonan yang tinggi secara konsisten di TV9 di Malaysia, menjadi rancangan kanak-kanak yang paling banyak ditonton di semua saluran di televisyen siaran pada 2007 dan 2008.[91]
Ketika musim keduanya disiarkan pada musim Ramadan 2008, dilaporkan sejumlah 1.5 juta penonton menonton siri animasi ini di TV9,[92] menjadikannya siri kartun kedua teramai penonton di televisyen Malaysia, mengekoriDoraemon (1.6 juta penonton), tetapi di hadapanSpongeBob SquarePants (800,000 penonton).[93] Kelarisan jenamaUpin & Ipin juga dipercayai menjadi pemangkin kepada kejayaan filem animasi CGI pertama Malaysia,Geng: Pengembaraan Bermula (2009) yang juga diterbitkan oleh Les' Copaque dan menampilkan watak Upin dan Ipin yang mencapai hasil kutipan yang cemerlang iaitu RM 6.31 juta selama tujuh minggu di pawagam, menjadikannya antara filem tempatan yang paling lumayan dalam sejarah perfileman Malaysia.[93]
Ketika musim ketiga disiarkan dengan pada musim cuti sekolah akhir tahun 2009, pihak TV9 melaporkan bahawa siriUpin & Ipin mencatat 1.6 juta penonton, menjadikannya rancangan kedua teramai penonton di saluran tersebut, mengekori filemGeng yang menikmati tayangan perdana diTV percuma dengan 2.45 juta penonton (TVR 12.8).[94] Salah satu episodUpin & Ipin musim 14, "Barang Baik, Barang Kita" telah meraih 2.9 juta tontonan dalam tempoh 48 jam di YouTube sekaligus mencatatkan rekod pencapaian tersendiri untukUpin & Ipin dan Les' Copaque.[95][96][97]
Upin & Ipin menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik televisyen.[98] Dalam satu ulasan retrospektif mengenai siri ini, Review Stream mendapati bahawa "tiada yang dapat menandingi siriUpin & Ipin dari segi perkaitan, kepraktikalan dan nilai yang diberikannya".[99]Harian Metro berpendapat bahawaUpin & Ipin ialah sebuah siri animasi yang "memiliki daya tarikan tersendiri"[100] dan "bukan sekadar hiburan, malah diakui kaya dengan nilai murni yang baik untuk dicontohi".[101] John Peter Tan dariThe Rakyat Post mendapati bahawaUpin & Ipin menjadi "sumber inspirasi dan hiburan bagi masyarakat dan mempunyai jumlah pengikut yang agak ramai".[102] Muhammad Ridhwan Roslan, menulis untukAstro Gempak mengulas bahawa watak dua beradik kembar dalam siri ini dianggap sebagai "sahabat karib kanak-kanak di Malaysia".[4] Angelin Yeoh dariThe Star Online pula mengulas bahawa kejayaanUpin & Ipin "terletak kepada kesederhanaan konsepnya, yang berjaya menarik perhatian ibu bapa Malaysia yang mendapati ia boleh dihubungkaitkan dan bermaklumat".[6]
Pada Disember 2019,Malaysiakini melaporkan bahawa segelintir pengguna media sosial telah meminta Les' Copaque supaya memperbaiki akhlak yang dipaparkan dalamUpin & Ipin yang didakwa mencetuskan polemik di kalangan peminat. Mereka antaranya diminta "berhenti daripada terus membiarkan watak-wataknya menggunakan bahasa kasar kerana dikhuatiri boleh memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak" dan "meningkatkan kandungan yang mempunyai nilai-nilai murni atau membatalkan saja rancangan mereka jika gagal berbuat demikian" selain meminta supaya watak Sally dimatikan serta-merta.[103]
Pada tahun 2020, salah satu watakUpin & Ipin, Fizi telah menimbulkan kritikan dari kalangan penonton Indonesia apabila mempersendakan Upin dan Ipin dalam episod "Syahdunya Syawal" di mana beliau membalas dengan mengatakan "Takdelah Syurga!" apabila mengaitkan dengan frasa 'Syurga di bawah tapak kaki ibu'. Pengarah Kandungan Kreatif, Nur Naquyah Burhanuddin berkata, itu antara permintaan mereka selepas babak terbabit meruntun hati ramai yang menontonnya.
