Unsur kimia (Jawi: عنصور كيميا), biasanya dipanggilunsur, ialah bahan yang tidak dapat dibahagi atau ditukar kepada bahan lain dengan kaedahkimia biasa. Zarah paling kecil bagi unsur ialahatom, yang terdiri daripadaelektron yang melingkarinukleus yang mengandungiproton danneutron.
Nombor atomik bagi sesuatu unsur, Z adalah sama dengan nombor proton dalam atom unsur. Contohnya,karbon, unsur dengan nombor atomik 6, mempunyai 6 proton dalam nukleusnya. Semuaatom dalam unsur mempunyai nombor atomik yang sama dan nombor proton yang sama. Tetapi, atom unsur yang sama mungkin berbeza dari segi bilangan neutron, dan dikenali sebagaiisotop unsur.Jisim atomik sesuatu unsur, A, disukat dalamunit jisim atomik (iok) dan hampir sama dengan jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus sesuatu unsur. Sebilangan unsur adalahradioaktif dan dalam proses pereputan radioaktif.
Unsur yang paling ringan ialahhidrogen danhelium, yang merupakan unsur yang pertama terbentuk padaLetupan Besar (Big Bang). Semua unsur yang lebih berat adalah dibuat sama ada secara semula jadi atau sintetik melalui pelbagai caranukleosintesis.
Seperti mana pada tahun 2005, terdapat hanya 116 unsur yang diketahui, di mana 91 terbentuk secara semula jadi. 25 unsur yang lain adalah buatan manusia; unsur yang pertama dihasilkan manusia ialahteknetium pada tahun 1937. Semua unsur buatan manusia adalah radioaktif denganseparuh hayat pendek. Mana-mana unsurradioaktif yang terbentuk semasa pembentukanBumi sudah reput.
Cara yang terbaik untuk memaparkan semua unsur ialahjadual berkala, yang mengelompokkan unsur-unsur dengansifat kimia yang sama.
Hanya 9 unsur wujud sebagaimolekul manakala yang lain terdiri daripada atom:
Nama-nama rasmi unsur kimia ditentukan olehInternational Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), yang biasanya menggunakan nama yang dipilih oleh ahli sains yang menemuinya. Unsur kimia juga diberi simbol kimia yang unik, berdasarkan nama unsur itu. Misalnya,karbon mempunyai simbol kimia 'C', manakalaNatrium mempunyai simbol kimia 'Na', yang diambil daripadabahasa Latin,natrium. Simbol kimia difaham di peringkat antarabangsa manakala nama unsur mungkin memerlukan penterjemahan.Abjad pertama simbol kimia selalu ditulis dalam huruf besar. Nama penuh unsur tidak ditulis dalam huruf besar, kecuali pada permulaan ayat.