"Sewaktu perbincangan, idea berkenaan terbit untuk mencetuskan pertanyaan mengenainya. Niat kami tidak lain untuk memberikan ruang kepada penonton untuk mengupas isu ini,"[104]
Setelah beberapa hari, Fizi meminta maaf menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube mereka. Dalam video berdurasi empat minit itu, Fizi mengakui menyesal dengan keterlanjuran katanya kepada Upin dan Ipin.[105][106]
Kritikan terhadapUpin & Ipin berterusan apabila segelintir ibu bapa risau dengan penampilan seksi menerusi muzik video 'Goyang Upin & Ipin' di mana diinsiprasikan daripadaDangdut di Indonesia. Walaupun komen telah ditutup di lamanYouTube, kritikan tersebut berpanjangan diTwitter.[107]
Indonesia menjadi pasaran eksport utama untuk francaisUpin & Ipin sekaligus mewujudkan popularitinya di republik itu. Pada tahun 2009, TPI (kiniMNCTV) selaku penyiarnya di Indonesia melaporkan TVR sebanyak 10.5 peratus.[108] PenanganUpin & Ipin di seberang ditandai oleh puji-pujian daripada pengarang kolum akhbar di Indonesia, misalnya Fadil Abidin untuk akhbarAnalisa yang mengulas bahawa siri ini kaya dengan pendidikan serta unsur Islam, seperti menghormati sesama kawan yang berbeza kaum dan agama sehingga watak-wataknya bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu, Cina dan Tamil, bahkan juga orang Indonesia.[109]
Sempena sambutan perayaanHinduNyepi diBali pada Mac 2010, tersiarnya gambar patungogoh-ogoh yang dilaporkan amat menyerupai Upin & Ipin. Pembuatan ogoh-ogoh berupa Upin dan Ipin ini dilaporkan menelan belanja 4 jutarupiah[110] (kira-kira RM 1,500).
Sekitar Januari 2022, timbul khabar angin mengatakan bahawa watak Upin dan Ipin berdasarkan daripada kisah sebenar di sebuah kampung di Indonesia selepas satu rakaman video diTikTok tular di media sosial. Les' Copaque menerusi satu ciapan di Twitter, menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali kerana semua cerita yang disiarkan dalamUpin & Ipin ialah rekaan semata-mata dan ia tidak diambil atau diinspirasi dari kisah sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah tiada.[111][112]
PenyuntingHarian Waspada Medan, Muhammad Faisal Jayadi berkata penggunaan bahasa yang mudah dan senang difahami antara faktor utamaUpin & Ipin berjaya mendapat tempat di kalangan rakyat Indonesia tanpa mengira usia. Beliau turut sifatkan siri ini "kaya dengan mesej yang positif selain wataknya yang comel".[113][114]
PopularitiUpin & Ipin di Indonesia sedikit terjejas apabila pada 19 Ogos 2023, media Indonesia melaporkan bahawa Gabenor Bali, Wayan Koster menggesa pelajar di pulau peranginan itu supaya tidak menontonUpin & Ipin dan mengutamakan filem dan kartun tempatan. Wayan turut menekankan bahawa penting untuk memelihara budaya Bali walaupun kemajuan teknologi dan pemodenan.[115][116][102] Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin mengeluarkan kenyataan balas dengan berpendirian bahawaUpin & Ipin terus diterima peminat di republik itu, sambil mengakui kenyataan yang dikeluarkan oleh Wayan tidak menjejaskan tayanganUpin & Ipin di Indonesia.[117][118]
| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
|---|---|---|---|---|---|
| 2007 | Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 | Animasi Terbaik | Upin & Ipin | Menang | [119][74] |
| 2009 | Anugerah Shout! 2009 | Best On-Screen Chemistry | Menang | [120] | |
| 2010 | World Brand Congress 2010 | Brand Leadership Award | Menang | [121] | |
| Anugerah BrandLaureate 2010 | Jenama Animasi Terbaik | Menang | [121] | ||
| Anugerah ICT NEF-Awani 2010 | Anugerah Khas ICT NEF-Awani Tun Dr. Mahathir Mohamad | Menang | [122] | ||
| Indonesia Lolipop Award XY Kids! 2010 | Animasi Kegemaran | Menang | [121] | ||
| 2011 | The Malaysia Book of Records | Animasi Paling Berjaya | Menang | [123] | |
| TV3 My Kids Awards 2011 | Watak Animasi Paling Comel | Menang | [124] | ||
| Rancangan TV Paling Hebat | Menang | ||||
| Anugerah Karyawan Animasi Malaysia 2011 | Anugerah Khas Pencapaian Animasi | Menang | [121] | ||
| 2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 | Watak Animasi Tempatan Paling Popular | Menang | [125] | |
| 2015 | Mom & Kids Awards 2015 | Watak Kartun Kegemaran | Menang | [126] | |
| Kartun Kegemaran | Menang | ||||
| 2016 | Mom & Kids Awards 2016 | Menang | [127] | ||
| 2017 | Mom & Kids Awards 2017 | Menang | [128] | ||
| 2018 | Mom & Kids Awards 2018 | Menang | [129] | ||
| Anugerah Prix Jeunesse Asia Tenggara 2018 | Anugerah Belia Antarabangsa | Menang | [130] | ||
| 2019 | Anugerah Golden Wing 2019 | Animasi Terbaik | Menang | [131] | |
| Anugerah PROFIMA 2019 | Animasi TV Terbaik | Menang | [121] | ||
| 2020 | The Malaysia Book of Records | Halaman YouTube Malaysia pertama yang mencapai 10 juta pelanggan | Menang | [132] | |
| 2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Watak Animasi Popular | Tercalon | [133] | |
| Anugerah Penyiaran Ramah Anak 2021 | Program Animasi Asing | Menang | [134] | ||
| 2023 | Anugerah TikTok Malaysia 2023 | Akaun Animasi Paling Popular Tahun Ini | Menang | [135] |
Selain DVD, jenamaUpin & Ipin juga terjual dalam bentuk barangan cenderamata,[136] termasuk pakaian, kelengkapan sekolah, sampul duit raya, anak patung dan juga bantal kusyen di bawah jenama U&I Boutique. Namun begitu, barangan-barangan Upin & Ipin tidak terlepas daripada gejalacetak rompak dan barangan tiruan;[137][138][139] tetapi dipantau dan dibendung melalui penguatkuasaanKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui rampasan barangan-barangan tersebut.[140]
Bagi meraikan sambutan peminat-peminat, pihak penerbitanUpin & Ipin mengambil ikhtiar untuk mengadakan Karnival Upin & Ipin yang terdiri daripada penampilan maskot watak-watak Upin & Ipin dengan pelbagai aktiviti menghiburkan. Pada musim cuti sekolah akhir 2010 di Melaka Wonderland dan SACC Mall Shah Alam, Karnival Upin & Ipin merupakan acara tahunan yang menjelajah dari tempat ke tempat di seluruh negara. Selain Karnival Upin & Ipin, maskot Upin dan Ipin dan kawan-kawan juga membuat penampilan di acara-acara anjuran pihak lain sebagai tetamu mahupun duta produk.[141][142][143][144][145]
Les' Copaque mengumumkan pada Mac 2011 bahawa ia bercadang membangunkan sebuah taman tema berkonsepkanUpin & Ipin membabitkan kos kira-kira RM200 juta di Perak.[146][147] Syarikat ini juga bercadang untuk membuka taman temaUpin & Ipin di China.[148][149][150]
Pada tahun 2023, Les' Copaque mengumumkan bahawa pembinaan Taman Tema Upin & Ipin berkemungkinan bermula pada penghujung 2023 dengan kos pembinaan menelan belanja sebanyak RM700 juta dan dijangka dibuka secara berperingkat sekitar 2026 dan 2027.[151]
Walaupun aktif sejak 2009, namun Kelab Upin & Ipin hanya dirasmikan di acara "Hari Kelab Upin & Ipin" diZoo Negara pada 12 Jun 2010.[152][153] Ahli kelab menikmati peluang menyertai semua aktiviti kelab sepanjang tahun, dan juga harga istimewa untuk barang dagangan berjenama Upin & Ipin di kedai U&I Boutique dan Geng's Corner. Di samping itu, rancangan televisyen kanak-kanakKelab Upin & Ipin disiarkan mulai 4 Jun 2011 di TV9.[154]
Jenama Upin & Ipin dikembangkan lagi dengan pembukaan rantaian restoran Kedai Makan Upin & Ipin yang khusus dalam hidangan masakan tempatan. Bermula dengan pembukaan cawangan pertama di Seksyen 7, Shah Alam pada Julai 2012, Kedai Makan Upin & Ipin terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia.[155][156]
Ia telah diumumkan pada September 2023 bahawa sebuah restoran keluarga yang bertemakan watak-watak dalamUpin & Ipin menerusi hasil kerjasama Les' Copaque dan TMG Ventures, akan dilancarkan sekaligus mewujudkan destinasi menjamu selera yang unik untuk peminatUpin & Ipin, penggemar makanan dan keluarga.[157][158]
Sebuah medan selera maya, dikenali sebagai Upin & Ipin Virtual Dining Experience dilancarkan pada September 2023 melalui hasil kerjasama antara Les' Copaque dan ZING Eat.[159]
Pada Disember 2009,Majalah Komik Upin & Ipin diterbitkan sekali sebulan untuk pasaran seluruh Malaysia, terbitan Nyla Sdn. Bhd.[160] Isi kandungan majalah ini terdiri daripada komik hasil tangkapan skrin siriUpin & Ipin dan filemGeng: Pengembaraan Bermula, profil pelakon suara dan kru di sebalik siriUpin & Ipin, halaman pembelajaran dan aktiviti, dan sebagainya. Versi bahasa Inggeris komik ini dilancarkan pada 1 Mei 2011 untuk pasaran antarabangsa.[161][162]
Les' Copaque telah menubuhkan sebuah pembahagian pembangunan permainan, LC Game Development Inc. (LCGDI) untuk mengeluarkanpermainan video elektronikUpin & Ipin. LCGDI telah menghasilkan dua permainan mini untuk pengguna iOS, iaituPocket Ipin (2010),Pocket Upin (2012) danUpin & Ipin Dash (2012) danUpin & Ipin: Pintar Berdoa (2015) untuk penggunaAndroid.[163][164]
LCGDI juga bekerjasama dengan pembangun permainan video Indonesia, The WALi Games bagi menghasilkanUpin & Ipin KipiBlocks.[165][166] Menerusi permainan ini, yang dimodelkan umpamaCandy Crush Saga, dimana pengguna perlu menyusun tiga watak animasi berkenaan yang sama dengan mengerakkan satu blok sahaja, dan menyelesaikan seberapa banyak yang mungkin dalam masa yang ditetapkan.[167]
Sebuah permainan konsol berbayar siri animasi ini dijadualkan akan dilancarkan pada September 2024.[168][169][170]
Pihak LCP tersilap melaporkannya sebagai 10.5 juta penonton.
sangat baik ditonton karena sarat edukasi dengan nuansa yang Islami, menghormati teman-teman lain yang berbeda suku dan agama sehingga tokoh-tokoh di dalamnya ada orang Melayu, China dan Tamil bahkan orang Indonesia.
Upin dan Ipin memasuki MBR sekali lagi pada 2020 apabila ia menjadi halaman YouTube Malaysia pertama yang mencapai 10 juta pelanggan dan menerima Butang Main Berlian YouTube.
The famous Malaysian twins will have their own themed family restaurants across the country.